Thursday, 20 December 2012

Surat Buat Isteriku (Reply)

Surat balasan suami kepada isterinya, pada sesiapa yang tak baca surat isteri tu, boleh klik link nie ---> Surat Buat Suamiku

Kehadapan isteriku,
Memang betul, abang berubah lepas bawak balik kereta tu, abang basuh kereta tu tiap-tiap hari siap polish lagi, abang beli syampu kereta yang mahal, tapi sayang tahu kan yang tu kereta BOSS abang! abang kan driver, so, memang tugas abang jaga kereta tu bila boss abang outstation. Yang pasal syampu sayang pulak, bukan abang tak nak belikan, abang dah belikan, tapi jenama rejoice rich, sayang yang tak nak pakai, sebab sayang cakap, sayang lebih suka clean and clear, masa tu clean and clear dah habis sayang kat giant tu, so, abang beli laa rejoice, sayang yang merajuk sampai pakai minyak kelapa, sayang dah nyanyuk ke?
Yang kedua,
memang betul abang tak belikan burger Mcd yang sayang nak tu, memang laa abang tak boleh nak belikan, sayang mintak burger Mcd dari KOREA! abang belikan rawang burger bakar, tapi sayang tetap tak nak makan, Tahu lah sayang peminat Kpop, tapi agak-agak lah kalau nak burger dari korea pun. Sayang dah nyanyuk ke?

Yang ketiga,
Abang bukan saja-saja tak nak tidur rumah mak sayang, abang ada sebab yang kukuh kan? Sayang dah lupa ke yang rumah mak sayang ni DEPAN rumah kita je?! buat apa nak tidur kalau dah depan rumah je? Sayang dah nyanyuk ke?

Yang terakhir,
Bukan abang sengaja nak marah sayang sebab sayang ajak abang pergi ke pantai tu, sayang sedar tak sayang mintak pergi pantai mana?? sayang mintak pergi pantai GOLD COAST Australia! Sayang! kita pantai sepat pun tak pernah pergi, apatah lagi nak ke australia? Yang abang tengking tu bukan apa, sayang sedar tak masa sayang ajak abang pergi bercuti ke pantai tu, Kaki sayang masih bersimen sebab patah lepas jatuh dari pokok Langsat di kampung abang hari tu? usahkan nak berenang, sayang nak berjalan pun pakai tongkat, kalau mandi laut, belum sempat berenang sayang dah tenggelam dalam air. Sayang dah nyanyuk ke?

Yang Selalu Sayang Kamu
(Suamimu)
Fuad Mahbud


p/s: Merepekkan?? Haha, lantak lahh, ada aku kisah? suka hati aku laa nak tulis apa, blog aku kan? haha, Moral of the story ialah, Perempuan jangan lah mintak yang bukan-bukan pada lelaki dan meminta tu biarlah pada yang logik, dan jangan mintak di luar kemampuan, UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI. :)




3 comments: