Thursday, 8 March 2012

GEMPAR!! Kanak-kanak Diculik!!!

NURUL NADIRAH BINTI ABDULLAH

Salam, aq mohon rakan-rakan blogger sebarkan berita tentang kanak-kanak yang hilang ini, ini adalah salah satu tanggungjawab sosial kita kepada masyarakat dan komuniti, jangan terlampau mengejar populiriti tapi tanggungjawab kita ditolak tepi, dan kepada yang tiada blog. mohon share di twitter, facebook dan laman-laman sosial yang lain, jasa kalian amat dihargai! :)
Kanak-kanak berusia 5 tahun ini hilang pada 1hb Mac 2012 di bawah Blok A, Pangsapuri Sri Delima, Bandar Seri Alam, Masai, Johor Darul Takzim.  Sekiranya mempunyai sebarang maklumat mengenai kanak-kanak malang ini, hubungi Noor Rubeena Baharuddin ditalian 012-5997705 atau Hotline Kontinjen Johor ditalian 07-2254422

ROSELYN (kanan) dan Lima menunjukkan gambar Nurul Nadirah dan patung kegemaran kanak-kanak itu semalam.

 JOHOR BAHRU - Angkara dendam, seorang kanak-kanak disyaki menjadi mangsa penculikan ketika dia keluar rumah untuk membeli mi segera dan telur di sebuah kedai runcit berhampiran kediamannya di Flat Seri Delima Jalan Suri, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang di sini Khamis lalu. Nurul Nadirah Abdullah, 5, sehingga kini masih belum ditemui meskipun polis telah menahan dua lelaki dan seorang wanita berusia di antara 36 dan 40 tahun bagi membantu siasatan sebaik mendapat laporan yang dibuat ibu mangsa, Roselyn Alan, 25, pada hari kejadian. Nurul Nadirah atau lebih mesra dipanggil Dirang dilaporkan hilang pada pukul 11 pagi ketika anak kedua daripada tiga beradik itu telah diberi wang RM4 dan sekeping nota untuk membeli dua bungkus mi segera dan telur. Bagaimanapun, mangsa masih tidak pulang selepas hampir sejam menyebabkan Roselyn dan suami, Lima Medang, 25, pergi mencari Nurul Nadirah di kedai runcit tersebut tetapi dimaklumkan bahawa kanak-kanak itu telah beredar pulang sejurus membeli barang-barang yang dimahukannya. Menurut Roselyn, dia kini bimbang mengenai keselamatan anaknya itu walaupun polis telah membuat tangkapan dan memaklumkan mengenai penemuan sepasang selipar milik anaknya berserta mi segera dan telur di dalam kawasan kelapa sawit berhampiran flat empat tingkat terbabit. "Ada jiran ternampak anak saya telah dilarikan oleh sepasang suami isteri dan seorang lelaki yang tinggal di rumah kosong yang telah dilelong di depan kediaman kami.  *sumber: kosmo*

p/s: Kita mungkin bukan MASKED RIDER, mungkin juga bukan POWER RANGER dan mungkin juga bukan ULTRAMAN, tapi MUNGKIN! dengan menguar-uarkan berita tentang kehilangan kanak-kanak ini di facebook, twitter dan blog dapat membantu pihak berkuasa menyelamatkan dia. Kalau kita tolong, kita tak rugi apa-apa, bahkan menambah lagi pahala. Mohon ALLAH menyelamatkan kanak-kanak kudus ini. "YA ALLAH YA TUHAN KAMI, TUHAN AGUNG SEKALIAN ALAM, KAMI BERMUNAJAT KEPADA-MU YA ALLAH, YA RAHMAN, YA RAHIM, KAU KEMBALIKANLAH KANAK-KANAK INI KEPADA PANGKUAN KELUARGANYA YA ALLAH, SESUNGGAHNYA HANYA ENGKAULAH TEMPAT KAMI MENGADU YA ALLAH. AMIN YA RABBAL ALAMIN. :) *terima kasih sebab tolong doa sekali* :))

No comments:

Post a Comment