Sunday, 11 March 2012

FAKTA! Asal-Usul Negeri Pahang

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni aq terasa atau tergerak atau terdetik di dalam hati dan sanubari aq nie *ceewaahh ayat* heee, untuk mengungkap atau memberitahu asal-usul negeri PAHANG DARUL MAKMUR tanah tumpah darah aq,abah, mak, datuk, aki, nenek, wan, moyang aq nie. sory terpanjang pulak. :)).. korang yang dari negeri lain dan tak minat subjek SEJARAH tu jgn malas nak baca, apa salah nye kan kita tahu sejarah atau asal usul negeri yang lain, kan kita 1MALAYSIA! hehe, okey-okey, jum kita pantau asal usul negeri PAHANG nie, ZAAASSSS~~~ ^^


Sejarah Pahang Negeri TERBESAR Di Semenanjung

Pada satu ketika dahulu, Seluruh semenanjung TANAH MELAYU ini, diperintah oleh seorang SULTAN yang tidak dapat di pastikan nama baginda, keluasan tanah jajahan takluk baginda merangkumi seluruh pelusuk semenanjung TANAH MELAYU, dari hujung Perlis Indera Kayangan sehingga hujung Johor Darul Takzim. Baginda mempunyai  9 orang PUTERA yang dilahirkan berlainan ibu. Maka usia Baginda sultan semakin meningkat ke usia senja, baginda kadang-kadang gering *sakit*. Dalam benak fikiran baginda sudah memikirkan siapa yang akan menggantikan baginda. tetapi baginda bigung kerana setiap seorang dari Putera baginda mempunyai kewibawaan dan keistimewaan masing-masing, maka baginda terfikir untuk membahagikan tanah jajahan takluk baginda kepada setiap seorang Putera baginda kerana pada firasat baginda sultan, jika dia memberikan takhtanya kepada seorang sahaja, nescaya, perang saudara akan meletus dan merugikan negeri yang selama ini baginda jaga. Maka, baginda pun memanggil seluruh Putera baginda untuk menghadap baginda. maka bertitah laa baginda sultan " Ayahanda akan membahagikan seluruh jajahan takluk ayahanda kepada anakanda-anakanda sekalian, pilihlah kawasan mana yang anakanda mahu, maka ayahanda akan mengangkat anakanda sebagai raja di kawan itu". Maka masing-masing Putera baginda mencari kawasan yang bagus untuk dijadikan negeri masing-masing. Meraka semua memilih kawasan yang terbaik untuk dibuat negeri, tetapi ada seorang sahaja antara putera-putera sultan tidak menunjukkan keghairahan untuk mencari kawasan terbaik. Putera itu berkata kepada kekanda serta adindanya "kekanda dan adinda sekalian pilihlah kawasan mana yang kalian mahukan, tanah yang kalian tidak mahu, akan adinda ambil untuk menjadi negeri adinda" maka delapan putera selain putera itu tadi mencari tanah yg sesuai, mereka tidak mahu bukit serta hutan. maka diberinya kepada putera yang seorang itu. AKHIRNYA! diangkat lah putera yang malas itu menjadi sultan di negeri yang di dalam nya penuh Hutan, Paya serta berbukit bukau, kerana dalam firasat adik beradiknya, tempat yg hutannya tebal serta berbukit bukau tidak sesuai dijadikan negeri. NAHH~ MAKA JADI LAH PAHANG NEGERI YANG TERBESAR, BANYAK HUTAN DAN BERBUKIT SEPERTI SEKARANG SEBAB PUTERA ITU MALAS! hahaha xD 

Asal-Usul Nama Pahang!
Maka selepas ada negeri, putera itu tadi merancang untuk memberi nama untuk negerinya, akan tetapi baginda tidak dapat memikirkan nama yang sesuai, mengikut cadangan bendahara agar menggunakan idea rakyat jelata untuk memberi nama kepada negeri baginda itu. Maka keluar lah perintah sultan. barangsiapa yang memberi nama negeri yang diperkenankan oleh sultan. maka hadiahnya adalah, satu guni wang emas serta diberi persalinan putera sultan. Syahdan, berbondong-bondong laa rakyat jelata yang mahu memberi nama kepada sultan, akan tetapi selepas sepurnama pertandingan diadakan, tidak ada satu nama pun yang berjaya menambat hati sultan. nun jauh di Benta, kuala lipis, tinggal dua orang pemuda, mereka sudah terfikir nama yang sesuai, maka mereka pun berangkat ke istana sultan. Berkata Pemuda A "ampun tuanku, patik rasa nama yang sesuai untuk negeri tuanku ini adalah PURA CENDANA" sultan masih diam. Berkata pula Pumuda B "Patik rasa nama puran cendana kurang enak, patik rasa INDERA DEWATA lebih sesuai" terasa tercabar. Pemuda A mula memaki pemuda B. "PURA CENDANA! Pemuda B membalas "INDERA DEWATA!. maka berbalas laa meraka di hadapan sultan, masing-masing menyebut nama ilham mereka, sehinga Pemuda A menyebut "Oopah hang! indera dewata! pura cendana! B membalasa "Oopah hang jugak pura cendana! indera dewata! Baginda sultan pun bertitah. "nanti sebentar, apa nama yang kalian sebutkan tadi??" masing-masing berkata "PURA CENDANA" "INDERA DEWATA". baginda sultan berkata "bukan, yang kalian sebut tadi, apa?? PAHANG?? beta setuju dengan nama itu!" maka tercenganglah dua sahabat itu tadi kerana masing-masing menyebut ~OPAH HANG!~ kerana mahu mengejek. tetapi sultan telah terdengar pula sebagai PAHANG. maka negeri itu diberi nama sebagai PAHANG~ * wakakakakaka... fakta ke auta??*

Asal-Usul Bendera Pahang

Selepas bangunnya negeri masing-masing, sultan yang semakin uzur itu memanggil kesemua sembilan putera baginda untuk membuat bendera masing-masing, maka setiap putera sudah ada perancangan bagaimana mahu melakar bendera negeri masing-masing, akan tetapi putera yang pemalas, sultan di negeri pahang ini hanya buat "rileks" je. sampai di dalam kamar membuat bendera, masing-masing tekun melakar bendera negeri mereka, kecuali sultan pahang, sehinggalah masa kian suntuk, maka sultan pahang pun kalut. disebelah baginda adalah sultan terengganu, tanpa berfikir panjang baginda berkata kepada sultan terengganu "adinda, kanda mahu pinjam warna" sultan terengganu berkata "adinda hanya ada warna hitam sahaja". sultan pahang membalas "ahh lantak laa, janji ada warna" maka tanpa berfikir panjang, sultan pahang pun membahagi dua kain bendera, dan mewarnakan bahagian bawah dengan warna hitam, dan SELESAI!. *haha, sebab tu laa bendera pahang warna hitam putih je*


p/s: sebenarnye, semua yang kat atas tu bukan FAKTA! itu semua AUTA! jangan percaya pulak. Haha, tapi korang tak kan tak boleh fikir yang semua cerita kat atas tu macam menipu je masa korang baca tadi. Hehe, jangan marah taww, I'M SORYYY~~ Hehehe xD

No comments:

Post a Comment