Tuesday, 25 September 2012

10 Model Kepeng Terbaeekk

pada hari yang mulia nie, tangan aku secara tiba-tiba rajin nak menaip untuk buat entry terbaru dalam blog aku, ditambah lagi aku dah jarang berblogging, aku tak nak laa lupakan blog aku yang setia nie kan. Sebab dah lama aku tak buat entry,so, kali nie aku nak buat fakta yang cantik,tertarik,menarik kau mmg da bomb! bagi kaum adam laa terutamanya. hehe, kepada perempuan-perempuan yang akan menganggap aku gatal keladi ke hapee lepas nie aku mintak maaf laa ye? bukan niat aku nak menayangkan gmbar 13PG *Parents Guide ye? bukan Perggghhh!! Gileee!!* haha,, secara suka-suka, tetapi sekadar berkongsi fakta, tapi kalau tak suka jugak. ALIHKAN CURSOR ANDA KE TANDA "X" DI PENJURU KANAN DAN BLAHHH DARI BLOG SAYA. TERIMA KASIH. :))). ehh, lupa pulak nak bagitahu menda yang aku nak kongsi dalam entry kali nie kan, *padahal dah baca tajuk, tak kan tak faham lagi?* xD, jom cekekdau 10 model wanita paling kurus dan semestinya HOTT derr. :))

#10= IRINA LAZAREANU
nama pun korang dah pening nak baca macam mana kan? tapi aku sarankan, jangan lah korang panggil dia ANU, sebabb tak elok benar. gasak korang laa nak eja macam mana, janji ada bunyi dekat-dekat sudahlah. haha. sedikit fakta tentang beliau. Kedtinggianya 177cm *kurus-kurus pun tinggi derr, lagi tinggi dari aku! cccchisss!!!* saiz pinggang 24.5 inci dan berdarah campuran Roman-Kanada

#9= GEMMA WARD
muka kerek bajet gua goyang je tengok lu, kalau gua sepak *guna tangan* lu, memang terabur gigi lu. haha, kalau model memang muka kena kerek ehh? haha. sedikit fakta tentang beliau, beliau dikatakan telah bersara kerana masalah berat badannya.

#8= Tatiana Lyadochkina
berbelit lidah aku nak menyebut nama dia nie, phuiii~ nasib baik bukan islam, kalau tak 18 kali laa bakal laki dia nie lafaz akad nikah depan tok kadi, sebab salah sebut nama dia nie. hehe, sedikit fakta tentang beliau, berketinggian 176 *tinggi dari aku jugak T_T*, berasal dari Russia, dan supermodel yang sangat terkenal.

#7= Vlada Roslyakova
ganas siakk muka, macam hantu dah aku tengok, tapi kalau dia lalu chow kit pastu buat muka lansi macam nie,, memang nak kena tembak laa. hehe, sedikit fakta tentang beliau, tinggi 5 kaki 10 inci * berapa dalam cm? aku noobb sikit pasal kaki inci nie. xD*

#6=Magdalena Frackowiak
model yang berasal dari vanue EURO 2012, Poland dan mempunyai ketinggian 180cm *perghhh!! lagi tinggi siak, phuiii~ * dan saiz pinggang hanya 24 inci. supermodel jenama terkemuka dunia

#5-Snejana Onopka
makin kurus derr, fakta yang menarik tentang dia nie, dia nie mampu pakai kasut bersaiz antara 0 hingga 2 sahaja *Wauuu!! (O.o)* pun berasal dari vanue EURO 2012, Ukraine, berat paling ringan beliau adalah 45kg dan ketinggiannya 5 kaki 9 inci.

#4=Colette Pechekhonova
nama macam siall laa aku nak sebut, biasalah, lidah melayu, tahu sebut nama TIMAH,PE'AH, JEMAH, BEDAH dan macam-macam lagi laa. haha, nak sebut nama gini, memang takk laa kan? heee, fakta tentang beliau,, berasal dari Russia, kalau korang nak tengok gambar dia lebih lagi, korang taip je kat google tu "skinny models" mesti gambar dia yang keluar. tak percaya buat lah. silakan~ :) saiz pinggang beliau adalah 24inci.

#3=Kim Noorda
model ini berasal dari Belanda dan memakai kasut saiz 4, beliau nie boleh dikatakan sebagai obses dengan badan sendiri, kerana beliau pernah kata yang dia sanggup lakukan apa sahaja untuk memastikan bentuk tubuhnya tidak berubah.

#2= Andreea Stancu
model ini berasal dari Romania, bermata biru dan berketinggian 5 kaki 11 inci dan saiz pinggangnya yang kecik iaitu bersaiz 23 inci. Apabila bergaya di pentas, penonton boleh melihat tulang rusuknya dari belakang.

#1=Olga Sherer
supermodel yang terkenal dengan rambut merah ini merupakan model terkemuka hari ini, pinggang dia bersaiz 23.6 inci.


haa!! yang dua nie bukan model, nie MONSTER namanya. haha, perempuan tu SUMPAH aku tak kenal masa snap nie,aku buat berani je pergi cakap kat dia yang aku nak snap gambar dengan dia *berani tak aku ^^ ~angkat kening~* haha, okay lah, sampai sini je lah kot entry aku, nanti-nanti bila aku senang lagi, akan aku update lagi, haa, lupa nak cerita, yang buat aku rajin nak update nie ada lagi 1 sebab. Sebabnya, budak-budak perempuan sekolah aku selalu tegur aku, "hye blogger!" amboihh~ macam perli pun ada kan? haa! tu buat aku rajin nie. hehe.

p/s: ada gaya model tak?? JANGAN cakap TAK!! aku smack down kau kang!! mwahahahaha *gelak paling jahat!*

Monday, 3 September 2012

Kenal Siapa Lt. Adnan Saidi?

Leftenan Adnan Bin Saidi, sapa yang tak kenal dengan nama ini? kalau tak kenal, aku sarankan kau nyahh dari Malaysia, pejuang Tanah Melayu nie pun korang tak kenal, apatah lagi menda lain, okay2, hari nie aku tiba-tiba ada mood nak update blog kan, so, dalam bulan kemerdekaan nie, apa salahnya aku perkenalkan dengan lebih mendalam tentang siapakah Leftenan Adnan nie dan pertempuran dia kat Bukit Chandu, Singapura, aku tahu, korang memang malas nak ambik port pasal sejarah nie, apatah lagi nak suruh selak buku sejarah, memang takk laa kan? haha, biasa lah, SEJARAH itu MEMBOSANKAN, tak pun, SEJARAH tak MUNGKIN BERULANG kan? buat apa pecah otak nak tahu. hehe. okay-okay, tak payah banyak bunyi, jom kita pantau sekilas tentang pertempuran beliau di Bukit Chandu di Singapura yang membuatkan beliau dikenang sebagai Pejuang Kemerdekaan tersohor sepanjang zaman.

tugu sempena memperingati peristiwa di Bukit Chandu
Paluan Gendang Perang di Bukit Chandu Bergema!


Sejarah pendaratan Jepun di Tanah Melayu dan tindakan pantas tentera Jepun memaksa Tentera British berundur ke Singapura. Pertempuran-pertempuran akhir mempertahankan Singapura termasuk pertempuran di Pasir Panjang yang lebih dikenali sebagai Pertempuran Bukit Candu. Bukit Candu dinamakan sempena kilang memproses candu yang dahulunya terletak di kaki bukit tersebut.
Pertempuran sengit telah berlarutan beberapa hari sebelumnya. Tentera Jepun yang biasa bertempur dari ketumbukan Tentera ke 25 yang terkenal berjaya mengatasi kedudukan pertahanan strategik di Singapura. Bukit Candu menandakan sempadan pertahanan terakhir. Ia merupakan kedudukan pertahanan penting di Singapura berasaskan dua alasan strategik; ia boleh melihat bahagian utara Singapura dan selain itu, sekiranya pihak Jepun mengawal permatang, ia memberikan mereka laluan langsung ke kawasan Alexandra. Kawasan Alexandra merupakan tapak depoh bekalan peluru dan bekalan utama, hospital tentera dan kemudahan utama Tentera British. Dengan itu, permatang tersebut perlu dipertahankan bersungguh-sungguh.
Pertahanan permatang itu telah ditugaskan kepada Kompeni 'C' . Kompeni 'C' merupakan sebahagian satu pasukan kecil Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu (1 Melayu). Batalion 1 Melayu dan Batalion 2 Melayu, bersama-sama dengan batalion ke-2 "Loyal Regiment" Tentera British dipusatkan menjadi Briged Infantri Pertama Malaya (1st Malaya Brigade)
Pada 13 Februari 1942, Division Chrysanthemum Tentera Imperial Jepun yang handal di bawah pemerintahan Lt. Gen. Renya Mutaguchi menumpukan perhatian mereka kepada persisiran selatan Singapura - Permatang Pasir Panjang. Pada pagi tersebut, permatang tersebut dibedil bertalu-talu dengan sokongan udara, mortar berat dan bedilan meriam. Kompeni 'C' dan Lt. Adnan Saidi ketika itu telah ditempatkan di Perkampungan Pasir Panjang telah memberikan tentangan hebat. Akhirnya tentera Jepun terpaksa berundur disebabkan tentangan sengit daripada Kompeni 'C'. Adnan dan orang-orangnya telah membina benteng pertahanan Rejimen di kawasan tanah tinggi, yang dikenali sebagai Celah (Gap). Walaupun mempunyai bilangan anggota yang lebih ramai, pasukan Jepun di bawah Major Kimura gagal menembusi barisan pertahanan di Celah (Gap).
Pada tengah malam 14 Februari 1942, Kompeni 'C' menerima perintah untuk bergerak ke tapak pertahanan baru - Pt. 226, Bukit Candu. Lebih ramai askar tambahan ditempatkan ke pasukan di bawah pimpinan Adnan – menjadikan jumlah keseluruhannya 42 kesemuanya. Selepas meninjau persekitaran dengan cermat, Lt. Adnan Saidi memerintah orang-orangnya untuk memperkukuhkan benteng pertahanan mereka dengan beg pasir. Kawasan bukit tersebut dikelilingi dengan benteng beg pasir.
Pada awal petang 14 Februari, pihak Jepun melancarkan serangan berhelah. Daripada Jalan Pepys Road mendaki Pt.226, Adnan Saidi yang ketika itu berusia 27 tahun, memantau kontinjen "tentera Sikh" daripada Tentera British India (British-Indian Army) mara. Penglihatannya yang tajam dan kecerdasan fikirannya membolehkan Lt. Adnan perasan sesuatu tidak kena apabila menyedari tentera berturban yang mara itu bergerak dalam kumpulan berempat dan bukannya bertiga seperti Tentera British. Menyedari helah tersebut, Lt. Adnan Saidi dan anak buahnya melepaskan tembakan dan berjaya membunuh sekitar 20 orang musuh pada jarak dekat, dengan itu memaksa tentera Jepun berundur.
Dua jam kemudian, tentera Jepun telah melancarkan serangan besar-besaran dalam bilangan yang besar. Serangan tersebut menumpaskan Lt. Adnan Saidi dan tenteranya. Dengan bilangan yang jauh lebih kecil dan kekurangan peluru, Regimen Melayu bertempur dalam pertempuran sehingga ke mati.walaupun leftenan adnan terkorban,namun lebih daripada 800 askar yang telah dibunuh oleh leftenan adnan dan regimennya.


Perginya Seorang Pejuang Bukan Untuk Ditangisi tetapi Pejuangannya Perlu Dihayati!


Pertempuran sengit berlanjutan di Bukit Candu. Semua jenis senjata digunakan, termasuk bom tangan dan senjata automatik. Lt. Adnan sendiri mengendalikan senjata mesingan jenis Lewis gun. Dalam kebanyakan kes, askar bertempur dalam pertempuran berhadapan menggunakan bayonet. tetapi, mereka kekal bertahan mengecewakan pihak musuh. Dalam pertempuran yang berikutnya pegawai dan tentera mati. Adnan cedera parah tetapi enggan berundur dan sebaliknya menyuruh orang-orangnya berjuang sehingga ke titisan darah terakhir. Keberaniannyalah yang menaikkan semangat juang orang-orangnya untuk bertahan bersunguh-sungguh.
Korporal Yaakob, yang mendapat Pingat Keberanian Medal of Gallant, merupakan salah seorang daripada mereka yang terselamat dalam pertempuran Bukit Candu. Dalam kacau-bilau pertempuran, beliau yang cedera jatuh di atas mayat mereka yang terkorban. Beliau terselamat dengan berpura-pura mati disamping mayat rakannya dan melihat kematian mengerikan Adnan Saidi. Musuh yang menang berjaya menawan Lt. Adnan. Akibat perasaan dendam kerana keberaniannya melawan Jepun, ketua platun itu diseret sebelum diserkup dengan guni. Tentera Jepun kemudiannya telah menggantungkan kakinya pada pokok ceri. Kerana meradang akibat kehilangan ramai rakan, tentera Jepun kemudiannya telah menikamnya dengan bayonet berkali-kali. Dalam kejadian lain disebut lehernya telah dikelar. Kejadian ini dilihat oleh Koperal Yaakob. Selepas pertempuran, pihak Jepun melarang sesiapapun menurunkan mayatnya untuk dikebumikan, dan tiada seorangpun yang berani. Malah menurut beberapa sumber, tubuh Lt. Adnan Saidi yang dicacatkan itu dibakar menjadi abu.
Beberapa tahun lalu, Haji Burhan Muslim, yang tinggal berhampiran Bukit Candu, teringat telah memanjat bukit dengan sepupunya beberapa hari selepas pertempuran tersebut. Dalam salah satu rumah banglo yang terdapat di bukit Lorong Pepys, dia melihat mayat askar Melayu yang dipancung merata-rata. Dalam salah satu bilik, terdapat mayat seorang tentera Melayu yang lehernya dikelar. Pakaian seragamnya basah dengan darah. Melihat kepada lencana yang terdapat pada pakaian seragamnya, Haji Burhan percaya bahawa dia adalah pegawai berpangkat. Dia percaya bahawa mayat tersebut mungkin mayat Lt. Adnan Saidi, (mungkin membuktikan mayat Lt. Adnan Saidi tidak dibakar).
Keberanian Lt. Adnan Saidi bersama kontinjen 42 orang anggota Askar Melayu yang telah bertempur mati-matian untuk mempertahankan permatang Pasir Panjang merupakan satu episod yang kini kekal dalam lipatan sejarah. Pertempuran sengit itu disebut khusus dalam perutusan Lt. General A. E. Percival berkenaan Pemerintahan Operasi Malaya dari tarikh Disember 1941 sehingga 15 Februari 1942:
"Selepas dua jam dibedil dengan meriam dan motar, tentera Jepun menyerang Regimen Melayu yang mempertahankan Permatang Pasir Panjang. Regimen Melayu bertempur dengan gagah beraninya tetapi mengalami kehilangan jiwa yang teruk, dan menjelang petang musuh sampai ke Celah (Permatang Pasir Panjang)..."




Betalion Pertama Rejimen Askar Melayu
Begitulah hebatnya pejuang zaman perperangan dahulu dalam memperjuangkan KEMERDEKAAN tanah air tercinta kita ini, sanggup menggadai nyawa asalkan generasi akan datang tak merasa jerih perih hidup dalam penjajahan, so, kita nie selaku GENERASI MUDA, kekalkan lah keamanan yang sedia ada, jangan rosakkan perjuangn mereka yang terdahulu. Assalamualaikum! :))

p/s: SANG SAKA MALAYA kepala bapak kau!! nie laa manusia jenis tak tahu berterima kasih! tak tahu menghormati bendera lambang kebanggan rakyat sesebuah negara dan orang yang tak ada semangat patriotik! aku bukan belah government or opposition, tapi korang fikirlah sendri, dimana akal fikiran? kewarasan akal? hanya kerana amarah kepada pemimpin, JALUR GEMILANG dijadikan lacuran politik jalanan! phuiiii!!! Bendera ku bukan untuk PERMAINAN!, benderaku bukan alat GUNAAN!, tapi! benderaku itu lambang KEMEGAHAN!