Tuesday, 24 April 2012

Baling Selipar

Tentang Baling Selipar

Assalamualaikum readers! hari ini mood aku untuk menaip telah datang ketika hujan membasahi bumi Allah s.w.t ini, so, aku pun buka lah blog untuk menaip, seperti biasa, tajuk pun korang dah tengok, mesti semua dah tahu yang aku nak cerita pasal permainan yang boleh diklasfikasikan sebagai permainan Tradisional laa, sebab budak-budak sekarang mana ada dah yang main permainan nie, hanya kanak-kanak purba macam aku je laa yang sempat main permainan nie. Hehe. Mengikut firasat aku yang bukan penyiasat nie, aku rasa permainan nie mula diperkenalkan ketika selipar mula digunakan di tanah melayu, sebab sebelum nie, penduduk tanah melayu menggunakan CAPAL, setakat nie aku tak pernah dengar lagi pasal permainan baling capal, tapi kalau ada betul laa aku rasa memang teruk laa, kan capal tu ada tumit keras, kalau terkena kepala laa tumit tu, mau benjol kepala, tak ke naya? Haha, ada yang tak tahu capal tu apa?? GOOGLE laa, apa lagi. Hehe

Peraturan-peraturan Permainan Baling Selipar
Dah jadi lumrah setiap permainan mesti ada peraturannya kan? tidak ketinggalan juga permainan nie, asas permainan nie sangat mudah, siapa yang ada selipar boleh main, dan peraturannya juga sangat senang dan mudah, 

Pertama: Jumlah pemain tidak terhad, masuklah berapa banyak pun, lantak korang laa nak main walaupun 1 team tu players nya sampai 30 orang pun, siapa peduli. Haha, tapi kalau korang ada 15 pemain, dan kalau bahagi 2 team mesti ada lebih sorang kan? so, yang sorang tu akan jadi "LELONG" bukan maksudnya boleh lelong dia, tapi maksudnya, dia boleh main dengan kedua-dua team tu, objektifnya sekarang, korang kena baling 3 bijik selipar yang telah ditegakkan sampai semua selipar tu terabur. ada faham? Hehe

Kedua: keluasan tapak permainan juga tidak ada skala, so, korang nak main kat tempat kecik ke besar ke tak kisah, walaupun tapak permainan korang tu seluas mata memandang pun tak kisah laa. Haha

Ketiga: Keadan cuaca yang sangat digalakkan ketika bermain permainan nie adalah ketika  hari petang, sebab kalau main tengah hari memang gila laa beb, kang orang cakap korang sawan pulak main lari-lari masa hari panas, tak tahu laa pulak kalau korang boleh cas kuasa solar, memang laju laa masa tengah hari. Haha

Keempat: Bila mana-mana anggota badan korang terkena selipar yang disahkan sebagai selipar baling, so, secara automatik korang dikira "MATI", dah mati tu duduk tepi laa kan. tengok laa mana member korang yang berjaya Hidupkan korang. Hehe

Kelima: Pasukan yang menang dikira apabila selipar yang dibaling tadi sampai terabur tadi berjaya dibangunkan semula.

Keenam: Cara nak baling selipar tu terpulang laa pada korang, nak duduk ke, nak baring ke, nak berdiri ke, asalkan tak lebih dari LINE yang telah ditetapkan sebelum permainan

Ketujuh: Jangan langgar semua ENAM peraturan di atas, so, selamat mencuba kepada sesiapa yang nak mencuba main permainan nie, kalau tak nak pun tak apa, korang kan ada ipad, galaxy tab bagai, apa beraanggg main game nie kan? low class~ . Tapi pada aku, permainan nie ada nostalgia nya sendiri. :))

Selipar yang sangat digalakkan untuk main game ini adalah SELIPAR JEPUN CAP TAT SENG, sebab apa? sebabnya sangat senang, selipar nie dah laa murah, pastu berat pulak tu, kalau baling kat orang nie konfem "BIDAT"  badan, lagi-lagi pulak pada orang yang boleh baling tepat dan padu, memang selipar nie menyengattttt~~. Haha, "Aku tak pernah pakai selipar nie bawak jalan-jalan, tapi aku biasa pakai ketika aku mengadakan LAWATAN KE JAMBAN je laa. Hehe"

Sampai disini sajalah aku merepek pada hari ini, letih dah menaip beb, dah laa aku nie pemalas, Haha. okaylah, adiosss~~ diakhiri dengan ASSALAMUALAIKUM! :)



p/s: btw, sebenarnya aku baru lepas accident nie, "TENGGILING" kesayangan aku habis berkecai, tanpa sempat diselamatkan, sangat-sangat kecewa beb, aku pun mendapat bengkak di kaki dan tengkuk yang agak besar jugak, lega laa tak patah, syukur alhamdulillah, walaupun aku accident nie  disebabkan salah orang lain, ade ke patut langgar aku dari belakang dan aku pulak terus terpelanting ke kereta frontier di depan aku, adess~ orang lain punya silap, aku yang kena (T_T). so, nasihat aku pada korang yang bawak kenderaan tak kira laa kereta ke motor, hati-hati lah dijalan raya, dan masa nak berhenti, tengok-tengoklah belakang, takut-takut, ada yang bedal korang dari belakang. macam yang torkono kat denn nie. :))

No comments:

Post a Comment