Monday, 29 October 2012

Lelaki Ke?

assalamualaikum para readers! hok aloo aku nie, bajet macam blog aku nie femes je nak ber-readers bagai, ntah-ntah sorg je readernye. haha, lama tak menaip panjang-panjang bro, kalau ada tertypo barang sepatah dua, jangan lah troll aku ye? bagus! sayang kau ketat-ketat~ muahhhh pipi kanan~ muuuahhh pipi kiri~ wkwkwkw. okay, hari nie aku nak cerita pasal LELAKI, baguslah aku cerita pasal lelaki kan? sebab aku nie lelaki, kang kalau aku cerita pasal perempuan, mula laa korang cakap aku bawa ajaran sesat. tak ke naya aku. heeee, hari nie aku nak cerita laa serba sedikit pasal lelaki nie *PONDAN dikecualikan, lagi-lagi yang dah bedah buang ANU dia tu. kikiki, tak ada lucah kan??* ;). Dalam entry nie aku akan cerita laa pasal lelaki yang terlintas dalam benak fikiran aku nie, sebab aku tak buat draft pun, main taip je nie. hehe


Hati Seorang Lelaki
hoiiiii, lelaki pun ada hati dan perasaan jugak laa, walaupun luarannya lelaki nie nampak keras, tapi, ada jugak lembutnya, contohnya masa kehilangan orang tersayang, lebih-lebih lagi ahli keluarga, pada perempuan, benda nie sangat remeh kot, tapi benda nie sebenarnya besar pada lelaki, korang sedia maklum laa kan, lelaki nie secara semulajadi nya ada sifat EGO *bukan yamaha ego tu*, diorg akan sedaya upaya pertahankan ego diorang tu, its normal laa sista! bak kata-kata yang agak jambu laa pada aku. "Senyuman perempuan lebih ikhlas dari lelaki, tetapi tangisan Lelaki lebih ikhlas dari perempuan" faham maksudnya?? kalau tak faham, soryy laa derr, aku tak boleh nak translate dalam bahasa tamil ke uganda ke, pandai-pandai sendiri laa. haha, Korang kena faham, bila lelaki menangis sebab seseorang perempuan tu, makna nya perempuan tu sangat penting bagi dia, so, pada korang yang dapat balak macam nie, tak payah nak tunjuk lagak, nanti dah melepas, korang lak yang terguling-guling. haha

Ada Muka Poket Kosong Tak Guna Jugak Bro!
nie pesanan ikhlas untuk readers lelaki pulak, woii bro! kalau kau muka hensem macam gambar aku nie*perasan jap* tapi poket kosong tak guna, nanti kau dah kawin, kau nak bagi anak bini kau makan apa? pasir? or cabut bulu kaki pastu gadai? haha, sorry laa derr, memang tak dapat laa, sebab tu kena usaha dari muda derr, tak belajar tinggi or gaji besar pun tak apa, janji kau rajin bekerja, nie dah laa nak bergaya, tapi mintak duit kat mak bapak kau lagi, kalau kau anak tokey public bank pun aku rasa bankrap public bank tu. hehe. Bro, aku ada pesanan untuk korang, "MUKA TAK HENSEM TAK APA, JANJI WALLET TEBAL, JANGAN MUKA HENSEM TAPI WALLET NIPIS MACAM SARUNG BANTAL" kikiki, so, moral of the story is jangan malas-malas nanti nikah jangan lupa jemput aku. Hahaha


Kawan Didahulukan, Awek Dikemudiankan
Gurlsss!! korang jangan marah lak statement aku tu, pada seorang lelaki, itu lahh pegangan mereka, lelaki lebih pentingkan kawan dari awek, kecuali ada segelintir yang bengong tahap gaban tu yg lebih pentingkan awek dari kawan-kawan, masa bahagia boleh laa tak pandang kawan, last-last bila clash, kawan-kawan jugak yang usap belakang suruh sabar dengan perangai perempuan sundal tu *sorry, ayat kasar :)* situasi yang  boleh kita nampak~~

Boy: hello sayang, motor saya rosak laa...
Girl: laa, ye ke? kesian awak, jaga diri ye, call formen, saya kat rumah nie.
Boy: Okay sayang~

Boy: hello bro, motor aku buat hal laa, lahanat betul, aku jual baru tahu!
Member: Hahaha, watleks bro, kau kat mana?? aku gerak sekarang.
Boy: okay bohh.

see?? itu lahh lelaki, macam mana pun member tetap dihati, so, kalau balak korang lebihkan kawan, tak perlu jeles kot, tak kan laa dia nak skandal dgn kawan sendiri, LELAKI lak tu!! akaiii ada?? haha


okay, sampai sini sajalah nukilan aku pada malam nie, doakan aku berjaya ye dalam final exam yang dah tak lama lagi, moga-moga dapat lahh pointer 3.0 ke atas, aminnn, haa, lagi satu, kalau ikutkan, aku malas nak update blog nie, tapi disebabkan ada seorang awek nie api aku update blog, dia cakap aku update blog tulis sikit-sikit pun jadi lahh, janji update, haha, dah jenis aku nie mana boleh taip sikit-sikit. biasalah lahh, KEPOCHI kan, mesti banyak je idea, nak tahu sapa awek tu?? haa nie nama dia, bole klik kalau nak tengok muka ----> Syahirah Khairi, cun?? ahhh!! tak yahh ngada-ngada, aku dah chopp dlu! kikiki, aku gurau je sebenarnye. hihi. ok lahh, kalau layan aku merepek, sampai jumaat depan pun belum tentu habis. Assalamualaikum! Daa. :))

p/s: Keriangan Kami Teserlah Disini! nak join?? sorry laa, cukup-cukup tiga je, kalau nak jugak, kena tempah lagi satu laa kuda spring nie *aku main sebut je kuda spring sbb aku tak tahu apa nama nya menatang nie. kiki