Sunday, 29 July 2012

Kita KAWAN kan?

Assalamualaikum semua! seperti yang dijanjikan, aku sekarang lebih rajin update blog aku, hehe, bukan apa, malas laa nak biar blog aku bersawang je, rugi bhaii~ heee. tajuk entry aku kali nie nak cerita pasal KAWAN & SAHABAT, bila sebut sahabat nie mesti ramai yang ingat lagu NAJWA LATIF kan? okay-okay, pada korang yang masih berteka-teki tu, aku dah CLASH dengan najwa latif. hahahahaha *perasan kejap*, hari nie aku tiba-tiba TER-rajin pulak nak update blog kan, so, aku merepek sikit-sikit tu korang maafkan je laa ye. hihi

aku buat entry pasal SAHABAT nie pun sebab aku rindu kawan-kawan lama aku beb, dari tadika sampai laa ke sekolah menengah nie, rase macam nak undur masa balik je, sekarang masing-masing dah bawak haluan diri masing-masing, ada jauh, ada dekat, ada yang terlampau jauh, hadoiii, rindu seyh~ Ditambah lagi dengan aku masuk FORM6 sekarang kan, sekolah baru, kawan-kawan baru, lagi laa menambahkan rindu aku kat kawan-kawan lama aku, aku kat sekolah baru nie tak ada lansung kot KAWAN RAPAT, sadiss aku kan? bak kata orang, kawan-kawan aku kat sekolah baru nie semua tak SAMA PAWANG. tak faham ape maksud tak sama pawang?? haha, maksudnya, tak SATU KEPALA dengan aku laa, tapi aku boleh je kawan dengan diorang, cuma nak cari SORANG kawan yang betul-betul rapat macam aku dengan FIKRI n AIMAN memang tak ada laa kot. heee.


ape maksud TALAM 2 MUKA? maksud talam 2 muka nie, orang yang bermuka-muka, contoh nye laa, depan A dia nie kutuk si B, tapi bila dia depan si B dia kutuk pulak si A. orang macam nie memang lahabau, kalau buat kat aku laa macam nie, memang aku LEEESSSINGGG kepala dia. tak guna hidup kalau suka bermuka-muka, kalau nak cari kawan, korang cubalah elak dari berkawan dengan orang mcm nie, sebijik mcm taik. *btw, cantik tak lukisan aku kat talam tu? haha, jangan bagitahu mak aku taw yang aku amik talam dia lepas tu aku conteng macam tu* ekekekeke. xD.


sebenarnye aku buat entry nie sebab aku nak kongsi dengan korang gambar-gambar kenangan terindah aku dengan kawan-kawan aku je, perut yang lapar ditambah dengan mengantuk serta letih disebabkan main futsal pkul 1 pagi tadi, membuatkan aku dah mula MALAS nak menaip panjang-panjang,so, jom usha gambar aku dengan kawan-kawan aku. :))



form 3
budak-budak gila
kenangan tetap kenangan beb. T_T
aku rasa macam muka aku tak berubah since aku form3 laa. heee
cute tak kitaorang?? xD
muka budak-budak miloooo
form2, budak tak cukup zat belaka nie. haha
muka gua baru bangun tido! 
 ini nama kami!
playboy~ haha
sekk kiteee

geng UYEHH! haha
gangster mau belasah olang! haha
jalan nie memang bapak aku yang punya! 
muka boring kena dengar ceramah
pengawas sekolah derr
hoi!
purple
pembulian apakah ini?
malam graduasi
reunion sekolah rendah

gambar masa tadika, cute je aku kan? haha
aku terfikir," ape yang aku tengah buat tu? -_-"
yeahh!! BFF
kawan aku paling rapat lepas AIMAN a.k.a GENDUT
dua-dua dapat anugerah kecemerlangan individu, yeay! :))

p/s: aku kat sekolah baru aku nie, aku boleh dikatakan macam SEBATANG KERA KARA laa, sebab aku tak ada kawan yang betul-betul rapat, bila aku dalam situasi nie, baru aku teringat kata-kata UMI masa aku kat sekolah lama "adham, kadang-kadang kita berada kat atas, dan kadang-kadang kita kat bawah, sekrang awak pemimpin kat sini, siapa tahu satu hari nanti awk pulak yang dipimpin, tapi awak jangan risau, perkara macam tu laa yang boleh membuatkan awak jadi KETUA YANG ZUHUD, bukan KETUA YANG BONGKAK" mmg betul apa yang umi cakap tu, dulu masa aku kat sekolah lama aku, memang aku ketua apa-apa event yang student anjurkan kat sekolah n badan pengawas, aku pengerusi apa-apa kelab dan persatuan  yang aku join, tapi bila aku masuk sekolah baru nie, aku KOSONG~ yewla, tak ada sapa kenal aku betul-betul aku kan. mungkin pada diorang aku macam tak boleh diharap, padahal diorang tak tahu yang aku tak pernah gagal jalankan tugas yang orang amanahkan kat aku setakat nie. ^_^ .tak apa, mungkin ALLAH nak tunjuk kan aku, macam mana rasanya berada di bawah lepas aku sentiasa ada kat atas. :))







Tuesday, 17 July 2012

10 Perangkap Syaitan

Sat-sat! aku nak CUCI blog aku nie kejap, pergi tandas dulu ke, makan choki-choki 1 bundle dulu ke, bersawang, berulat, berkumis dan semua BER-BER laa ada, kotor sangat dah nie. haaa.... lagi 1! jaga sikit, LICIN nie, nampak tak signboard tu?? kalau jatuh jangan SAMAN aku, aku dah warning. xD. ~ 15 minit kemudiannnn~~~~~~~~~~~~~ *tak smpai pun kan? alaaaa, buat-buat smpai udohh lerr. hihi*. siap pun aku cuci blog aku nie *sambil tepuk-tepuk baju, sbb habuk lekat kat baju* hihi, punya laa lama aku tak berblogging since aku masuk form6 nie, sampai aku memerlukan sekitar 2 minit untuk mencari button make new post tu, aiiyaaa~ selengeee pak puu je aku tadi. heee, okay-okay~ aku bukan tak nak berblogging or merajuk tak pun apa-apa lagi laa, cuma aku penat, sekolah aku jauh kot dari rumah, 20minit baru smpai, bile balik 2.30, smpai rumah lebih kurang pukul 3, pastu ape lagi, tidoooo laa kerja aku, dh bangun, gi main futsal, malam online tak pun buat homework*konon nye laa. :P*. ditambah pulak aku kemalasan nak menaip, hehe. tanpa melengahkan masa, baik aku mulakan entry yang aku nak buat nie selepas sekian lama aku tak menaip panjang berjela-jela, umpama rambut PONTIANAK yang dah senior. Hahaha


Sempena dah nak RAMADHAN nie, baik stop-stop laa kan, cerita pasal dunia, baik aku cerita pasal kerohanian pulak kan, aku pun dah tak sabar nak puasa nie, sambil buat amalan sambil kurus kan badan aku yang dah membesar bagai minum susu DUGRO setiap pagi. Hehe, lets cekedauuuuu~

Pertama=SOMBONG
Melalui sifat sombong dan angkuh, dua sifat inilah yang amat mudah tersemai dan menyubur dalam diri manusia, Ia berpunca daripada keegoan manusia itu sendiri, yang lazimnya akan mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan dan kesenangan.

Kedua=BAKHIL
Melalui sifat bakhil dan kedekut. Setiap harta benda dan kemewahan yang diperoleh adalah kurnian ALLAH s.w.t yang seharusnya dibelanjakan ke jalan yang hak. Ia boleh digunakan untuk membantu kesempitan hidup orang yang memerlukan sama ada melalui kewajipan berzakat atau bersedekah.

Ketiga= TAQBUR
Melalui sifat takbur dan bongkak. sifat ini selalunya bertapak dalam diri seseorang manusia yang merasakan dirinya sudah memiliki segala-galanya dalam hidup ini. mereka terlupa bahawa kesenangan dan kenikmatan itu boleh ditarik oleh Allah pada bila-bila masa saja. Allah s.w.t berfirman yang maksudnya "Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yak takbur" (an-Nahl:23).



Keempat=KHIANAT
Melalui sifat khianat. Khianat yang dimaksudkan bukan saja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, tetapi juga mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi apa-apa bentuk perjanjian,perkongsian dan sebagainya.

Kelima: TIDAK MAHU MENERIMA NASIHAT
Sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat. Junjungan Rasulullah s.a.w selalu menasihati sahabat baginda agar menjauhi diri masing-masing daripada menjadi golongan keempat daripada kalangan manusia yang dibenci Allah s.w.t. Iaitu golongan yang tidak suka diri mereka dinasihati atau mendengar nasihat orang lain.


Keenam=HASAD DENGKI
Melalui sidat hasad. Perasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan rasa benci dan dendam yang berpanjangan. Rasulullah s.w.t pernah bersabda "Hindarilah kamu daripada sifat hasad dengki kerana akan memakan amalan kamu seperti api memakan kayu yang kering" (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Ketujuh=SUKA MEREMEHKAN ORANG LAIN
Melalui sifat suka meremeh dan memperkecilkan orang lain. Sifat ego manusia itu selalunya akan lahir apabila seseorang individu itu merasakan dirinya sudah sempurna jika dibandingkan dengan orang lain. orang lain dilihat terlalu kerdil jika dibandingkan dengan apa yang dia miliki. Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda "Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik ialah orang tua muslim, orang yang berilmu dan iman yang adil" (Riwayat Muslim).

Kelapan=UJUB@BANGGA DIRI
Melalui sifat ujub dan bangga diri. menurut Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud "Janganlah kamu bersenang lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-senang saja" (Riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal).

Kesembilan=SUKA BERANGAN-ANGAN
Melalui sifat suka berangan-angan. Islam adalah anti-malas. Orang yang berat tulang untuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh Allah dan manusia. mereka lebih gemar berpeluk tubuh dan menyimpian impian yang tinggi, tetapi amat malas berusaha untuk memperolehnya.

Kesepuluh=SYAK WASANGKA
Yang terakhir, melalui sifat buruk sangka. Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatan tanpa diselidiki terlebih dahulu amat dicela Islam. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud "Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang berkata itulah sebenarnya yang telak rosak dirinya" (Riwayat Muslim).



Sampai sini jelah post aku kali nie, kalau tak puas lagi, tunggu je laa ye next entry, insyaallah bulan puasa nie nanti aku buat banyak lagi entry sementara nak tunggu berbuka. Haha, Puasa pun dah tak lama kan, Sabtu nie dah mula bangun sahur, PAK TAN (SETAN) dah kena rantai, tinggal PAK SU (NAFSU) je yang ada, jangan kita pulak jadi setan pastu berganding bahu, seia sekata sehati sejiwa dengan PAK SU buat perkara mungkar dah lerr. Hehe. lagi satu, bila bulan puasa mesti rasa tak takut kan bila jalan kat dalam gelap ke, tepi hutan ke, sebab kita dan set up dalam minda yang HANTU tu SETAN, so korang akan dengan riang ria nya berjalan tanpa risau ada hantu. betul tak?? *sebenarnya, aku pun macam tu. hehe*. Assalamualaikum.


p/s: apa kejadah buat perlawanan bulan masa bulan puasa?? nie laa kalau dalam fikiran asyik nak untung je, defakk! baik duduk masjid laa weyy dari pergi tengok perlawanan bengong nie, betul laa minat bola, kalau minat pun tak kan sanggup nak korbankan solat TERAWIH oiii, solat terawih nie setahun  sekali je ada, Malaysia lawan bola, tiap-tiap bulan pun ada, yang korang sakai sangat nak korbankan amalan pastu pergi tengok perlawanan nie apehal?? Yang orang aturkan perlawanan nie jangan cerita laa, diorang nie bukan fikir amalan ke apa, tahu nak untung je, pastu korang pun hanyutt sekali. adesss~ pastu yang kelakarnya. MANCHESTER CITY nie bukan ada fans pun kat malaysia, tak pasal-pasal tiket jadi murah. Hahaha. RM10 je untuk sekeping tiket??? padan laa wey, team ayamas je pun, Hehe. korang dah beli tiket?? tak rugi pun tak pergi weyh. RM10 je pun, bukan RM100, dari nak bandingkan pahala yang korang dapat kalau gi TERAWIH, ye dopp?? :))