Friday, 23 March 2012

Sijil Pelajaran Malaysia! Tahniah Batch'94!

Assalamualaikum! isu yang masih HOT sekarang mestilah pasal result SPM 2011, yew dok? Hehe, sibuk sana-sini orang menanya budak-budak batch'94 brapa A dapat dalam SPM lepas, aq pun salah seorang dari mangsa pertanyaan tu laa, handset COKIAA C3 aq dari kelmarin tak berhenti-henti bunyi, semua nak tahu result aq, tak kurang juga yang tahu result aq, ucap tahniah kt aq, terima kasih sangat-sangat kat korang yang ucap tahniah kat aq tu, i lerrrrbiuuu! Hihi, entry kali nie aq nak cerita sikit pasal perasaan aq dalam menempuh hari-hari sebelum ambil result tu,

LOO PIKIR GUE TAKUT?! hehe

korang mesti terfikirkan, takutnye nak ambik result kat sekolah, takut klau result teruk, takut kalau tak dapat capai target dan takut macam-macam lagi laa, pada aq, kalau orang tanya aq sebelum ambil result tu, aq tak takut, tapi aq BERDEBAR, dalam lagi 2 minggu nak ambil result, hati nie mula dah tak tenteram DUP~DAP~DUP~DAP~ sokmo, TERUJA pown ada nak dapat result tu, yewla kan, aq rasa, nak SPM nie laa aq baru belajar betul-betul, walaupun selalu gak aq main-main dalam kelas, ponteng, tidur dan tak buat kerja sekolah, tapi dalam hati nie tetap bertekad nak berjaya. Hihi

Pengambilan Keputusan SPM 2011
Pagi hari aq nak ambik result tu, punyalah teruja, sampai tahap, aq bangun 6 pagi untuk solat subuh, lepas tu terus tak tidur, dalam hati nie jangan ceritalah, dia punya goncang, bergegar-gegar. Haha, dah pukul 10, kawan-kawan aq datang rumah sebab dah janji dengan semua, berkumpul kat rumah aq dulu sebelum pergi sekolah, yewlakan, rumah aq dekat je dengan sekolah, pastu, ada sorang kawan aq nie, dia anak angkat pengetua sekolah, pengetua dah siap text dia suruh datang cepat sebab dia dapat banyak A, lega lah dia, aq lak yang gelabah, lepas dah kumpul semua, kiteorang pun gerak ke sekolah. punyalah takut semua, bawak motor pown 30km/j jew, biasa kemain laju lagi. Hihi.  Dah sampai sekolah and masuk dewan terus ambil tempat kat kerusi, pengetua sedar aq and the gang sampai die datang laa kat kitaorang, then, die salam aq, lepas tu cakap 'TAHNIAH!' aq pun salam laa dia, dia tanya lagi 'RASA DAPAT BERAPA 'A'?' aq cakap jew laa TAK TAHU. pastu dia salam kawan-kawan aq yang len then ucap Tahniah gak. debar gilerr kot, lepas dah umum pelajar terbaik, pastu pelajar yang dapat biasa-biasa ni pun boleh ambil kat guru kelas masing-masing, kawan aq yang anak angkat pengetua tu dapat 6A, patut laa pengetua text dia sruh dtg awal.

takut beb, tapi buat muka rileks je. Hehe

Aq punyalah debar nak amik result, sekali cikgu cakap aq ada tak pulang buku pustaka lagi, terus aq balik rumah ambil buku tu, then, dah settle semua, masa aq nak ambil result, cikgu aq cakap aq dapat 4E, aduhaii~ aq tahu cikgu aq tu gurau, tapi serius aq cakap yang aq ingatkan aq dapat 4A je, so, dalam hati, aq dah tekad, REDHA jew laa, lepas aq dah ambil file result, rupanya cikgu aq yang tadi tu sorok result aq, CHISSS benoo, puas aq cari, last-last jumpa gak. Haha, First yang aq tengok KONFEM laa BM, aq risau gilerrr kalau tak dpat A+ BM, Alhamdulillah, dapat gak A+ BM, happy giler aq, sangat-sangat bersyukur sebab cikgu memang target aq A+ BM, so, dapat capai target kira syukur alhamdulilah laa, tak tahu nak cakap macam mana. :))

Bergambar dengan pengetua

Alhamdulillah aq pun dapat result yang boleh dikatakan cemerlang laa gak, sampai sekarang aq cam tak percaya je, sebab aq target lagi rendah daripada tu, tapi nie laa dinamakan rezeki, ramai kawan-kawan aq pun cam tak caya aq dapat result yang macam tu, mana tak nye, semua orang tahu, aq bila dalam kelas, main-main, ponteng, tidur, merayap, kerja sekolah tak pernah nak siap, kalau ada kelas tambahan selalu datang lambat, sampai junior aq cakap, " Taikk tol sekk korang nie, selalu ponteng kelas pun dapat result gempak" Haha, nak buat mcm mana kan, dah rezeki. aq dalam main-main pun belajar gak, bukan main-main terus lupa belajar, cikgu BM aq pergi cakap kat budak form 4 cm nie 'SPM nnti buat elok-elok, tengok mcm Adham tu, dalam kelas saya, selalu main-main, tak pernah nak serius, tapi bila exam dapat 6A". Jujur gila cikgu aq, jangan laa cerita yang aq main-main tu walaupun aq tahu, satu sekolah tahu yang ADHAM AND THE GANG adalah HANTU MAIN-MAIN dalam sekolah. Hehe

Pengawas Paling Nakal dalam sejarah. hihi xD *ada 2 org lagi geng pengawas aq tak ada dlam pic nie*

tu je laa yang aq nak share, tapi serius aq rindu nak sekolah, masa pagi sehari lepas ambil result, aq melepak dengan semua kawan-kawan sekelas aq, semua cakap aq tak pernah berubah, dari zaman sekolah sampai dah habis sekolah, tetap dengan perangai suka perli dan kenakan orang and kentut di khalayak tanpa segan silu.Haha, nak buat mcm mana, selagi nama aq MOHAMAD ADHAM BIN KAMARULZAMAN, selagi tu laa perangai aq tak berubah. Sepanjang aq jadi pengawas, moment yang aq tak boleh lupa mestilah bila aq suruh budak FORM 1 basuh muka pakai air longkang kat padang, diorang cakap "TAK KAN NAK CUCI MUKA PAKAI AIR LONGKANG! KOTOR LAA!" then aq balas simple je " TU "MASALAH" KORANG, "MASALAH" AQ SEKARANG, AQ NAK KORANG CUCI MUKA PAKAI AIR LONGKANG TU" jahat kan aq? Haha, aq dengan kawan sepengawas aq punya angkara laa FIKRI BIN ABU. bila fikir-fikir balik. kejam gila kitaorang. Hihi. i'm soryyyy ^^

p/s: nie laa result aq, TERIMA KASIH!! terima kasih sangat-sangat semua cikgu SMK BENTA! insyaallah, kalau saya dah berjaya nanti, saya tak akan lupakan semua jasa guru-guru smk benta yang banyak mengajar saya! SMK BENTA DIHATIKU! :))

Sunday, 11 March 2012

FAKTA! Asal-Usul Negeri Pahang

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni aq terasa atau tergerak atau terdetik di dalam hati dan sanubari aq nie *ceewaahh ayat* heee, untuk mengungkap atau memberitahu asal-usul negeri PAHANG DARUL MAKMUR tanah tumpah darah aq,abah, mak, datuk, aki, nenek, wan, moyang aq nie. sory terpanjang pulak. :)).. korang yang dari negeri lain dan tak minat subjek SEJARAH tu jgn malas nak baca, apa salah nye kan kita tahu sejarah atau asal usul negeri yang lain, kan kita 1MALAYSIA! hehe, okey-okey, jum kita pantau asal usul negeri PAHANG nie, ZAAASSSS~~~ ^^


Sejarah Pahang Negeri TERBESAR Di Semenanjung

Pada satu ketika dahulu, Seluruh semenanjung TANAH MELAYU ini, diperintah oleh seorang SULTAN yang tidak dapat di pastikan nama baginda, keluasan tanah jajahan takluk baginda merangkumi seluruh pelusuk semenanjung TANAH MELAYU, dari hujung Perlis Indera Kayangan sehingga hujung Johor Darul Takzim. Baginda mempunyai  9 orang PUTERA yang dilahirkan berlainan ibu. Maka usia Baginda sultan semakin meningkat ke usia senja, baginda kadang-kadang gering *sakit*. Dalam benak fikiran baginda sudah memikirkan siapa yang akan menggantikan baginda. tetapi baginda bigung kerana setiap seorang dari Putera baginda mempunyai kewibawaan dan keistimewaan masing-masing, maka baginda terfikir untuk membahagikan tanah jajahan takluk baginda kepada setiap seorang Putera baginda kerana pada firasat baginda sultan, jika dia memberikan takhtanya kepada seorang sahaja, nescaya, perang saudara akan meletus dan merugikan negeri yang selama ini baginda jaga. Maka, baginda pun memanggil seluruh Putera baginda untuk menghadap baginda. maka bertitah laa baginda sultan " Ayahanda akan membahagikan seluruh jajahan takluk ayahanda kepada anakanda-anakanda sekalian, pilihlah kawasan mana yang anakanda mahu, maka ayahanda akan mengangkat anakanda sebagai raja di kawan itu". Maka masing-masing Putera baginda mencari kawasan yang bagus untuk dijadikan negeri masing-masing. Meraka semua memilih kawasan yang terbaik untuk dibuat negeri, tetapi ada seorang sahaja antara putera-putera sultan tidak menunjukkan keghairahan untuk mencari kawasan terbaik. Putera itu berkata kepada kekanda serta adindanya "kekanda dan adinda sekalian pilihlah kawasan mana yang kalian mahukan, tanah yang kalian tidak mahu, akan adinda ambil untuk menjadi negeri adinda" maka delapan putera selain putera itu tadi mencari tanah yg sesuai, mereka tidak mahu bukit serta hutan. maka diberinya kepada putera yang seorang itu. AKHIRNYA! diangkat lah putera yang malas itu menjadi sultan di negeri yang di dalam nya penuh Hutan, Paya serta berbukit bukau, kerana dalam firasat adik beradiknya, tempat yg hutannya tebal serta berbukit bukau tidak sesuai dijadikan negeri. NAHH~ MAKA JADI LAH PAHANG NEGERI YANG TERBESAR, BANYAK HUTAN DAN BERBUKIT SEPERTI SEKARANG SEBAB PUTERA ITU MALAS! hahaha xD 

Asal-Usul Nama Pahang!
Maka selepas ada negeri, putera itu tadi merancang untuk memberi nama untuk negerinya, akan tetapi baginda tidak dapat memikirkan nama yang sesuai, mengikut cadangan bendahara agar menggunakan idea rakyat jelata untuk memberi nama kepada negeri baginda itu. Maka keluar lah perintah sultan. barangsiapa yang memberi nama negeri yang diperkenankan oleh sultan. maka hadiahnya adalah, satu guni wang emas serta diberi persalinan putera sultan. Syahdan, berbondong-bondong laa rakyat jelata yang mahu memberi nama kepada sultan, akan tetapi selepas sepurnama pertandingan diadakan, tidak ada satu nama pun yang berjaya menambat hati sultan. nun jauh di Benta, kuala lipis, tinggal dua orang pemuda, mereka sudah terfikir nama yang sesuai, maka mereka pun berangkat ke istana sultan. Berkata Pemuda A "ampun tuanku, patik rasa nama yang sesuai untuk negeri tuanku ini adalah PURA CENDANA" sultan masih diam. Berkata pula Pumuda B "Patik rasa nama puran cendana kurang enak, patik rasa INDERA DEWATA lebih sesuai" terasa tercabar. Pemuda A mula memaki pemuda B. "PURA CENDANA! Pemuda B membalas "INDERA DEWATA!. maka berbalas laa meraka di hadapan sultan, masing-masing menyebut nama ilham mereka, sehinga Pemuda A menyebut "Oopah hang! indera dewata! pura cendana! B membalasa "Oopah hang jugak pura cendana! indera dewata! Baginda sultan pun bertitah. "nanti sebentar, apa nama yang kalian sebutkan tadi??" masing-masing berkata "PURA CENDANA" "INDERA DEWATA". baginda sultan berkata "bukan, yang kalian sebut tadi, apa?? PAHANG?? beta setuju dengan nama itu!" maka tercenganglah dua sahabat itu tadi kerana masing-masing menyebut ~OPAH HANG!~ kerana mahu mengejek. tetapi sultan telah terdengar pula sebagai PAHANG. maka negeri itu diberi nama sebagai PAHANG~ * wakakakakaka... fakta ke auta??*

Asal-Usul Bendera Pahang

Selepas bangunnya negeri masing-masing, sultan yang semakin uzur itu memanggil kesemua sembilan putera baginda untuk membuat bendera masing-masing, maka setiap putera sudah ada perancangan bagaimana mahu melakar bendera negeri masing-masing, akan tetapi putera yang pemalas, sultan di negeri pahang ini hanya buat "rileks" je. sampai di dalam kamar membuat bendera, masing-masing tekun melakar bendera negeri mereka, kecuali sultan pahang, sehinggalah masa kian suntuk, maka sultan pahang pun kalut. disebelah baginda adalah sultan terengganu, tanpa berfikir panjang baginda berkata kepada sultan terengganu "adinda, kanda mahu pinjam warna" sultan terengganu berkata "adinda hanya ada warna hitam sahaja". sultan pahang membalas "ahh lantak laa, janji ada warna" maka tanpa berfikir panjang, sultan pahang pun membahagi dua kain bendera, dan mewarnakan bahagian bawah dengan warna hitam, dan SELESAI!. *haha, sebab tu laa bendera pahang warna hitam putih je*


p/s: sebenarnye, semua yang kat atas tu bukan FAKTA! itu semua AUTA! jangan percaya pulak. Haha, tapi korang tak kan tak boleh fikir yang semua cerita kat atas tu macam menipu je masa korang baca tadi. Hehe, jangan marah taww, I'M SORYYY~~ Hehehe xD

Thursday, 8 March 2012

GEMPAR!! Kanak-kanak Diculik!!!

NURUL NADIRAH BINTI ABDULLAH

Salam, aq mohon rakan-rakan blogger sebarkan berita tentang kanak-kanak yang hilang ini, ini adalah salah satu tanggungjawab sosial kita kepada masyarakat dan komuniti, jangan terlampau mengejar populiriti tapi tanggungjawab kita ditolak tepi, dan kepada yang tiada blog. mohon share di twitter, facebook dan laman-laman sosial yang lain, jasa kalian amat dihargai! :)
Kanak-kanak berusia 5 tahun ini hilang pada 1hb Mac 2012 di bawah Blok A, Pangsapuri Sri Delima, Bandar Seri Alam, Masai, Johor Darul Takzim.  Sekiranya mempunyai sebarang maklumat mengenai kanak-kanak malang ini, hubungi Noor Rubeena Baharuddin ditalian 012-5997705 atau Hotline Kontinjen Johor ditalian 07-2254422

ROSELYN (kanan) dan Lima menunjukkan gambar Nurul Nadirah dan patung kegemaran kanak-kanak itu semalam.

 JOHOR BAHRU - Angkara dendam, seorang kanak-kanak disyaki menjadi mangsa penculikan ketika dia keluar rumah untuk membeli mi segera dan telur di sebuah kedai runcit berhampiran kediamannya di Flat Seri Delima Jalan Suri, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang di sini Khamis lalu. Nurul Nadirah Abdullah, 5, sehingga kini masih belum ditemui meskipun polis telah menahan dua lelaki dan seorang wanita berusia di antara 36 dan 40 tahun bagi membantu siasatan sebaik mendapat laporan yang dibuat ibu mangsa, Roselyn Alan, 25, pada hari kejadian. Nurul Nadirah atau lebih mesra dipanggil Dirang dilaporkan hilang pada pukul 11 pagi ketika anak kedua daripada tiga beradik itu telah diberi wang RM4 dan sekeping nota untuk membeli dua bungkus mi segera dan telur. Bagaimanapun, mangsa masih tidak pulang selepas hampir sejam menyebabkan Roselyn dan suami, Lima Medang, 25, pergi mencari Nurul Nadirah di kedai runcit tersebut tetapi dimaklumkan bahawa kanak-kanak itu telah beredar pulang sejurus membeli barang-barang yang dimahukannya. Menurut Roselyn, dia kini bimbang mengenai keselamatan anaknya itu walaupun polis telah membuat tangkapan dan memaklumkan mengenai penemuan sepasang selipar milik anaknya berserta mi segera dan telur di dalam kawasan kelapa sawit berhampiran flat empat tingkat terbabit. "Ada jiran ternampak anak saya telah dilarikan oleh sepasang suami isteri dan seorang lelaki yang tinggal di rumah kosong yang telah dilelong di depan kediaman kami.  *sumber: kosmo*

p/s: Kita mungkin bukan MASKED RIDER, mungkin juga bukan POWER RANGER dan mungkin juga bukan ULTRAMAN, tapi MUNGKIN! dengan menguar-uarkan berita tentang kehilangan kanak-kanak ini di facebook, twitter dan blog dapat membantu pihak berkuasa menyelamatkan dia. Kalau kita tolong, kita tak rugi apa-apa, bahkan menambah lagi pahala. Mohon ALLAH menyelamatkan kanak-kanak kudus ini. "YA ALLAH YA TUHAN KAMI, TUHAN AGUNG SEKALIAN ALAM, KAMI BERMUNAJAT KEPADA-MU YA ALLAH, YA RAHMAN, YA RAHIM, KAU KEMBALIKANLAH KANAK-KANAK INI KEPADA PANGKUAN KELUARGANYA YA ALLAH, SESUNGGAHNYA HANYA ENGKAULAH TEMPAT KAMI MENGADU YA ALLAH. AMIN YA RABBAL ALAMIN. :) *terima kasih sebab tolong doa sekali* :))

Saturday, 3 March 2012

GEMPAR!! Kera Mengamuk Di Stadium Mini Temerloh!

Assalamualaikum, entry kali nie aq tak nak bahasakan diri aq nie sebagai 'AKU' lgi dah, aq nak bahasakan diri aq kat entry kali nie sebagai 'GUA' lantak lu orang laa nak cakap apa pun kan. Gua tak kisah, gua bukan apa, semangat KEKERAAN gua masa pergi MENYOKONG pahang vs mp muar semalam masih hangat membara lagi, gua rasa tak puas duduk oppsss~~ bukan duduk, gua berdiri dalam STADIUM MINI TEMERLOH tu, sebab tu gua cakap yang gua nie MENYOKONG bukan MENONTON, ada jurang kelainan yang besar disitu yew, kalau MENONTON yang hanya perlu dibuat, cari port baik punya, pastu duduk, makan kuaci tak pun kacang dengan minum air kotak sebab botol tak boleh bawak masuk stadium kan? kalau menyokong pulak, lu orang tak duduk, lu orang berteriak, bersorak untuk menaikkan semangat pasukan pilihan lu orang, macam gua laa semalam. gua duk perati penonton masa MP MUAR leading 1-0 sebab dapat penalti tu, ramai penonton duk maki pemain, entah apa-apa laa, tak reti main laa, banyak pulak cekadak lu orang yew? lu orang pergi main tengok, lagi macam taik! phuiiiii~~ *jangan marah naa* heee

Haa... yang ini laa lambang kera-kera penyokong setia pahang tak kira laa menang ke kalah, gua pown salah seorang laa dari kera-kera pahang nie, sebab apa gua cakap kitaorang nie kera?? sebab kitaorang tak berhenti menyanyi dan berteriak sepanjang 90minit masa perlawanan, dan ada jugak penonton yang panggil kitaorang kera, mau tak dipanggil kera. Pahang kalah pown kitaorang tetap menyanyi dan berteriak, KERA laa tu, kera mana sedooooo apa-apa kan? HAHA. tu laa gua cakap kitaorang nie PENYOKONG bukan PENONTON, tak kira laa menang ke kalah, sokong tetap sokong, lu orang nak menyampah lantak lu orang laa, ada mak jemah kisahh? Hehe.

Siap sedia GEMPUR Stadium!

Gambar kat atas nie masa semua GENG-GENG KERA ELEPHANT ARMY tengah siap sedia nak ber 'CORTEO' ke stadium, haa?? apa itu 'CORTEO'? corteo tu adalah perarakan masuk ke STADIUM yang menandakan kitaorang yang orang label kan kera-kera nie telah sampai ke stadium dan menakutkan pihak lawan, kalau dalam perang tu dipanggil GENDANG PERANG. *kalau lain pown kira lebih kurang laa* Hehe, btw, sebenarnya gua ada rakam masa kitaorang ber'CORTEO' nak masuk ke stadium tu, tapi disebabkan gua menggunakan HANDSET kokakk/cikai iaitu C3, video nye tak JELITA dan lekat-lekat, yewla, gua anak orang miskin, mana mampu beli kamera DLSR nak rakam or snap gambar mcm lu orang. hanya C3 laa yang termampu, Haha

HARI INI KAMI DATANG KEPADAMU!
HARI INI DUA JIWA JADI SATU!
DARAH ENGKAU, DARAH AKU JADI SATU!
SELAMANYA TOK GAJAH DIHATIKU!
Gambar atas nie pulak, masa nak ber'corteo' ke stadium laa, gambar memang gua saja buat BLURR gitu sebab kitaorang kera-kera penyokong pahang nie jadi kera bukan nak meraih publisiti, tapi sebab kitaorang memang sayangkan pasukan PAHANG, I LERRBIUUU TOK GAJAH!. Heee. masa nie memang gempak laa beb, kitaorang berarak masuk stadium dengan bergendang, menyanyi, bersorak dan bakar FLARE, ataupun dipanggil SUAR, mana-mana yang baca entry nie, ada kat stadium semalam, nampak laa kitaorang kera-kera pahang nie berarak dan berteriak, Gempak beb!
stick banner ELEPHANT ARMY
made in Benta
ini gambar lepas perlawanan, perlawan dah habis, tapi kitaorang tetap menyanyi dan melalak, biasa laa, macam tak faham pulak KITAORANG kan KERA!

ini gua sediakan untuk lu orang tengok kitaorang menyanyi dan melalak masa perlawanan semalam, gua adalah salah seorang kera-kera yang duk melalak dalam grup nie, tapi tak nampak laa gua dalam video nie, sebab gua duduk hujung sekali, apa-apa pun, jom layannnn~

tu saja lah gua nak merepak dalam entry kali nie, letih memang letih wokk berteriak, menyanyi 90minit masa perlawanan non-stop, tapi kepuasan lagi penting, nak-nak, pahang menang semalam, lagi laa syokk, tapi kalau lu orang tanya gua macam mana gol, gua tak tahu nak cerita, sebab boleh dikatakan gua menyanyi dan berteriak je, gua tak tengok sangat perlawanan, sebab hantu dan jin ULTRAS tu dah merasuk gua. Mwahaha. apa-apa pun SELAMANYA TOK GAJAH DI HATIKU!! *oppss~ lupa pulak nak cakap ELEPHANT ARMMY nie adalah gabungan penyokong-penyokong seluruh Pahang yang sama-sama turun ke stadium tanpa dibiayai oleh mana-mana pihak, YB ke TOK PENGHULU ke, ataupun TOK EMPAT KAMPUNG, kami datang dgn duit poket sendiri, cinta kami pada pasukan PAHANG lagi penting, apa yang lu orang perlu tahu, KAMI BUKAN SUBSIDI!!

p/s: F*ck F.A.M! F.A.M itu bangsat!! kami semua kera-kera ultras memang benci gila babengg dgn F.A.M bangsat nie! bila dah ramai penyokong ke stadium, mula laa nak naik harga tiket, bawak stick banner masuk stadium tak boleh, itu tak boleh, ini tak boleh. WTH??!! sial bangsat! Tahu nak duit je, stadium tetap buruk! apa-apa pun, satu je gua nak cakap, LOVE FOOTBALL, HATE CAPITALISM! *orang lain jangan laa terasa dengan statement aq nie, apa kena mengena F.A.M dengan kau? aiiyaaa~~* xD