Wednesday, 29 August 2012

Raya lagi ke???

Selamat Hari Raya! walaupun dah 2 minggu berlalu, aku tetap nak ucap jugak, lantak laa, aku memang selalu ketinggalan, mak aku cakap, biar lambat asal selamat. hehe, okay-okay, apa macam raya tahun nie? best? CONFIRM laa korang akan cakap tak best kan? aku dah biasa dengar ayat macam tu, tiap tahun mesti ada member-member aku akan cakap " aduhh, boring betul raya kali nie" padahal macam laa aku tak tahu, ang paw dia dh tebal dalam poket, tak best lagi ke? phuiiii~ *bukan ludah betul-betul pun, jangan marah ^^*. Cuba lah kita bersyukur sikit, kita raya dalam keadaan aman damai, bukan macam negara-negara yang bergolak lain, korang tengok lah INDONESIA, sambut hari raya pun tak sepakat, ada puak nie sambut awal sehari, ada puak nie sambut lambat sehari, apa kes?? sebab diorang tak bersatu, sebab tu RASULULLAH pernah bersabda "PADA AKHIR ZAMAN NANTI, BILANGAN UMAT ISLAM RAMAI, TETAPI TIDAK BERSATU, UMPAMA BUIH DI LAUTAN, BANYAK, TETAPI MUDAH PECAH". tengok pulak saudara-saudara kita kat negara bergolak lain, IRAQ, AFGHANISTAN, SYRIA dan banyak lagi laa, macam-macam krisis melanda diorang, ada yang perang saudara, perang antara negara, wabak penyakit, kebuluran. tapi kita kat sini pulak apa macam? makan lemang tak habis, campak je dalam tong sampah, rendang pedas sikit, dah tak lalu makan, aku bukan cakap kat orang lain, tapi cakap kat diri sendiri, kadang-kadang aku terfikir jugak "SAUDARA AKU KAT PALESTINE TU TENGAH MAKAN APA YE SEKARANG NIE? DIORANG KENYANG KE?" tapi apa kan daya, kita tak mampu buat apa-apa, kita hanya mampu berdoa je, tapi jangan pandang rendah pada doa sebab DOA ITU SENJATA MUKMIN. tapi PERSOALANNYA sekarang, korang pernah TERFIKIR tak nasib saudara kita kat sana?? :)

BIG BOSS n BOSS aku
Hari raya biasalah kan, mesti pagi-pagi dah cium tangan mak abah mintak ampun maaf, amalan korang aku tak tahu lah, sebab amalan keluarga aku memang sebelum pergi sembahyang raya kat masjid akan bersalaman n bergambar dulu, sebab lepas sembahyang raya, aku n abah aku akan ziarah rumah-rumah kat benta tu untuk buat doa selamat, kira dah jadi macam TRADISI kitaorang, dah konfem-konfem laa ada lagi yang join, takkan laa aku n abah aku je, ada laa dalam 20orang setiap kali rombongan dari rumah ke rumah nie

BALIK KAMPUNG!!!
sebelum aku cerita pasal raya lebih-lebih, baik cerita pasal balik kampung, ye dakk? untung laa wehh, sapa ada kampung, merasa packing-packing barang nak balik jumpa atuk,nenek,tokwan,tok,opah dan macam-macam nama panggilan lagi laa, aku tak pernah bhaii merasa menda macam tu, kadang-kadang jeles jugak tengok orang balik kampung, tapi nak buat macam mana kan? dah aku ditakdirkan tak ada kampung yang hendak dibalikkan *kepeningan ayat aku teserlah disitu, heee* so, redha je laa, so, aku dah fikirkan cara nya, nanti aku nak kawin dgn org jauh, yaahaa! sapa-sapa yang duk jauh dari pahang tu, jangan laa sombong dengan aku ye? heeee *gataiii naa*

Tak ready lagi nie
aku malas dah nak menaip panjang-panjang, sebab tu blog aku nie dah berhabuk bersawang bagai, dah lama tak updatekan, tak ada masa betul aku sekarangkan, maklum lah, dah jadi YB sekarang. hehe, so, jom je laa tengok gambar yang sempat aku MUATNAIKKAN dalam blog aku nie, lets cekedauu~~

dah ready, ^^

keluarga saya. :)
adik-beradik gue
anak jantan pak long kama
anak perempuan mak long naa *mak gue kat tengah tu*
nie masa malam raya, 2 orang sepupu aku dan mak ngah aku ada sekali

mak ngah aku style layan je, ikut laa apa aku n kak ngah aku buat. dia cakap nak buat bentuk love,
tapi tak jadi. hehe
Cucu aki pok dee Mohd Kelan, keturunan GALAH PANJANG nie, nak join?? heee


nie pulak gambar masa aku dapat hadiah sebagai PENJARING TERBANYAK PERTANDINGAN BOLA SEPAK 7SEBELAH sempena hari raya hari tu, masa raya ketiga nie, bangga laa jugak kan, penat-penat aku main, dapat hadiah macam gini, nie sempena majlis "komeh anok benta" alaa, kira macam program mengeratkan sillaturahim laa dalam kalangan anak-anak benta nie, pertandingan bola buat siang hari raya ketiga, dapat hadiah nie malam raya ketiga tu, bangga bapak aku kot, hehe, baru laa boleh cakap aku nie betul-betul anak "kama marzukk" btw, tu nama panggilan abah aku masa dia muda-muda dulu, yang aku tahu bapak aku dapat panggilan tu sebab dia main bola sepak style player mesir zaman tu, player tu nama marzukk. ^^. so sampai sini je lah, nukilan aku kali nie, haa, nie aku ada satu video baekkk punya, klau BROADBAND n WIFI korang laju, try laa tengok, kalau korang tak gelak maknanya korang memang ada masalah dengan URAT KENTUT korang. hihi, muhh tengok~

lawak kan?? aku gelak guling-guling tengok video nie. haha xD

p/s: kecoh kan pasal dapat duit raya rm20 sekeping? nah, aku nak tunjuk sikit rm20 complete set yang aku ada, atas sekali tu sign gabenor AZIZ TAHA, kedua JAAFAR HUSIN dan yang bawah sekali, gabenor bank negara yang terbaru ZETI AKHTAR AZIZ, aku cakap nie jangan marah pulak ye? KAU HADOO? heee :))