Thursday, 20 December 2012

Surat Buat Suamiku

Assalamualaikum semua, hari nie aku nak kongsi kisah yang boleh dikatakan sedih laa, post kali nie aku nak share kat korang tentang luahan hati seorang isteri kepada suami dia yang tak ambik kisah pasal dia. Jom!!! :)




Kehadapan suamiku yang tersayang,
Abang, dah dua tahun kita kahwin, dan selama tu jugak laa sayang pendam perasaan tak puas hati sayang kepada abang. ABANG! pada permulaan perkahwinan kita, semua tak ada masalah, ibarat memakai syampu clean and clear, tiada masalah kelimumur. Tapi!! semua tu berubah sejak abang bawak balik kereta baru, setiap hari abang basuh kereta tu, basuh je tak ada masalah, ini abang siap polish tiap-tiap hari. Abang beli pulak syampu kereta yang mahal-mahal, sayang check hari tu, satu botol syampu kereta tu sampai RM200!! syampu rambut saya?? abang dah tak beli!! sampai tahap sayang terpaksa beli minyak kelapa di kedai Muthu depan simpang rumah kita tu! Abang! sayang ni isteri abang! mulia sgt ke kereta tu nak dibanding dengan cinta tulus suci dari isteri abang nie? Jawab abang!!

Yang kedua,
Abang, masa sayang mengandung pun, abang tetap dengan kereta abang tu, abang dah tak sayang sayang ke? kalau tak sayang kenapa abang buat sayang mengandung?! abang buat laa jahat ke, baru laa sayang dapat teka yang abang dah tak sayang sayang! sayang terseksa tahu! Pernah jugak sayang cakap kat abang yang sayang mengidam kan Burger Mcd, sayang suruh abang beli kan, tapi abang cakap abang tak ada masa nak belikan, tapi syampu kereta abang, belum sempat habis abang dah beli baru, tu tak ada masa ke abang?! sayang mengidam sebab mengandung abang! bukan sayang yang nak, ni! anak kita yang nak abang! Jawab abang! T_T
Yang Ketiga,
Lepas saya bersalinkan anak kita, sayang berpantang 40 hari kat rumah mak, tapi kenapa abang tak nak tido rumah mak?! temankan sayang! memang abang selalu datang tengok kan sayang, tapi abang tak nak tidur pun kat rumah mak, abang tak kisah pasal sayang ke? sedih hati sayang bila abang cakap abang tak nak tidur rumah mak, sedih tahu tak abang?!  T_T

Yang terakhir,
Baru-baru ni, sayang ajak abang pergi pantai, tapi abang berkeras tak nak bawak sayang, sayang sampai menangis-nangis ajak abang pergi, tapi abang tetap tak nak bawak sayang, lepas tu abang tengking sayang sebab sayang beriya nak pergi pantai. abang! kenapa susah sangat abang nak bawak sayang pergi pantai tu? jawab abang! T_T

Yang Benar
(Isterimu)
Rafeah Bakar


P/s: Jom baca surat balasan suami pulak kepada isterinya. klik link nie ---> Surat Buat Isteriku (Reply)


No comments:

Post a Comment