Sunday, 29 July 2012

Kita KAWAN kan?

Assalamualaikum semua! seperti yang dijanjikan, aku sekarang lebih rajin update blog aku, hehe, bukan apa, malas laa nak biar blog aku bersawang je, rugi bhaii~ heee. tajuk entry aku kali nie nak cerita pasal KAWAN & SAHABAT, bila sebut sahabat nie mesti ramai yang ingat lagu NAJWA LATIF kan? okay-okay, pada korang yang masih berteka-teki tu, aku dah CLASH dengan najwa latif. hahahahaha *perasan kejap*, hari nie aku tiba-tiba TER-rajin pulak nak update blog kan, so, aku merepek sikit-sikit tu korang maafkan je laa ye. hihi

aku buat entry pasal SAHABAT nie pun sebab aku rindu kawan-kawan lama aku beb, dari tadika sampai laa ke sekolah menengah nie, rase macam nak undur masa balik je, sekarang masing-masing dah bawak haluan diri masing-masing, ada jauh, ada dekat, ada yang terlampau jauh, hadoiii, rindu seyh~ Ditambah lagi dengan aku masuk FORM6 sekarang kan, sekolah baru, kawan-kawan baru, lagi laa menambahkan rindu aku kat kawan-kawan lama aku, aku kat sekolah baru nie tak ada lansung kot KAWAN RAPAT, sadiss aku kan? bak kata orang, kawan-kawan aku kat sekolah baru nie semua tak SAMA PAWANG. tak faham ape maksud tak sama pawang?? haha, maksudnya, tak SATU KEPALA dengan aku laa, tapi aku boleh je kawan dengan diorang, cuma nak cari SORANG kawan yang betul-betul rapat macam aku dengan FIKRI n AIMAN memang tak ada laa kot. heee.


ape maksud TALAM 2 MUKA? maksud talam 2 muka nie, orang yang bermuka-muka, contoh nye laa, depan A dia nie kutuk si B, tapi bila dia depan si B dia kutuk pulak si A. orang macam nie memang lahabau, kalau buat kat aku laa macam nie, memang aku LEEESSSINGGG kepala dia. tak guna hidup kalau suka bermuka-muka, kalau nak cari kawan, korang cubalah elak dari berkawan dengan orang mcm nie, sebijik mcm taik. *btw, cantik tak lukisan aku kat talam tu? haha, jangan bagitahu mak aku taw yang aku amik talam dia lepas tu aku conteng macam tu* ekekekeke. xD.


sebenarnye aku buat entry nie sebab aku nak kongsi dengan korang gambar-gambar kenangan terindah aku dengan kawan-kawan aku je, perut yang lapar ditambah dengan mengantuk serta letih disebabkan main futsal pkul 1 pagi tadi, membuatkan aku dah mula MALAS nak menaip panjang-panjang,so, jom usha gambar aku dengan kawan-kawan aku. :))



form 3
budak-budak gila
kenangan tetap kenangan beb. T_T
aku rasa macam muka aku tak berubah since aku form3 laa. heee
cute tak kitaorang?? xD
muka budak-budak miloooo
form2, budak tak cukup zat belaka nie. haha
muka gua baru bangun tido! 
 ini nama kami!
playboy~ haha
sekk kiteee

geng UYEHH! haha
gangster mau belasah olang! haha
jalan nie memang bapak aku yang punya! 
muka boring kena dengar ceramah
pengawas sekolah derr
hoi!
purple
pembulian apakah ini?
malam graduasi
reunion sekolah rendah

gambar masa tadika, cute je aku kan? haha
aku terfikir," ape yang aku tengah buat tu? -_-"
yeahh!! BFF
kawan aku paling rapat lepas AIMAN a.k.a GENDUT
dua-dua dapat anugerah kecemerlangan individu, yeay! :))

p/s: aku kat sekolah baru aku nie, aku boleh dikatakan macam SEBATANG KERA KARA laa, sebab aku tak ada kawan yang betul-betul rapat, bila aku dalam situasi nie, baru aku teringat kata-kata UMI masa aku kat sekolah lama "adham, kadang-kadang kita berada kat atas, dan kadang-kadang kita kat bawah, sekrang awak pemimpin kat sini, siapa tahu satu hari nanti awk pulak yang dipimpin, tapi awak jangan risau, perkara macam tu laa yang boleh membuatkan awak jadi KETUA YANG ZUHUD, bukan KETUA YANG BONGKAK" mmg betul apa yang umi cakap tu, dulu masa aku kat sekolah lama aku, memang aku ketua apa-apa event yang student anjurkan kat sekolah n badan pengawas, aku pengerusi apa-apa kelab dan persatuan  yang aku join, tapi bila aku masuk sekolah baru nie, aku KOSONG~ yewla, tak ada sapa kenal aku betul-betul aku kan. mungkin pada diorang aku macam tak boleh diharap, padahal diorang tak tahu yang aku tak pernah gagal jalankan tugas yang orang amanahkan kat aku setakat nie. ^_^ .tak apa, mungkin ALLAH nak tunjuk kan aku, macam mana rasanya berada di bawah lepas aku sentiasa ada kat atas. :))







2 comments: