Thursday, 7 June 2012

Cinta+Percintaan+Bercinta= COUPLE?

Assalamualaikum semua! well, hello there! hari nie aku nak berjambu sikit, ampa tau dakk berjambu tu apa kebanda nye? tak tahu?? haha, kau nie memang ditakdirkan FOREVER ALONE agaknya. Hihi, jangan marah naa, aku gurau je, biasa laa, gurau-gurau manja gituww, awww aww *okay, godiik kojap* haha.
bejambu tu maksudnya berjiwang karat laa *Tapi yang paling memusykil kan aku adalah, apahal bila ada perkataan JIWANG mesti kena tambah KARAT kat belakang. wondering why kan? -,-"* okay-okay, berbalik pada cerita asal, lantak laa perkataan tu, nanti aku akan cuba usulkan kat DEWAN BAHASA supaya tukar kan JIWANG tu kepada BESI TAHAN KARAT supaya perkataan karat tu boleh dibuang dari perkataan JIWANG. Hihi, hari nie aku tetiba ada mood nak bercerita pasal CINTA, LOVE, AMOR, MAITE, SZERELEM dan macam-macam lagi laa perkataan di dunia nie nak mengatakan tentang CINTA nie, kalau nak aku listkan dalam blog aku nie, menjelang subuh esok pun belum tentu habis. hehe. aku ada mood nak cerita tentang benda alah nie bukan apa, ramai dah kot kawan-kawan aku yang bercoupling nie, siap dating, jeles ampa taw! silap aku tak reti buat muka jeles je, kalau tak, siap laa, aku buat muka jeles TUWENTIFORAWES (24hours) Haha,

Cinta itu yang buta atau Manusia yang dibutakan oleh cinta? entah laa yobb, kome pikioo laa sendri, teman nie tak reti benda macam nie, maklum lerr, SPM pun pangkat tiga je. Hihi. okay-okay, ramai orang cakap, cinta tu buta, sebab apa buta? cinta tak kenal usia, tengok lah, ada je orang couple tak pun kahwin dengan orang yang bertingkat-tingkat usianya dari beliau, ada yang umur 19 kahwin dengan umur 32, jauhkan? ibaratnya, GF/BF dia tu baru lahir, dia dah FORM1 masa tu, jadi pada korang-korang yang single lagi, Xspesiali (especially) lelaki laa, disarankan korang kalau nak cari awek, baik pergi ke tadika, tak kisah laa tadika perpaduan ke, kemas ke, janji tadika. cakap nak bini muda kan? haha. ada orang cakap, cinta tu tak kenal darjat atau pangkat. Biasa tengok kan, orang biasa-biasa couple dengan anak datuk laa, anak tan sri laa, tapi kalau pada aku, nak pangkat-pangkat beria apahal? kau tan sri ke apa, masuk kubo nanti pakai kain kapan putih jugak, yee dok? Heee, Tapi pada aku, kadang-kadang manusia tu sendiri dibuta kan oleh cinta, mana taknya, sebab cinta manusia sanggup tingglkan keluarga, sebab cinta manusia sanggup bunuh diri, sebab cinta manusia sanggup jual maruah diri, apa benda tu?? tu CINTA?? tu bukan cinta beb, tapi tu NAFSU.

Jatuh cinta?? mesti korang ingat lagi kan, first time korang jatuh cinta? *gedebak! <--- sound effect* haha. aku pun ingat lagi macam mana first time aku jatuh cinta, tapi malangnya, aku jatuh cinta bukan pada awek yang pertama, tapi entah yang keberapa *aku tahu sebenarnya yang ke berapa, kang kalau aku cakap yang keberapa, konfem ada yang cakap, "eiii, playboy nya dia nie, mencixxx!" *ayat godiik tu aku saja tmbah okay* ekeke. bak kata orang jiwang karat nie "Awak memang bukan cinta pertama saya, tapi awk cinta sejati pertama saya" ceewaahh ayat, ganazzzz kan aku nie?? hihi, dah-dah, stop cerita pasal cinta aku, mukadimah sikit cukup laa kan, nak aku cerita lebih-lebih, datang rumah aku, kita borak sambil minum tea dengan biskut MARY baru layaaannn. haha, kebiasan pada korangkan, mesti korang masih sayangkan cinta pertama korang, alahh, biasalah tu, ramai kot orang yang tak boleh lupakan cinta pertama diorang even diorang dah kawin n beranak pinak, bak kata omputeh "first love is the sweetest", haa, ada yang baca entry aku kali nie tiba-tiba rindu ex dia nie. haha. dah-dah laa rindu ex nye weyh, yang lepas biarlah berlalu, kita hidup untuk masa hadapan, bukan untuk masa lalu. Apa yang paling penting korang janganlag berdendam dengan ex korang tu, tak kisah laa sapa yang menghancurkan relayy korang tu, ingatlah, setiap apa yang berlaku ada hikmahnya, mungkin dia bukan yang terbaik untuk kita, tak perlu bagi 100% sayang n cinta korang kat dia, cuba simpan 30%, bukan apa, 30% yang korang simpan tu laa akan jadi penawar kalau korang dikecewakan, senangkan? :))

Cinta monyet?? aku peliklah, apahal bila sebut je cinta monyet, mesti sinonim dengan sekolah, setahu aku yang naif nie laa, tak ada pulak monyet pergi sekolah, sekolah korang ada tak nama pelajarnya MONYET bin KERA? tak ada kan? memang laa pelik tiada yang lebih pelik selain dari pelik yang amat pelik dan teramatlah pelink sesangat pelik~ *peningkan? haha* nak kata monyet bercinta, tak pernah pulak aku tengok monyet nie bercinta, apatah lagi gi DATING dekat mekdi or secret recipe. adess, tak tahu laa nak kata menda kan, pandai-pandai korang laa fikir kenapa cinta monyet mesti kat sekolah, hehe. Korang mesti pernah couple dengan kawan sekelas tak pun satu sekolah kan? jangan tipu laa cakap tak pernah, kalau tak pernah tu macam aku cakap awal-awal tadi laa korang nie memang ditakdirkan FOREVER ALONE laa. Hihi. Bestkan bercinta satu sekolah? boleh date tiap-tiap hari, jmpa waktu rehat kat library konon buat baca buku, padahal nak dating je, phuiii~ ingat aku tak tahu? hihi. Tapi ada orang yang bercinta dari sekolah, selamat ke jinjang pelamin, tiada yang mustahilkan? tapi kebanyakan nye laa, kecundang di tengah jalan percintaan *best ayat aku nie* haha. so, pada korang yang bercinta pada zaman sekolah nie, bercinta tu bercintalah, tapi jangan sampai effect pada pelajaran, nie kalau gaduh dengan BF/GF sbb tak ingat tarikh couple je terus tak nak study, fed up tengok buku konon, phuuuiii~ tu bongok namanya, apa laa sbb lupa tarikh couple pun kau nak  marah-marah, tu kalau lelaki, tapi kalau perempuan pulak, terus merajuk dengan BF, haha, kelakar kan? sebab tarikh pun boleh gaduh, aduhaii~ hahahaha. pada aku lah, nak cinta-cinta nie luar waktu belajar, time belajar, kita fokus pada pelajaran, sebab kalau result exam kau down nanti, kau nak sambung blaja mana? pastu nak kerja apa? kau ingat senang nak tanggung anak dara orang kalau tak ada duit? kau ingat dengan style kau yang bergaya, tindik sana sini, lagu korea or reti main gitar tu boleh sara anak orang? phuuuiii~ ntah beli spender pun pakai duit mak abah lagi. hahaha

sampai sini lah entry aku kali nie, kalau ikutkan nak panjang lagi, tapi kang korang boring pulak kan? entah-entah tulisan aku yang bawah nie pun korang dah tak baca, tengok gambar je, aku tahulah sebab aku pun kadang-kadang macam tu, aku akhiri entry aku kali nie dengan persoalan siapa yang cintakan korang? mak abah? atuk nenek? kaka abang adik?or awek/balak korang? dan kita perlu fikir jugak, dah cukup ke sayang yang kita bagi pada mak abah kita? dah cukup ke kita cinta dan kasihkan penghulu segala nabi iaitu nabi MUHAMMAD s.a.w dan dah cukup ke sayang kita pada yang maha pencipta ALLAH s.w.t? doa laa mohon jangan kita terlampau sayangkan HAMBA lebih dari kita sayang PENCIPTA kita." Ya Allah ya tuhan kami, aku bermunajat kepadamu ya Allah, jika aku jatuh cinta pada hamba mu ya Allah, janganlah kau lebihkan perasaan sayangku pada nya melebihi sayang dan cintaku kepada MU ya Allah, amin ya rabbal alamin" sampai sini je, adioss amigos! gracias! :))

p/s: korang ada berann buat macam nie?? haha, kalau aku laa, memikir 18 kali nak buat macam nie, sayang melampau betul dia nie, bodoh + bengong pun ada jugak aku rasa. buat malu je weyh, kalau laa kawan aku ada buat macam nie, memang aku gelak guling-guling dah sebab kelakar sangat, hahaha, kadang-kadang cinta itu boleh buat manusia lebih gila dari pasakit gila kat tanjung rambutan kan? heeee xD