Thursday, 20 June 2013

Are You Stupid Enough?

Dikala malam yang hening, aku ditemani lagu old skool dan kipas angin yang  tak berapa nak kuat sebab dah lama tak bercuci, sambil melayan perasaan yang lara kerana Najwa Latif telah menolak cinta aku padanya. Sesudah aku memujuk hati aku agar jangan bersedih lagi, kerana Mufti Cinta pernah mengeluarkan fatwa bahawa " Kalau dah jodoh, tak kemana." Lantas! otak aku terfikir untuk membuat kerja bodoh, tapi aku tak tahu kenapa aku panggil kerja itu kerja bodoh, sebab bodoh tak buat kerja tu, bodoh kan pemalas! dia mana ada kerja! Hahaha, lantas tanpa berfikir panjang, aku pun melangut, baik aku buat entry pasal Bodoh! Bagi aku bodoh ni ada dua.
1) Bodoh Bangang, 2)Bodoh Sombong. 


1. Bodoh Bangang

Dah lah bodoh, bangang pulak tu, orang cakap bodoh kang bangga! cakap banggang kan teruja!

Situasi yang membolehkan orang panggil kau bodoh bangang bila:
Kau tahu yang mencuri tu berdosa, bila kena tangkap masuk penjara, kat akhirat masuk api neraka, tapi kenapa kau mencuri jugak! kan Bodoh + Bangang namanya tu! *Pencuri hati dikecualikan. xD*

Situasi yang membolehkan orang panggil kau bodoh bangang bila:
Kau tahu minum arak tu bahaya + berdosa, tapi kenapa kau teguk jugak! bila orang tegur kau marah, bangga pulak tu minum air kencing setan, entah mende rasanya, setakat nak high, lepas tu jadi macam orang tak ada akal, itu tak ke Bodoh Bangang namanya?!

Tapi aku duk perati pemain bola Malaysia main bola. Sebelum lawan, kemain cakap "kami akan buat yang terbaik" tapi bila main serupa orang bodoh, pulak tu perasan diri tu STAR main bola, tak ke bangang namanya tu?


2. Bodoh Sombong

Dah laa bodoh, sombong pulak tu, kenapa kau suka menyombong sambil membodoh, adakah ia rasa seperti sambil menyelam minum air, ataupun sambil makan kunyah petai?

Situasi yang membolehkan orang panggil kau bodoh Sombong bila:
Kau tahu kau ni bukanlah genius seperti Enstien ataupun Adham, tapi kenapa kau ponteng sekolah jugak?! kau tahu tak bapak kau hantar kau ke sekolah suruh pandai pelajaran, tapi sekarang kau pandai menipu! aiiyaa, hidup-hidup mak abah kau kena tipu *yelahh, aku tak pernah lagi dengar ada manusia tipu orang mati* dah laa tak pandai, pastu tak nak belajar, tak ke bodoh sombong namanya tu?

Situasi yang membolehkan orang panggil kau bodoh Sombong bila:
Kau tahu merokok tu membahayakan kesihatan, tapi kenapa kau hisap jugak? ada pulak boleh cakap "aku merokok, tapi aku sihat je, fit je nak main bola 90 minit." time muda ni boleh laa berlagak, aku nak tengok umur kau 40 tahun nnti, kau fit ke tak nak berlari ke hospital sendiri sebab sakit jantung kau tu, bila orang cakap rokok tu boleh datangkan banyak penyakit, kau salahkan pulak, amboihhh, ngalahkan saintis pulak kau, diorang dah buat kajian ilmiah. kau salahkan pulak. aiiyaaaa~~ tak ke Bodoh Sombong namanya tu?

Bila pemain bola Malaysia main lepas tu kalah. Mereka akan kata, " Kami sudah buat yang terbaik" dah laa main serupa orang bodoh, bila kalah sempat lagi menyombong tak nak terima kekurangan diri. tak ke sombong namanya tu?

Natijahnya, jangan laa jadi orang bodoh, tapi aku terfikir, kadang-kadang aku pun buat bodoh, tapi aku tak pulak rasa benda tu bodoh, mungkin aku yang bodoh sebab tak perasan bodoh tu. ahhh lantak lah! makin bodoh pulak rasanya bila fikir-fikir balik! Haha, berbalik kepada buat kerja bodoh, aku tak rasa korek hidung tu kerja bodoh, sebab selain mencuci lubang hidung, korek hidung juga memberikan nikmat yang tak tergambar oleh kata-kata dan imaginasi kepada pelakunya. Mwahahahaha!


p/s: setelah sekian lama lupa password, akhirnya aku ingat balik password instagram aku. haha. Do follow my Instagram : adhamkamarulzaman. tq :)

No comments:

Post a Comment