Tuesday, 17 April 2012

7 Posing Maut Perempuan Masa Kini


Assalamualaikum! dan salam sejahtera, pada pagi yang hening nie, entah kenapa aku secara tiba-tiba berasa ada mood nak buat entry terbaru kat blog aku yang tidak seberapa nie. mungkin sebab aku terpandang awek cun dekat perhentian tadi *yang malangnya dia dating dengan BF dia*. Heee, mungkin jugak sebab aku dah nak pergi PeLuKaN *PLKN laa, jangan buat muka kerut-kerut laa nak memahaminya* xD. Bukan apa, aku tak nak laa blog aku terbiar sunyi je, dah laa lagu pun tak lekatkan dalam blog kan? mau tak sunyi blog aku, kalau nak dengar lagu sangat, buka je YOUTUBE, habis cerita. Haha. Okay-2. Dah tengok tajuk kan?? Haa, tak kan  tak boleh agak lagi? kali nie, aku nak tunjuk kan 7 posing maut PEREMPUAN era ini! disebabkan aku tak ada duit nak upah MODEL dan tidak mahu membayar ROYALTI kepada GADIS-GADIS yang aku curi gambarnya then paste kat blog aku nie, Jadi, jalan penyelesaiannya adalah!!!!!!! AKU yang kena jadi model posing-posing nie, Wakakaka. *Ofcozz laa aku nie LELAKI TULEN okay! aku terpaksa mengambil gambar aku sendiri dengan posing yang aku tengok sendiri pun nak muntah. Hahaha, so, apa tunggu lagi? lets cekedau~~


1# GAYA SELSEMA BURUNG
Aku tak tahu kenapa banyak sangat perempuan-perempuan-perempuan *banyak kan? sebab apa banyak? sebab banyak sangat yang snap gambar buat gaya macam nie* yang snap gambar buat gaya macam nie, poning den memikirnya, nampak cute ke beb buat gaya cam gini? aku tengok macam biasa je, cuba snap elok-elok sikit, ke takut orang nampak gigi kau yang rongak or jerawat yang sedang tumbuh subur di bawah bibir kau? Haha, entah laa, hanya TUHAN sajalah yang tahu kenapa gaya ni sgt femes dalam kalangan perempuan sekarang, boleh kata 6/10 perempuan pernah snap gambar buat gaya macam nie, CUTE kewrrr?? *terasa? hadooo aku kesah?? xD*

2 # GAYA NINJA PENCEN
Haaa, yang ini pun aku pelik jugak, ramai betoiii yang buat gaya cam gini, minat betul ehh perempuan sekarang tutup mulut?? Suruh BERPURDAH karang, tak nak pulak, panas laa apa, tapi bila snap gambar, semua nak gambar yang tutup mulut, kalau rongak senyum je laa, tak ada sapa yang tahu kecuali diri anda. Tapi aku rasa gaya macam gini tak kurang femes nya jugak, kalau korang tak percaya, pergi belek-belek album gmbar kat FB kekawan perempuan korang, mesti ada yang snap macam gini. Hehehe *aku tak tahu laa pulak kalau tak ada kawan korang yang buat gaya macam nie. Heeee :D*

3# GAYA BIBIR BENGKAK MAKAN BELACAN

Wakakakakakaka, bagi aku gelak sat, aku tengok muka aku buat gaya macam gini pun aku nak terMUNTAH + terGELAK, huduh benaa aku buat muka cam gini. Hahahahahaha. Ada yang buat gaya macam nie? Manja laa tu konon ehh?? Haha, aku tengok muka macam orang berak tak lepas @ sembelit pun ada. hadoiii, tolong laa weyh, buat muka leklok sikit, anda tu dah besar, bukan bebudak lagi, biasa bebudak je buat muka macam nie sebab tak dapat CHOKI-CHOKI and AIR KOTAK. "nanti gigi rongak" bak kata mak. Haha, so, saranan aku janganlah buat muka macam nie kalau rasa diri anda sudah matang, *muka mintak penampar aku nie. Hahaha*

4# GAYA SKODENG ANAK PAK MAEL MANDI

Ini apa kes nie? Snap gambar macam orang tengah happy menyekodeng je, hadoiii, korang ingat korang tu artis korea ke nak snap gambar macam gini? Please laa, bila snap gambar macam gini dah nampak sangat kegedikan tu, tapi bila orang cakap "gedik laa you nie" tahu pulak nak marah kan? tapi snap gambar style orang gedik nak pulak, ek elehhh~~ *aku cakap salah? okay, aku ada soalan, pernah tak tengok ustazah snap gambar macam nie? :)) *

5# GAYA PEMBUNUH LALAT UPAHAN

Haaa, yang ini pun aku pelik jugak, amboihhh, kemain lagi, snap gambar dari atas kepala, MYSTERIOUS laa tu konon? Haha, tak misteri lansung, misteri lagi MISTERI NUSANTARA daripada gambar korang nie, bukan apa beb, macam pelik laa sikit snap gambar macam nie, muka AWAK tu kan cantik, apa salahnya tangkap gambar muka awak yang COMEL tu elok-elok, tak perlu lahh saya pergi ke album gambar awak semata-mata nak tengok muka full awak. Hehe *Glory~Glory Manchester United! lets the red flag flying high! xD*

6# GAYA MINTAK DUA DAS PENAMPAR

Gaya nie tak kurang femesnya jugak, ramai kot yang snap macam gini, pastu edit, letak LOVE dekat pipi tu, sweet laa tu konon bila ada lambang LOVE kat pipi? kadang-kadang aku terfikir untuk kiss diorang, tetapi memandangkan aku akan disepak terajang kalau kiss perempuan sesuka hati, lalu aku membatalkan niat tersebut. Hahaha. Pipi tu kalau LICIN, HALUS, MULUS tak apa laa snap macam gini, tapi bila aq perhati elok-elok, tengok ada jerawat bersepah, hadoii, cik adik, OXY kan ada? Beli laa, untuk anda jugak, bukan untuk orang lain. :)) *KELAKAR benooo aku nengok muka aku posing begini. Wakakakakaka*

Memandangkan aku buat entry nie sementara nak tunggu REAL MADRID vs BAYERN MUNCHEN pkul 2.30 pagi nie, so, sampai disini sajalah entry aku pada kali ini, game pun dah start, aku dah lewat 10minit nie, chiss~ so, aku gerak dulu laa. Adiosss~, Dannnn, tak lupa jugak, kepada sesiapa yang terasa dengan entry aku kali nie, JUTAAN maaf aku pohonkan serendang pohon ketapang di kebun bapak aku. Hehe, I'm sorry two lorry! :))

p/s: Mesti pelik kan? tadi aku cakap 7 tapi kat atas ada 6 je, Haaa, yang ini laa lagi 1, maaflah, aku tak sanggup nak berPOSING begini, Phuiii~~ tengok gambar nie pun aq dah terbau tahi, busuk! Wakaka. so, aku tibai je laa kat internet, TANKS mr. GOOGLE. Haha, aku masih waras, takkan aku nak beraksi macam gini lak kan? jatuh laa saham aku, kang tak pasal-pasal ada yang cop aku "LELAKI SUNDAL" aku tak nak beb! Hahaha *Maaf, kerana gambar ini memaparkan sedikit KELUCAHAN* :))

7 comments:

  1. salam , hahahaha pandai posing kan :P:P peace !

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru je belajar semalam. ekeke xD peace yoo! ^^

      Delete
  2. Replies
    1. hahahha. sangat annoying tahu. hilang dah semua comel lepas posing maut semua tu. Grrrr. ahahha

      Delete
  3. aduhh . aku tak komen lagi post ni . ish . tak patut . tak patut . suka kau posing . mengancam . menarik tertarik youu . >,,<

    ReplyDelete