Friday, 3 February 2012

Psychotest. Mari-mari test-test 123~


Assalamualaikum dan selamat sejahtera! hari nie aq malas dah nak merepek or membebel, letih ooo membebel nie, kalau ada orang nak dengar tahan jugak, nie hareemm tak nak dengar, jinkrenpezzz~ Haha. okey-okey dah tahu aq tak nak membebel or merepek mesti dew menda lain nak buat kan? so, korang dah nampak kan gambar kat atas tu tentang PSYCHOTEST, so, aq nak buat soalan psiko laa untuk korang. Ujian nie bukan main-main tahu, aq dah buat kajian nie lebih 50 tahun sepanjang aq hidup 18 tahun nie. Hehe.  tapi masa test nie korang jawab kena jujur laa, dan lagi satu! jawab soalan dulu baru tengok analisis tahu?okey-okey, apa tunggu lagi, jom pantau betul kew tak PSYCHOTEST nie dengan diri korang, Check Kek Daud~ Heee~

Ujian Melihat Tahap Populariti Anda!
SOALAN: Apabila buka almari kebanyakan pakaian anda warna apa??
A: Warna Gelap
B: Warna Terang
C: Warna Lembut
D: Warna Jambu

ANALISIS:
A: Warna Gelap: Anda seorang yang pendiam. Anda suka bersendirian berfikir ataupun membaca buku kesukaan anda. Anda tidak mempunyai kawan yang ramai

B: Warna Terang: Dalam persekitaran yang baru, orang lain pasti akan berkenalan dengan anda dulu. Ini adalah kerana anda seorang yang peramah dan mudah bergaul dengan orang lain. Tapi, cara anda berkawan hanyalah hangat-hangat tahi ayam! :)

C: Warna Lembut: Anda seorang yang periang, peramah, dan tahu mengambil berat orang di sekeliling. Maka anda adalah seorang yang sangat popular dalam komuniti, Tapi, reaksi anda juga sangat beremosi sekiranya terdapat kawan yang menyinggung perasaan anda. *Taching lebih latewww* xD

D: Warna Jambu: Tanpa disedari, semua orang akan tertarik dengan anda. Disebabkan faktor ini, anda sering dimanjakan. Anda tidak mahu mendengar nasihat orang lain. Lama-kelamaan, kawan yang betul-betul mengambil berat tentang anda semakin kurang


 Ujian Personaliti Anda!
SOALAN: Anda baru beli sebuah buku baru menggunakan baucer buku 1Malaysia. HAHA, okey-2 aq guraw. Anda baru beli sebuah buku baru, anda akan balut buku tersebut dengan apa?

A: Plastik lutsinar untuk balut buku
B: Kertas pembalut corak bunga/ kartun
C: Poster artis, Justin Bieber, Suju etc
D: Tak balut lansung! dalam kata mudah nya PEMALAS. Hehe

ANALISIS:
A: Orang Yang Realistik: Anda bersikap luar dingin dalam panas. tidak mudah menunjukkan sikap anda pada orang lain. sangat merendah diri. anda bersikap ikhlas dan mempunyai ramai kawan sejati

B: Orang Yang Baik Hati: Anda suka membantu orang yang memerlukan bantuan. anda sering mendapat pujian. tetapi! sikap baik hati anda selalu diperalatkan orang lain. jadi anda harus berhati-hati ketika berkawan.bak kata pepatah~ Buat baik berpada-pada, Buat jahat jangan sekali. :)

C: Orang Yang Pandai Bersosial: Anda seorang yang berprofil tinggi, anda akan menonjolkan diri anda untuk menarik perhatian. anda pandai bersoasial dengan seluruh lapisan masyarakat *boleh jadi YB nie. Hehe*. Tapi ingat! jangan sampai anda lupa diri 

D: Orang Yang Optimistik: Anda seorang yang aktif. peramah dan senang bergaul dengan orang lain. Tidak  kedekut dengan senyuman walaupun kadang-kadang anda seperti orang gila tersenyum sorang *Yang gila tu aq tambah jew. Hehe*. Tapi hati-hati! Sikap peramah anda akan menyebabkan ada yang cemburu dan cuba menganiayai anda! *p/s: aq yang D nie laa, malas doe nak balut buku, kulit die dah cantik wat pew nak balut. Heee~

Ujian Bagaimana Anda Bangkit Semula Dari Kekecewaan!

Soalan: Apabila anda tidak gembira, apakah makanan yang akan anda makan?
A: Ais krim
B: Coklat
C: Buah-buahan
D: Racun

ANALISIS:
A: Makanan yang sejuk melambangkan anda mahu membekukan perasaan sedih dan kecewa anda. pada masa yang sama anda juga ingin membekukan masa supaya boleh menghapuskan kesengsaraan. kesedapan ais krim hanya boleh memberi kegembiraan yang sementara. anda harus ingat dunia ini berpusing bukan untuk anda semata-mata. kalau anda asyik melarikan diri, maka anda memerlukan lebih panjang masa untuk bangkit semula

B: Makanan yang manis melambangkan anda ingin menggunakan kemanisan ini untuk menutupi perasaan  yang pahit. anda seorang yang mudah keluar dari kekecewaan dan kesedihan. anda tidak ingin berada dalam kesedihan selama-lamanya. selain itu, apabila kawan di sekeliling anda mengetahui anda tidak gembira, mereka juga amat sudi menolong anda untuk bangkit semula

C: Anda memilih makan makanan yang begitu sihat, bak kata pepatah omputeh 'An Apple a day keep the doctor away". ini melambangkan anda seorang yang begitu bersemangat. bagi anda kesedihan dan kekecewaan hanyalah semantara. jadi anda seorang yang cepat bangkit dari ksedeihan dan kekecewaan

D: Sebenar nye tak ada dalam list pown, aq saje memandai tambah, cuma nasihat aq. ape kebangang sangat pilih racun?? banyak dah amalan kau?? karipap n apam balik banyak kat pasar minggu, baik makan makanan tu, tahan laa jugak. Hehe

Ujian Tahap Kebahagian Anda Sekarang!
SOALAN: Sekiranya anda dikehendaki melukis seekor burung dan seorang manusia, bagaimana anda melakarnya?

A: Manusia memerhatikan burung di dalam sangkar
B: Manusia sedang mengejar burung yang terbang
C: Burung tersebut berada di bahu Manusia itu
D: Manusia sedang melambai burung yang terbang jauh
E: Burung itu terbang di langit, tetapi manusia itu tak pedulikan burung tersebut

ANALISIS:
A: kebahagian anda berada di depan mata. tetapi terdapat sesetengah halangan yang mnyebabkan anda tidak dapat mengecapi kebahgaian itu.

B: anda sedang mengejar kebahagian anda. anda dalam keadaan penat kerana tergesa-gesa untuk menangkapnya. tetapi tidak dapat, sekiranya itu bukan kebahagian anda, lebih baik anda lepaskan ia pergi

C: sekarang ini anda sedang BAHAGIA!!! anda sudah mendapat apa yang anda inginkan. anda adalah orang yang paling bahagia.

D: anda sedang menunggu kedatang bahagia. anda menunggu dengan penuh sabar dan tenang. terdapat banyak dalam dunia ini yang perlu dicari, bukannya menunggu tanpa melakukan apa-apa

E: anda tiada apa-apa harapan terhadap kebahagian. mungkin anda pernah melalui perkara yang amat perit sekali. ia telah membuat anda tidak percaya akan kebahagian lagi

Ujian Sikap Sebenar Anda!
SOALAN:  Mee di bawah ini, yang mana satukah kegemaran anda?
A: Mee segera
B: Udon
C: Mee organik
D: Mee kuning

ANALISIS:
A: anda seorang yang popular dalam kalangan rakan-rakan. anda mempunyai IQ dan EQ yang tinggi. anda pandai mengambil hati orang *Dan tak reti nak pulang(Gurau jew)*. Hehe. seorang yang optimistik. anda tidak suka berkira dengan orang lain, dan anda mempunyai ramai kawan

B: anda seorang yang jujur. anda akan cakap apa yang anda mahu cakapkan. orang yang memahami anda tahu anda tidak berniat jahat. tapi bagi mereka yang tidak mengenali anda pasti akan tersinggung dengan kata-kata anda. * Macam aq jew nie. tahu-tahu jew. Chiss~* :))

C: anda seorang yang sangat baik hati. anda ingin semua orang di sekeliling anda baik-baik belaka. anda sentiasa berbuat baik dengan orang lain walaupun tidak diketahui mereka. anda bertolak ansur dalam apa jua keadaan.

D: anda biasa-biasa saja. apabila perasaan baik, anda akan berbaik-baik dengan semua orang. tapi sekiranya perasaan anda tidak baik, maka anda akan mencari pasal dengan orang lain. orang di sekeliling anda sangat tertekan apabila bersama-sama anda.

p/s: Betul ke tak?? tepuk dada sakit dada padan muka! Haha. aq tak cakap test nie betul belaka, tapi aq nak taw gak pendapat korang, cuba kasi pendapat korang kat komen bawah nie, :)).. lagi 1. ajak laa jugak kawan-kawan korang untuk test psychotest nie betul kew tak. :)


No comments:

Post a Comment