Friday, 25 May 2012

Yeahh! Aku Dah Jumpa Kasut Sekolah Aku


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua! Best kan tajuk entry aku kali nie? Haha, memey laa, sebab Allah dah makbulkan permintaan aku supaya ada orang pulangkan balik kasut sekolah aku, siapa yang selalu merayap dalam blog aku nie tahu laa kan apa yang aku maksudkan. Pada sesiapa yang tak tahu menahu lagi tu, nah~ nie link entry yang aku cakap kan baru sebentar tadi ---> pulang balik kasut sekolah aku! okay-okay, aku pun dah lama tak menaip nie, kalau salah dan silap jangan marah pulak, kot-kot laa ayat aku pening sikit, korang jangan pelik laa, ye laa kan, budak baru masuk sekolah balik, memang laa macam tu, kali nie aku nak cerita sikit sebab musabab yang membuatkan aku dapat balik kasut sekolah aku nie, kalau yang ikutkan logik, memang tak dapat balik dah. Hehe



Haa, korang mesti ada yang terKAGET kan? apehal pulak aku tetiba ada je, cakap pergi PLKN, aku pergi laa beb, tapi sempat 5 hari je, lepas tu terus aku CHAW CHIN CHAU~ sempat laa jugak kepala aku nie DIGONDOLkan tanpa belas kasihan oleh cikgu pemotong rambut berkaliber di sana *ceeewaah* Haha. Dan aku sempat laa jugak merasa macam mana tidur dalam dorm yang boleh memuatkan sampai 30 orang dan tanpa ruang privasi sikit pun. yewlakan, nak privasi mcm mana, dorm tu ada katil dengan almari je, mana ada dingding yang macam bilik tu, Hehe. sama jugak, sempat jugak aku merasa makan ikut jadual, main ikut jadual, dan tidur pun ikut jadual *SOLAT usah cerita laa, memang dari dulu lagi ada jadual* aku yang selama nie, buat menda-menda pun mana ada jadual, ikut suka hati aku je, rasa laa kelainan nye, ditambah pulak tak pernah duduk asrama, jauh dengan mak abah. haa, cerita pasal mak abah, minggu first je, aku dah start rindu rumah, masa dpat HENFON terus aku call mak aku, tanya dia dengan abah sihat ke tak, masa dengar suara dia tu, jangan cerita laa, aku rasa macam nak nangis je, haa, masa tu baru 3 hari aku kat KEM PLKN dah rindu cm tu, belum 3 bulan lagi, Hehe, *aku nak nangis je okay! belum nangis lagi~* Haha. lepas dah 5 hari aku duduk situ, ramai budak blah, sebab nak masuk form6, ramai yang cerita best laa apa, pastu aku call mak aku pakai public dan cakap aku nak masuk form6, dia pun setuju, yang best nya, malam aku nak blah tu, semua budak-budak dorm aku kumpul ramai-ramai, sambil makan kuaci, bagi nom telefon masing-masing, sebab bukan aku sorang je nak blah, ada laa dalam 4 orang lagi nak blah sama dengan aku, moment tu memang aku tak boleh lupa, walaupun kitaorang baru kenal 5 hari, tapi kitaorang lepak, borak, dan makan sama-sama macam kitaorang dah kenal 5 tahun, memang best, esoknya aku blah, start je aku masuk kereta, aku tak tahu kenapa, mulut aku nie tak berhenti-henti bercerita kat mak n abah aku, walaupun aku nie memang kepoh pun selama nie *SEDOR DIRI* hihi, tapi tak ada laa sampai 2 jam perjalanan aku bercakap je. aku tahu mak n abah aku kadang-kadang borink jugak dengar aku bercakap je, tapi nak buat macam mana, diaorang tahu laa tu aku rindu nak borak dengan diorang. Haha. tapi serius aku cakap, aku memang rindu dorm aku. Mohamad Adham Bin Kamarulzaman L1 K18 SKUADRON HAWK. :)

Dann, ini lah sekolah baru aku, yeehaa!! jadi budak sekolah balik, kadang-kadang ada happy nya jugak jadi budak sekolah nie, kadang-kadang kureeengg sikit, yang tak bestnya sebab nie bukan sekolah lama aku SMK BENTA, aku tak kisah, nak cakap apa kat sekolah lama aku tu, sekolah bodoh ke, sekolah jahat ke apa ke, aku peduli apa. btw, sekolah aku tu memang teruk pun reputasinya kat KUALA LIPIS nie, sebab orang luar pandai-pandai buat cerita, gi masuk SMK BENTA tengok! tak ada laa seteruk macam yang orang selalu cakap tu. kalau kita dah suka kan, cakap macam mana pun tetap suka jugak. hehe, yang bestnya pulak sebab dapat laa masuk sekolah yang kalau ikut statistik, sekolah clifford nie, nombor 1 dalam pahang bagi form6, so, nak cakap macam mana pun, tetap kena suka jugak, mungkin aku tak suka lagi sebab baru lagi kan, kan orang biasa cakap, TAK KENAL MAKA TAK CINTA, tapi pada aku, HATI AKU TERTINGGAL DI SMK BENTA~ ceewaahh ayat aku kan? macam ayat orang bercinta je. wakakaka. tapi minggu first nak gi sekolah memang liat laa kan, mana taknya, dah biasa bangun lambat, tiba-tiba kena bangun awal balik, dah laa sekolah nie jauh dari rumah aku, ada laa dalam 20minit baru sampai, tapi bagus jugak, aku ada masa lebih dengan tenggiling kesayangan aku tu, Haha *tenggiling tu motor aku lah!* :D


sebenarnya, aku dapat jugak gi UITM, tapi ntah lah, hati nie rasa berbelah bahagi je nak gi UITM tu, dalam dilema laa aku nie sekarang, sebab, masuk U pun ada kelebihan, masuk form6 pun ada kelebihan, aku sampai deman-deman, memikir ke hal nie minggu lepas, kusut otak, serabut giler laa, tapi aku pergi sekolah lama aku hari tu, jumpa dengan cikgu-cikgu aku, tanya lah pendapat diorang, sama ada masuk UITM ke gi form6, ramai pulak yang cakap masuk UITM, adess, tapi serius aku cakap, aku memang macam tak ada hati je nak masuk U, biarpun UNIVERSITI, aku macam tak heran, sebab pada aku, BUKAN SEMUA BUDAK UNIVERSITI TU CERDIK DAN TAK SEMUA BUDAK TAK DAPAT UNIVERISTI TU BODOH, terpulang pada masing-masing kan, walaupun masuk U, kalau dah malas belajar, nanti kena tendang jugak. tapi aku tetap dalam dilema lagi nie, adess, poning kepalo denn. Mungkin ada yang cakap, "Masuk form6 tu LOW CLASS laa weyh, jadi budak U laa" pada sesiapa yang cakap macam tu satu ayat je aku nak cakap "PERGI MAMPUS!" kau yang low class beb, nak belajar, mana-mana pun boleh, atas diri sendri laa, *sory kalau terasa dengan ayat aku tu. :))* tapi aku tetap tunggu rayuan maktab nie, cita-cita aku tetap nak jadi cikgu! hehe, doakan aku dapat MAKTAB PERGURUAN ehh kawan-kawan? tanks kalau sudi doakan aku. :))


p/s: otak aku masih pening memikirkan hala tuju aku, sama ada form6 or masuk U, tapi apa yang menguatkan aku nak stay form6 nie adalah sebab mak aku beriya suruh stay, sebab selama nie, apa yang mak aku suruh buat tu mesti ada hikmahnya, yela kan, mak nie dia tahu apa yang baik untuk anak dia, so, kalau mak suruh tu, jangan banyak songeh pulak. hehe, aku anak mak? lantakk piiiii laa, tahan ANAK MAK dari ANAK DERHAKA PADA MAK. hehe, peacee yaw! :D

2 comments:

  1. UiTM dpt course apa?
    Ramai yang kata kalau dah ada peluang masuk U tu lebih baik pergi. Lagipun bukan IPTS.IPTA kot...
    Mmg setiap pilihan tu ada pro & cont nya. Tapi terpulanglah pada adik sendiri. Sbb adik yang nak belajar.
    Kalau ikut akak serius akak sarankan supaya masuk je UiTM tu sebab senang nak buat degree nanti.
    Pape pun tepuk dada tanya selera.
    and
    Good Luck from me :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. adess, pening kot, ramai yang suruh stay form6 n ramai jugak yang sruh masuk UiTM tu, sama banyak je nak gi nye kak, UiTM 50 form6 pun 50, walaupun dah tua, nak buat pilihan pun tak reti lagi. hehe. btw, tanks atas saranan akk tu yew. :))

      Delete