Saturday, 14 April 2012

Hot Stuff=Barang Panas=Barang Curi

Asslamualaikum dan salam sejahtera, lama dah tak godek-godek blog picisan aku nie, biasalah, blog tak FEMES kan, tak perlu godek tiap masa, bukan ada orang nak jenguk pun blog aku nie. Hehe, *jangan cakap aku cuba raih simpati pulak*. Aku bukan tak ada idea beb, tapi aku malas nak menaip nie, banyak lagi hal  negara yang perlu aq selesaikan, biasalah bila dah jadi SUPERHERO nie, tanggungjawab besar sikit. Hehe. Okay laa, mukadimah banyak sangat pun tak guna kan, so, straight to the mata hati laa. Haha, sebenarnya banyak dah perasan kot, tengok tajuk entry pun dah boleh agak, mari kita bincangkan tentang HOTSTUFF. Aku malas nak bukak kamus untuk menerangkan kepada korang apa maksud hotstuff nie, walaupun kamus online ada, tapi aq tetap malas! Haha *jangan marah naa, korang bukak laa sndiri, jangan malas. Hehe* tapi, berpandukan kepada akal fikiran aku yang tak seberapa panjang nie, aku translate kan laa dalam bahasa melayu berdasarkan ayat tu sebijik-sebijik. HOT=PANAS, STUFF=BARANG. So, dapat lah aku simpulkan di sini yang HOTSTUFF tu BARANG PANAS, dannnnn, kalau dalam istilah MAT-MAT REMPIT macam aku nie, barang panas tu adalah BARANG CURI, Hahaha xD

Tempat LEPAK HOTSTUFF

Biasalah kan, bila dah jadi HOTSTUFF nie, mesti ada tempat lepak, dan, tempat lepak yang paling femes sekali mestilah di PAVILION, BUKIT BINTANG, KUALA LUMPUR, MALAYSIA.Haa!! amik ekauu, den bagi namo ponuh laeee. Haha. Bila lepak PAVY nie rasa hotstuff laa ehh? wakakaka, setakat lepak jew, aku pun boleh lepak, bukan pakai duit pun beb, nak masuk pun pintu bukak sendiri, bukan kena isi dua posen baru pintu tu bukak, kira ramai jugak laa yang melepak kat sini, ada yang bawak awek laa, snap gambar dengan awek laa, yewla kan pakai DSLR, memang laa nak show off sikit, beli dah ribu-ribu, tak kan simpan dalam beg jew, rugi lah. Haha *Hadooo aku kesah kau pakai DSLR ke hapee?* Kira kalau hot-hot stuff nie nak off kat FB selalu laa update status diorg mcm nie ~OFF to pavy, see u there~. FUVK OFF!! *terpulang kepada korang nak sebut macam mana, yang penting aku tak mencarut. Hehe*. Kalau kau tak pergi pavy pun macam laa kitaorang tahu kan? mana laa tahu, kau off FB sebab mak kau suruh kau lipat kain ke, siapa tahu? Haha, Tapi pada aku laa kan, kepada korang yang takut sangat nak lepak pavy, ape hal?? Lepak jew laa, bukan kena bayar pun, lain laa korang shopping, memang laa barang kat situ mahal sikit. Dan untuk pengetahuan korang, macam laa geng-geng HOTSTUFF nie pergi lepak pavy sambil shopping, diorang cuma rasa best jew lepak pavy nie, sebab diorang rasa, diorang nie HIGH CLASS sangat laa konon. Haha, *aku malas nak cerita pasal ada yang lepak kelab malam, dah lepak kelab malam, takkan minum COKE jew kan?? mesti nak HIGH jugak. Hehe* Terasa?? Hadooo aku kesah??? xD
LIKE THIS
Bila dah jadi hotstuff, ramai laa yang nak berdampingan kan? MEMEY LAA, kat FB tu, bersepah jew budak LIKE status, biasalahkan dah nama hotsuff, barang panassss, mesti lah laku. macam-macam lah diupdate kan ke fesbuk, dannn, macam -macam ceritalah yang nak dikongsi nya, seperti biasa, ramai yang like, tapi apadahal, kalau 12K orang like status kau pun, kau dapat apa?? ZERO,NOTHING,SIFAR, tak dapat ke apa beb, lain laa kalau 1LIKE kau dapat RM1, tu baru seronok. kalau 12K yang LIKE, free-free jew kau dapat RM12K, Hehe

Ada jugak yang belagak macam taik, phuiiii!! aku nak cerita pun sakit hati, nasib baik aku nie baik, so, cepat-cepat aq plaster hati aku nie supaya dah tak sakit. Heeee, ada jugak tu yang bajet BEST bila dah jadi HOTSTUFF, sebab apa aku cakap bajet best?? diorang nie tak nak berkawan dengan budak yang biasa-biasa dan coolstuff macam aku nie, tak percaya?? gambar kat atas nie pun dah membuktikan. Tak percaya lagi?? cuba korang pergi komen dekat status hotstuff or korang IM die, sampai berkulat LAPPY or PC korang belum tentu diorang layan, aku pernah laa CUBA, TRY, TEST nak bertegur dengan hotstuff, tapi phuiiii~~ haram jaduuuu tak nak layan, *macam laa aku batak sangat nak tegur diorang, aku nak try je, nak tengok betul ke tidak apa yang diorang tulis kat info fesbuk diorang tu yang diorang nie FRIEDNLY laa konon, tapi biasalah, INDAH KHABAR DARI RUPA* Pada pemikiran diorang, apa kelass layan budak biasaa, hotstuff kawan dengan hotstuff jew laa, Biasalah, manusia, sifat berlagak tu sentiasa ada. 

Saya tak HOT, tapi saya COOL

Sebagai konklusinya, tak payah laa weyh kejar sangat ke hot tu, apa korang dapat dengan jadi hot? Dapat duit? tak dapat beb, melainkan dapat dosa lagi adalah, sebab apa dapat dosa? sebab korang RIAK,TAKBUR, berdosa bila ada perasaan macam tu, tak memasal dapat dosa kering. Ada jugak yang kejar hot nie dengan ADD ramai KAKILIKE kat FB, dengan harapan KAKILIKE tu akan LIKE laa semua status diorang, PHUIIII~~ macam sakai jew. -,-". Mesti ada yang anggap aku buat entry nie sebab aq jeles kat HOTSTUFF kan? buat apa aku nak jeles? cuba korang bagitahu sebab aku nak jeles, kau hot ke ape, bukan mencerahkan masa depan kau pun, masa dapat RESULT SPM dulu, ada jew HOTSTUFF yang dapat sebijik A, so, nnti nak masuk U, gi temuduga, boleh laa cakap kat pihak UNIVERSITI, "Result saya tak cemerlang, tapi saya HOTSTUFF kat FB" or "Result saya tak cemerlang, tapi saya TWITFAMOUS kat TWITTER" Macam tu? phuiii~ tak mendapat laa weyh. Haha, so, sampai disinilah sajalah ENTRY saya pada hari ini, diakhiri dengan, ASSALAMUALAIKUM *tak jawab dosa ;)* ~ Aku harap kalau ada HOTSTUFF yang sudi baca entry aku nie janganlah terasa hati, kalau korang diam-diam jew, sapa tahu entry nie terkena kat batang hidung korang kan? so, syhhhhhhhhhh~~ keep calm. Hehe. tu pown kalau ada laa hotstuff yang jenguk blog picisan aku nie. :)

p/s: Disebabkan aku nie BUDAK KAMPUNG dan bukan hotstuff, so, di sinilah aku selalu melepak dengan kawan-kawan aku, PERHENTIAN REHAT BENTA, sebenarnya RnR nie besar lagi, aku malas nak gi snap gambar, karang ada pulak orang cakap "Apa ke gila anak kama nie, tangkap gambar perhentian pulak, dah gila ke apa?" Haha, so, aku amik jew laa gambar nie kat internet. Mana orang kelantan yang stay KL selalu laa lalu perhentian nie kan? kalau berhenti jangan lupa HALOO-HALOO aku, Heee :D

2 comments:

  1. okay pelik , tadi aku dah comment then hilang pulak .
    whatever it is , bunyi comment nye cenggini ...

    tahu tak , ada gourp atau page facebook yg dtujukan kepada "hotstuff" tersebut yg bernama anti pavillion kl kids ? =='

    tapi dorang sgt tak matang sbb maen amek gmbr org yg bbckground kan pavi and kutuk habis2-an . ade yg xde idea sgt kutuk awek hafiz irfan muka joker lah . obiously dorang mngejar glamour jugak .

    ape pon , post kau sntiase da bomb da best . o.o hee . #serious k !

    *p.s : mr.jocko terbaik (Y)

    ReplyDelete
  2. kau punya lappy tu yang kena mandi bunga. Hihi. page tu? mmg dah lama ada, dan skrang dah merebak ke page anti ECM kids laa apa, tak caya kau search laa kat fb tu, aq bajet mesti diorang tak mampu nak shopping kat pavy, duit tak ada, so, diorang jeles laa tengok org mampu shopping kat situ, so, buat laa page cam sakai tu. Haha, yg aq tak tahan tu, bdak kuantan pun nak buat gak, sakai benoo. Haha

    post aq sentiasa da bomb da best?? mekasehh. Hihi xD

    ReplyDelete