Saturday, 7 September 2013

Reti ke Tidak Pakai Baju Melayu?

Assalamualaikum semua, pada malam yang dingin, nyaman dan harmoni ini, jari-jari aku tiba-tiba terasa rajin nak menaip sekaligus meng-update Blog aku yang dah usang lagi berkarat ini, Sebenaq nya aku dah lama nak update, tapi tak kesempatan, serabut nohh, banyak kerja sekarang ni. Maklum laa, aku kan best student University Of Cambridge. Haha. Walaupun raya dah habis, aku tergerak hati untuk menceritakan atau memberitahu kepada korang semua, tentang Adab dan Tatacara memakai Baju Melayu. Macam biasalah kan, disebabkan aku tak ada bajet nak upah model dan tidak mahu membayar sebarang Royalti kepada remaja-remaja yang aku curi gambarnya, aku terpaksalah menjadi model sukarela. so, kalau rasa nyampah tengok muka aku, sila lah tengok baju aku je. wkwkwkwkw

Cara Berpakaian Baju Melayu Yang SALAH!


Baju Melayu + Jeans + No Songkok or With Songkok

Yang ini aku marah benar, apa lah salahnya kau pakai seluar melayu sekali?? kau ingat seluar jeans kau tu mahal sangat ke? apa brand? Armani Exchange? Guess? Replay? Gucci? Ralph Lauren? C'mon laa bro, junjung laa adat melayu kita. Korang perlu ingat, bila pakai baju melayu mesti pakai songkok, macam mana pun, sampin tu optional, tapi songkok tu WAJIB! :)

Baju Melayu Teluk Belanga + Sampin di Luar

Korang kena tahu jenis baju melayu, baju melayu tradisional ada 2 jenis. 1) Teluk Belanga 2) Cekak Musang. Senang je nak bezakan, Cekak Musang ada 5 Butang n Teluk Belanga hanya ada 1 Butang. Disiplin memakai baju melayu Teluk Belanga adalah sampinnya di dalam.

Baju Melayu Cekak Musang + Sampin di Dalam

Salah yang ni lah palinggggg ramai orang buat, Korang kena tahu, disiplin pakai baju Melayu Cekak Musang adalah sampin nya di luar, bukan di dalam, kalau rasa nak buat sampin di dalam, beli laa baju melayu Teluk Belanga, jangan pakai Cekak Musang, buat rosak adat Melayu je laa kau ni.

Seluar Melayu + T-shirt

Yang ini aku paling tak boleh terima, apa ke heyy nye yob?? tak nampak kemas lansung, haiiiyaaa~~

Cara Berpakaian Baju Melayu Yang Betul

Baju Melayu Teluk Belanga+ Sampin di dalam + Songkok

Baju Melayu Cekak Musang + Sampin di Luar + Songkok

Ini laa disiplin sebenar pakai baju Melayu. Korang rasa leceh? kalau leceh jangan pakai baju melayu, pergi laa pakai Sari takpun Cheongsam. Untuk pengatahuan korang jugak, cara sampin dipakai juga sebenarnya menunjukkan status seseorang lelaki itu, contohnya:
Sampin Di Paras Atas Lutut : Lelaki tu belum berkahwin, masih Bujang
Sampin Di Paras Bawah Lutut : Lelaki tu sudah berkahwin. 
TAPI!!
kalau ada lelaki yang dah kahwin tapi pakai sampin paras atas lutut tu bermakna dia nak kahwin lagi 1. :)

Fakta Tentang Butang Baju Melayu

Korang tahu tak sebab apa Butang baju melayu untuk Cekak Musang ada 5 butang dan butang baju melayu Teluk Belanga ada 1 je butang? ini laa dia sebabnya :
Baju Melayu Teluk Belanga = 1 Butang

Baju teluk belanga mempunyai 1 butang untuk kita mengingati bahawa kita berpegang pada Tuhan yang 1. Iaitu Allah s.w.t yang Esa, tidak memperanak dan diperanakkan. Tiada tuhan lain yang layak disembah melainkan ALLAH. :)

Baju Melayu Cekak Musang = 5 Butang

Sebab baju melayu cekak musang ada 5 butang adalah kerana, Rukun Islam ada 5 perkara. 1) Mengucap dua kalimah syahadah. 2) Menunaikan Solat 5 kali sehari. 3) Berpuasa pada bulan Ramadhan. 4) Mengeluarkan Zakat. 5) Menunaikan Haji kepada yang berkemampuan. sebab itu laa baju melayu cekak musang ni ada 5 butang, bukan saja2 buat tahu, orang-orang Melayu zaman dulu, berfikir dulu sebelum buat sesuatu benda dan bersebab yang jelas, bukan main hentam kromo macam aku jawab paper mathematics masa aku amik SPM dulu. hehe

Korang rasa aku beriya? over? itu terpulanglah, aku cuma bagi nasihat, ikut korang lah nak terima or tidak, aku cuma ada 1 soalan pada korang : KALAU BUKAN KITA BANGSA MELAYU SENDIRI YANG MENJAGA ADAB BERPAKAIAN BAJU MELAYU NI, SIAPA LAGI YANG AKAN JAGA? TAKKAN CINA and INDIA YANG AKAN JAGA?? :)

p/s: Credit to tukang tangkap gambar, Mohamad Syaif Iqbal. wkwkwkwkwk, ni gambar dia masa buat kerja LK tadi, memang selekeh, sebenarnya dia hengggsemmm! bawah ni gambaq elok dia. haha