Sunday, 29 April 2012

Spongebob Tak Logik laa~


Assalamualaikum dan selamat sejahtera serta salam 1Malaysia kepada readers-readers blog picisan nie sekalian, minggu nie orang sibuk dengan kuning kan?? mana taknya, Malaysia lawan Sri Lanka untuk friendly antarabangsa semalam kan jersi pertama malaysia warna kuning. Hehe. Dan semalam jugak ada perhimpunan BERSIH 3.0 pun kuning jugak, jangan risau, post aku kali nie bukan nak cerita pasal bola sepak or bersih, aku nak cerita pasal SPONGEBOB SQUAREPAPANTS, haa? tak tahu apa benda tu?? ek eleh, tak kan tak pernah layan kot kartun nie? bapak giler nak mampus bestnyeee. Haha, yewla, korangkan layan KOREA je, sikit-sikit nak  korea, lagu nak korea, cerita nak korea, baju nak korea, cakap nak korea, nasib baik je tak ada keluar lagi spender korea, kalau tak, konfem ramai yang beli kan?? silap-silap sold out selalu laa spender tu, mana tak nya, laku sangat kan? Hihi. okay-okay, aku dah start merepek walaupun aku memang selalu merepek. Heee :D. Post kali nie aku nak cerita sikit pasal ketidak logikkan sesuatu di dalam kartun spongebob nie, macam biasa, mukadimah banyak sangat tak guna kalau tak ada isi kan? :)). So, lets cekedauu~~

1# BiKiNi BoTToM
Apa yang tak logiknya kat bandar spongebob nie? kepada yang layan kartun nie, korang perasan tak? main road ada satu je, dan tak nampak ada lorong-lorong lain, tapi kenapa bila spongebob jalan-jalan kat bandar, banyak lorong-lorong jalan yang kecik? dan korang ada nampak tak KRUSTY KRAB? RUMAH SPONGEBOB,SQUIDWARD &PATRICK? tak ada kan? bandar nie jugak nampak kecik, so, macam mana nak muat lagi Hospital, Jail dan lain-lain lagi? pelik kan? Hihi xD

2# Pantai Bikini Bottom
Apa yang tak logiknya? mesti laa tak logik, kan latar tempat untuk cerita spongebob nie adalah dalam LAUT, dan laut tu kan air? tapi macam mana pulak boleh ada pantai dalam laut? siap ombak pulak tu, mana datang angin dalam air? ke ada orang kentut dari atas? Haha, siap boleh lemas dan ada penjaga pantai pulak tu, Pelik kan?? Hihi xD

3# Penduduk Bikini Bottom
Apa yang tak logiknya? mesti laa tak logik, kan diorang nie ikan? macam mana pulak ikan boleh ada kaki? yang tak tahannya tu, dah laa pakai baju, ada pulak yang tak pakai seluar,Hehe, pastu kalau pakai seluar tu, siap baju masuk dalam seluar lak tu, Hee, tu tak pelik lagi, yang makin peliknya ikan betina siap ada breast lagi, dengan berambutnya, siap kening lak, rambut blonde pulak tu *selera TIGER WOOD nie*. Ekekeke. Pelik kan?? Hihi xD

4# Api dalam Air?
Apa yang tak logiknya? mesti laa tak logik, macam mana boleh ada api dalam air? cuba korang cerita sikit, api boleh kalah dengan air, sebab tu dalam Islam, digalakkan, kalau marah tu, amik WUDHUK, insyaallah, hilang tu marah, tapi dan ambik wudhuk tu, solat laa, kalau fardu dah buat, buat laa solat sunat. Hee, okay-okay, balik pada cerita, dah laa ada api pastu siap asap yang tak tahan tu, adess~ Haha, Pelik kan? Hihi xD

5# Padang Rumput
Apa yang tak logiknya? mesti laa tak logik, macam mana boleh ada padang rumput yang segar bugar dalam laut nie? kalau lumut tahan laa lagi, ini RUMPUT beb! Haha, macam kat darat pulak kan? hebat benoo bikini bottom nie, macam best je, semua ada, complete! Hehe, Pelik kan? Hihi xD


6# Sandy Cheeks Squirrel
Apa yang tak logiknya? mesti laa tak logik, sandy nie kan TUPAI, macam mana pulak dia boleh tersesat kat bikini bottom nie? sebenarnya dia nie kononnya dihantar ke bikini bottom untuk membuat kajian, konon~ nye laa kan. Hihi, yang tu aku tak kesah laa, memang logik, tapi yang buat tak logiknya bila dia tak bawak tong oksigen nak pergi mana-mana, dia sekadar bawak penutup kepala bulat macam angkasawan tu, macam mana dia nak dapat oksigen? Pelik kan? Hihi xD

7# Mak dan Ayah Spongebob
Apa yang tak logiknya? mesti laa tak logik, yang nie laa aku rasa paling tak logik, RAJA segala tak logik dalam cerita spongebob nie. Hehe, sebab apa aku cakap paling tak logik, okay, meh aku story mory kat korang, cuba korang peratii leklok mak bapak spongebob nie, sorang macam KENTANG, sorang pulak macam BISKUT, macam mana pulak boleh lahirkan anak SPAN?!!! mana kelogikkan nya?? dimana???? Haha. Pelik kan? Hihi xD


sampai disini je laa aku nak cerita, apa-apa hal pun, aku tetap suka cerita spongebob nie, lantak laa logik ke tak, dah nama kartun kan? semua kartun tak logik pun, Haha, kalau ada tambahan tak logik lagi dalam cerita spoengbob nie, korang pandai-pandai laa pulak post dalam blog korang. Heee, yang penting spongebob nie memang kelakar, di tambah pulak dengan kebengongngan Patrick yang sangat sengal tu, Haha, pada korang yang tak suka tengok kartun tu, boleh laa slow-slow tengok kartun nie, sure korang tak boring, akhir kalam, Assalamualaikum! I love Spongy! :))


p/s: Maybe nie post last aku sebelum aku Bekhidmat untuk negara, adess, acanno nie? jawapan nye, adios amigoss laa BLOG, FB and TWITTER untuk 3 bulan, rasa macam tak nak pergi je, tapi mende dah wajib kan, nak tak nak kena pergi laa, aku bukan tak nak pergi sebab apa, bukan sebab latihan keras ke apa, cuma aku tak dapat laa bebas untuk 3 bulan, adess~ aku pulak tak pernah duduk hostel, lagi laa, silap-silap homesick aku nanti. Hehe, err, pada member-member rapat aku, korang jangan rindu aku lebih-lebih pulak lepas nie yew? Hihi xD



5 comments:

  1. Spender korea , haha lawak-2 ,Hahahaa ! okay mmg lwk laa post adham pasal spongebob ini , mmg tk logik pun cite nye tapi nani selalu jgk tgk hehe :P ,

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, best kan cerita nie? rugi laa kat sesapa yang tak suka tengok cerita nie

      Delete
  2. selama ni perasan pantai dalam laut je . tak terfikir pulak yang lain tuh . hehe . cerita ni memang kelakar . ape ape pon , tahniah dapat pegi PLKN :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak lagi sebenarnya, tapi malas betul nak taip semua, so, ammbik 7 je laa sebab minat nombor 7. heee, btw, dapat PLKN tak seronok laa. T_T

      Delete
  3. starting to miss the kuat merepek guy . :')

    #p.s: forever with his stupid-cool posts ! thumbs up ! :D

    ReplyDelete