Monday, 4 March 2013

Warkah 6 MOHOR 4 SMK Clifford

Assalamualaikum, helllo~ lama dah aku tak update blog, haiiiyaaa, sedar tak sedar, dah 2 bulan lebih aku biar blog aku ni bersawang, ni semua angkara PBS!! letih woi buat pbs~ tensyen aku, ntah bila laa nak siap, bragas! okay-okay, tak payah cerita laa pasal PBS ni, buat sakit hati aku je, hari ni aku teringin nak share pasal kebosanan aku and the gang kat dalam kelas, sehingga membuatkan kami, pelajar-pelajar 6 MOHOR  4 yang pemalas + hyper active + kaki bising + suka mengacau orang + kuat mengutuk orang dan macam-macam lagi laa yang buruk-buruk pasal kita orang laa, tapi bapak segala pemalas dalam kelas tu sememang nya = MOHAMAD ADHAM KAMARULZAMAN laa, sampai cikgu MUET aku cakap, aku budak paling pemalas dalam sekolah~ adesss~ =_=" terima je laa, sebenarnya memang betul pun. Hahaha

okay nie adalah Warkah pertama kami ketika cikgu merajuk dengan kami pasal tak buat HAND OUT yang dia suruh buat. =

Hari ini sungguh membosankan kerana terasa diri ini tunggul kayu didalam kelas “ibarat sudah menjadi batu diberak burung pula”. Inilah menyebabkan guru tidak mengendahkan kewujudan kami di dalam kelas yang serba indah ini kerana berbau tahi. Jangan biarkan kami memberontak atau menjadi penceroboh di Lahat Datu. Disamping itu, hal sedemikian mampu menyebabkan landskap di dalam kelas kucar-kacir serta tidak enak jika dipandang. Hal seperti ini seharusnya dielakkan oleh para guru dan yang sama waktu dengannya agar keselesaan dan kecerian di dalam kelas dapat dikembalikan seperti dahulu. Ini tidak dapat kami terima walau pun kami pergi ke KL tanpa permintaan, tetapi kami buat kerja, bukan nya kami berpesta dikelab dangdut mahupun lepak-lepak di pavilion dan  di rumah urut Bukit Bintang. Saya sebagai pelajar yang aktif ini menjadi mangsa keadaan angkara PST yang tidak mahu pergi bersama kami ke Arkib Negara, “ibarat tumpah nila setitik, abis air sirap jiran”. Saya sebagai wakil dan ahli hyper aktif di dalam kelas menyeru para guru dan penyelia sekolah agar memberi kerjasama yang jitu bagi mengelakkan perkara ini daripada berlaku secara menular dan mempengaruhi fikiran para pelajar yang aktif seperti saya. Kerjasama dari pihak yang terlibat amatlah dihargai oleh saya serta ahli aktif lain. Sekian.....

ikhlas dari pengorek hidung tegar = taufid,adham,azhar,faqar
*klik gambaq kalau nak tengok lebih jelas*
Dah habis baca?? Hahaha, nak buek acanoo, itu je laa cara nak menghilangkan tensyen di hati, dengan cikgu begang pasal kita orang ponteng berjemaah minggu lepas + pulak tak buat kerja dia, mau tak hanginn. haishh, i'm sorry laa cikgu! :). ni pulak warkah yang kedua, di tulis juga ketika cikgu mengajar, tetapi tetap merajuk dengan kami lagi =

Kami ini pelajar PRA- U SMK CLIFFORD, tetapi kami dilayan bak pelajar pra sekolah, ini tidak adil tidak adil bagikuuu~ bak lagu yuna yang berkumandang di radio era mahupun hot fm, apa salah kami kami ke KL ataupun arkib negara??!! Kami bukan enjoy! Kami buat kerja, walaupun kami tidur d Bukit Bintang! Ini semua salah nadwa(yang pakai spek penolong ketua pengawas tu) alaaa, penolong suterr, siapa suter??? Ala suterisno sujeno. Kalau laa nadwa ikut, mesti cikgu tak marah sgt, sbb dia kaki bodek, pokyi PST pun salah!!!! Dia beriya janji, last-last buat taik, penipu!! Kaki poyo! Mentang-mentang laa hero sekolah, kami ni seperti melukut di tepi BAJU KOT, entah laa, kesian laa kami, kami orang di dalam kelas seperti tak wujud, kami ada surat laa yang kami orang ni ada dalam kelas! Puan Tan, Cikgu Saborrr tersayang dan cikgu Pah je yang memahami kami. Sebenarnya diorang tak kisah pun, haishhh~ dalam kelas PA kami mampu menaip celoteh ni pun sbb cikgu merajuk, ni semua gara-gara tak buat kerja dia, aiiyooo, kami orang memang laa pemalas, 6 MOHOR 4 kan kelas Suzuran High School, GENJEHHH!!  minggu lepas semua cikgu kutuk kelas kami, kelas pasif laa, kelas pemalas laa, kelas bising laa, yelaa, yang buruk-buruk semua ke komeh! Haaa! Kan dah keluooor loghat Pahang keh! Punye laa maroh ni! Tapi watlek sudah, esok-esok, baik laa tu, okay laa, masa dah habis, cikgu pun dah blah, jom laa kita mem blah kan diri~ adios amigos estrontos!

Yang Suka korek hidung guna pensil 8B beli kat Cikgu a.ka Mama Midah~ *sayang mama! Muuaaaah!*
ADHAM, FAQAR, AZHAR, TAUFID

Okay, itu lah warkah kami yang aku nak share, ataupun lebih tepat untuk menghilangkan tensyen di dalam kelas. hehe. okay, jom laa usha gambar lak.




 Tanah liat yang dicuri di bilik seni telah menjadi siput babi. kikiki
Memandangkan kami budak-budak seni, dengan masa yang terluang di dalam kelas, kami menghias laa cengkerang SIPUT BABI ini supaya kelihatan sangat seksi. Walaupun nama kami ada di cengkerang siput babi tersebut, bukan bermaksud kami juga babi, cuma kami terlampau KREATIF! harap maklum :)



   

Nadwa yang selalu dikacau *sadis!*

bukannye buat kerja, tengok movie ni, mentang-mentang wifi free.*apa yang aku buat kat belakang tu?*-_-"
Ja'a @ Azhar dengan Pravin yang bajet ayu 

Okay, sampai sini sajalah aku update, nanti aku dah habis PBS, aku selalu laa update, in sha allah. Doa kan aku dapat buat yang terbaik exam semester 2 ni, aminnn. adios! :)





p/s: acanoo, nampak sama tak?? haha. walaupun kita orang ni penjahat, tapi tangan seni oooo! Hahaha :D