Thursday, 29 November 2012

|Never Hide| RayBan Wayfarer|

Assalamualaikum u ollss~ hari nie aku nak mengeSHAREkan sedikit sebanyak tentang kegilaan terbaru aku. Iaitu ~~~~ jeng~jeng~jeng~ *muzik suspen* RAY BAN WAYFARER! Aku pun tak tahu macam mana aku boleh ter SUKA, ter MINAT dengan cermin mata nie. Dulu aku laa kemain lagi kutuk orang yang sanggup habis beratus ringgit samata-mata nak letak kat mata je, last-last, aku pun terjebak. aiii yo yo~ *tepuk dahi* haiiiyaa~ so, dengan ini aku pun tetiba rajin menaip untuk memberi korang info yang sedikit sebanyak tentang RAY BAN WAYFARER. Jom-jom, lets keep moving *amboiii, dah macam nak pergi berperang. HAHA*


Ray ban Wayfarer merupakan antara model Ray ban yang amat di gemari oleh kaki Ray ban Malaysia. Sejak dikeluarkan oleh Bausch & Lomb sekitar tahun 1940'an, Wayfarer terus di minati oleh penggemar-penggemar Ray ban di seluruh dunia. Kepopularitian Wayfarer ini ditambah lagi dengan bintang-bintang Hollywood yang membintangi filem-filem box office dilihat memakai Ray ban Wayfarer, dan di ikuti oleh peminat-peminat mereka.


Sejak dikeluarkan, Ray ban telah mengeluarkan pelbagai jenis reka bentuk model Wayfarer, tetapi masih mengekalkan shape asal. Contonya kita dapat lihat model Wayfarer RB2140 dan Wayfarer Square, walaupun sekali pandang kita dapat lihat kedua-dua model ini sama, tetapi jika dilihat lebih dekat, sebenarnya Wayfarer Square framenya sedikit petak berbanding Wayfarer RB2140 yang lebih dilihat lebih curve pada bahagian framenya.

Selain itu, terdapat evolusi dari segi lens-nya dimana penggunaan lens G-15, B-20 dan pelbagai warna-warna lain yang digunakan pada lens-nya.(refer gambar). Tidak dikecualikan juga, setiap acara-acara sukan seperti sukan Olympic di Barcelona, Ray ban akan mengeluarkan series Wayfarer, seperti wayfarer limited edition Olympic Barcelona. Kita dapat lihat pada sticker yang dilekatkan pada lens di mana terdapat logo sukan Olympic.

Wayfarer Malaysia, (wayfarer yang terdapat di Malaysia) adalah kebanyakanya keluaran Luxxotica. Susah untuk mendapatkan Wayfarer BL sekarang kecuali membeli dari pemilik-pemilik yang mahu menjual Wayfarer BL mereka. Nilai wayfarer BL lebih mahal berbanding wayfarer RB kerana sekrang tiada lagi model wayfarer BL dikeluarkan.
Ray Ban Wayfarer Rare Prints
Terdapat juga Ray ban Wayfarer yang boleh kita corakkan sendiri mengikut citarasa kita dimana menggunakan maker khas pelbagai warna(package sekali dengan Wayfarer). Yang terbaru Ray ban mengeluarkan Wayfarer yang mempunyai pelbagai corak menarik seperti Subways, Kaleidoscope, Cartoon dan pelbagai corak menarik lagi. Ianya dipanggil Ray ban Wayfarer Rare Prints.


Yang atas dua bijik nie, aku punya wayfarer, yang still ada sticker tu, aku baru je beli, tak pakai gi mana-mana lagi, setakat pakai duk depan cermin pastu sengih sorang-sorang, bajet diri tu paling kacak dalam dunia. haha *Jangan bajet korang tak pernah buat kan?* :)). Baru dua bijik aku mampu beli, koyak wallet aku kalau nak beli banyak lagi, sekali sekala boleh laa, paling murah korang boleh dapat wayfarer original kat kedai optik dalam RM450, tu paling murah, yang paling mahal aku tak tahu laa, aku pernah tengok yang harga sampai RM1200 pun ada. Mau tak koyak wallet aku, dua bijik je yang aku termampu, heee. Tapi kalau nak murah, kat pasar malam bersepah, sebijik RM10 je, kalau RM450, korang boleh dapat 45 bijik wayfarer, HAHA. tapi aku sarankan kat korang, jangan laa pakai cermin mata FAKE/CIKAI nie, buat rosak mata je, beli laa yang ORIGINAL, biar mahal sikit, janji mata terjaga. PASTIKAN ORI! BARU BELI! *ada gaya iklan kat tivi tak? HAHA*

Retis~retiss yang pakai WAYFARER

Bruno Mars
David Beckham *err dia nie bukan artis -_-"*
Justin Bieber *my brother* kikiki xD
Rihanna
Michael Jackson
Zayn Malik *also my brother* wkwkwkw xD
Entah lerr, sekor pun aku tak kenal sapa, retiss laa nie kot. Hihi

and, the last one, tak perlu aku nak perkenalkan lagi, satu dunia kenal dia nie
sapa tak kenal dia nie makna nya memang baru keluar dari hutan laa
dia nie berasal dari KOREA, muka yang agak CUTE. Dia adalahhh~~ Jeng~jeng~jeng~
Park Chun HAM *nampak macam KOREAN tak? kahkahkah xD*

okay, sampai di sini sajalah penulisan aku pada pagi jumaat yang hening nie, haa, sebelum tu, aku nak share sket pasal mimpi aku semalam, aku mimpi aku jalan-jalan kat satu kawasan nie, macam kat tepi jalan, lepas tu ada sorang awek. CUN bhaii, tegur aku, "ehh adham, lama tak jumpa, sini kejap" sambil lambai tangan. aku pun pergi, dalam mimpi tu, aku tengah pakai Ray Ban Wayfarer, masalahnye, dia pun pakai, dia pakai warna putih, aku pakai wayfarer hitam aku tu laa, lepas tu, dia ajak tukar wayfarer, and then aku pun lepak dengan dia, aku tak ingat pulak aku borak apa. lepas tu aku dengar satu suara "Aeta *nama panggilan aku*, aeta, aeta, bangun! subuh!" sekali abah gue kejut gue bangun subuh daa, bila mimpi best je mesti dah nak subuh. hish! okay, jumpa lagi. Daaa, Assalamualaikum. :)




p/s: Sape yang internet dia laju, tak kira laa broadband ke, unifi ke, wifi ke mahupun curi wifi jiran. jom layan lagu RUM AND RAYBANS sean kingston nie. wayfarer dalam video nie cun siakk! :)




No comments:

Post a Comment