Tuesday, 20 November 2012

STPM 2012. Good Luck Buddies..

Assalamualaikum EBERIWAN~ (everyone), pada pagi yang hening dan syahdu kerana aku tengah dengar lagu anuar zain yang terbaru, tapi bukan nya aku nak sangat tengok dia, aku nak tengok nora danish je sebenar nya. anuar zain pi lantakk dia laa, Haha, okay2, nampak gambar apa memula nie? 2012, bukan aku nak ucap HAPPY NEW YEAR laa, aku cuma nak ucap GOOD LUCK kepada students yang ambik STPM yang dah mula hari isnin lepas *Okay! aku tahu aku dah lambat 2 3 hari untuk ucap GOOD LUCK, tapi pi lantak laa *sekali lagi* yang penting aku ucap gak kan? hehe. Selain aku nak ucap good luck, aku jugak nak kongsi sket pengalaman aku ambik STPM pada tahun 2012 nie. jom-jom cekedauuu~

Mesti ada yang pelik kan, aku BATCH 94 tapi apahal dah STPM tahun nie?? Bro! c'mon laa, sekarang STPM dah diperbaharui. sistem lebih efisien, dinamik dan cekap *amboihhh, mcm iklan pencuci tandas dah ayat* haha. untuk pengetahuan kepada sesiapa yang belum tahu. sekarang STPM dibuat dalam sistem penggal. means, setiap 6 bulan sekali akan ada 1 perperiksaan besar. So, korang tak payah pelik sangat laa kan? heeee.  :D

Ini lahh buku-buku aku, sebenarnya, ada lagi, tapi entah aku campak mana dah, maklum lahh, exam dah habis laa kate kan *muka bangga*. hihi, letih oo nak catch up semua benda dalam buku-buku yang tak kurang nipisnya *nampak tak ayat perli aku di situ? hehe* dalam masa 6 bulan sahaja. Nasihat aku pada korang yang nak masuk form six tahun depan dan seterusnya, korang kena bersedia awal, sebab STPM sekarang 101% lain dari SPM. ingat tu! pssstt~psssttt~pssttt~ apa aku tulis kat buku aku tu ehh??

Haa, nie laa yang aku tulis kat buku aku. HAHA, DEL TO PAGEL HEY~ ada sapa-sapa yang tak tahu apa kebenda nya DEL TO PAGEL HEY! nie? kalau nak tahu nie citer hindustan laa, aku saje tulis gini sebab nanti senang nak kenal pasti buku aku kalau aku letak merata-rata dalam kelas. Haha, buku-buku yang lain ada gak aku tulis HAM TOO HAMI SAY CURALOO laa, KABHI KUSYI KABHI GAM tapi aku tak jumpa lak buku tu, nanti aku jumpa aku tnjuk. Hihi

Soalan Bocor!!!!!

Ini laa soalan STPM baharu, sebelah kiri tu BM sebelah kanan lak SENI VISUAL, Pengajian Am dengan Sejarah aku tak pasti sama ada aku dah buang ke atau aku yang letak merata-rata. aahhhh~ pi lantak laa *sekali lagi* yang penting aku nak enjoy cuti sebulan nie. Hehe

Jadual STPM Baharu yang lunyai tidak dapat diselamatkan lagi

Ada gambar jadual nie aku ada satu kisah yang menyayat hati. kalau nak tahu, baca sampai habis! heee. hari kedua exam aku adalah BM ataupun dikenali sebagai BAHASA MELAYU. nak dijadikan sinetron IDON, aku mati-mati ingat hari kedua tu exam SEJARAH dengan P.SENI, aku pun apa lagi kalau dah jenis suka study last minute kan, malam tu aku balun laa STUDY dua subjek tu habis-habisan, sampai pukul 3 pagi you! I study *okay, ayat gewdikkk* hehe, 10 minit buku Sejarah, 10 minit buku Seni, kemain lagi aku. Pastu aku lupa macam mana, aku tertido atas buku-buku rujukan. Esok paginya dengan riang hati dan mata penuh keyakinan, aku pun REMPITTT kan motor cabukk aku ke sekolah yang boleh tahan jauhnya. Sampai je sekolah aku pun pergi laa kat member aku, aku nampak dia baca buku, tapi masalahnya dia baca buku BM! aku pun tanya dia~~ 

Aku: wehh pravin! tak payah study laa! c'mon laa bro, rileks je. *sambil sengih-sengih*
Pravin: Hotakk kau! aku dah laa lemah gila subjek nie.

aku dah sedar dia study baca buku BM

Aku: Ehh, apahal kau baca buku BM nie? 
Pravin: Hari nie kan exam BM.
Aku: Hari nie Sejarah dengan Seni laa wehh!
Pravin: Haaa, kau nie memang dah sah pening, tak caya tanya dia hari nie exam apa *sambil tunjuk kat member aku lagi sorang*
Member: A'ah, hari nie BM.
Aku: Haaa????!!!!!! mati laa aku!! aku nak jawab apa kang!! tak kan aku nak jawab sistem feudal di jepun dengan jenis-jenis arca pulak!! alamakkk!!!
Pravin: Alaa, tak payah study, rileks je, kau jugak yang cakap tadi kan?! *sambil sengih-sengih kat aku*

Korang bayangkan laa betapa sesaknya aku, aduhaiiii~ itu laa perkara paling bodoh pernah aku buat setakat nie. Tapi korang tengok pada gambar jadual aku yang kena lipat cam lepat basi tu pun korang dah boleh agak yang aku buat pekasam je kan jadual tu lepas dapat? HEHEHE.


Slip meja aku yang sempat diselamatkan lepas last peiiiperrr~last peiiiiperr~

Apa pun apa yang dah berlaku tak boleh nak diulang, yang sudah tu sudah, kita hidup untuk masa hadapan, bukan untuk masa silam. Usaha sudah, Doa sudah, nak dapat result nanti cuma Tawakal sahaja, hope batch 94 yang jadi first batch untuk STPM baharu nie akan cemerlang, gemilang dan terbilang! In shaa Allah.. amin ya rabbal alamin. :)



Berbekal kan Kinder Bueno dua kotak dan ditemani cadar Manchester United bersama Netbook free 1Malaysia dari kerajaan, aku telah berjaya mengupdate blog aku. Sambil aku menunggu game Manchester United VS Galatasary pukul 3 pagi nie. Haha, sampai sini sajalah KEMEREPETAN aku, tiba masa aku rajin, aku akan update lagi, Tunggu taw! *bajet readers ramai je, padahal ciput* haha. Assalamualaikum! ^^


p/s: aku malas cakap banyak, tengok sendiri laa kenapa aku tolak tawaran dari UiTM. :)







2 comments:

  1. Good luck..
    Eh, slip meja tu pengawas x amik ke?? pengawas yg jaga kitorang siap wajibkan tndatgn lagi slip tu sbb diorang nak kutip semula..
    Btw, STPM batch 94 the BEST!!!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. pandai-pandai laa ambik slip meja sebelum blah tu, jangan kasi dia nampak. hehe. kenangan tu, kena laa simpan. hehe. STPM batch 94 RAWKK!! kikiki

      Delete