Thursday, 23 February 2012

O kilometer, Kuala Lipis MARIII~

konfem snap hari ahad nie, lenggang jew, ke mana org lepihh weyh? Haha


KUALA LIPIS


Kuala lipis terletak di kuala dua batang sungai iaitu Sungai Jelai dan Sungai Lipis. Ada dua cerita bagaimana Bandar ini mendapat namanya.
Cerita pertama mengatakan bahawa nama Kuala Lipis berasal dari sejenis tumbuh-tumbuhan yang banyak terdapat di situ pada masa dahulu. Tumbuhan tersebut ialah serau lipis yang merupakan tumbuhan memanjat dan berbunga putih.
Menurut cerita kedua, nama Kuala Lipis berasal daripada perkataan ‘lepas’. Dahulu, sungai adalah alat perhubungan yang terpenting bagi masyarakat Melayu. Sungai Lipis dan Sungai Jelai membolehkan penduduk kampong di sepanjang sungai tersebut ‘lepas’ ke sana ke mari. Maksudnya, mereka bebas untuk ke mana-mana.
Jadi, apabila mereka berhajat untuk pergi ke bandar, mereka berkata; ‘Keh nok ke Kolepas (Kuala Lepas)’. Namun lama-kelamaan perkataan ‘lepas’ itu bertukar menjadi ‘lipis’ dan bandar itu pun dikenali sebagai Kuala Lipis atau Kolepih mengikut loghat orang-orang Kuala Lipis.
Kuala Lipis menggantikan Pekan sebagai ibu negeri Pahang pada Jun 1898. Pada 27 Ogos 1955, ibu negeri Pahang berpindah pula ke Kuantan. Bangunan Kelab Pahang (Pahang Club) merupakan bangunan kerajaan yang pertama di Kuala Lipis. Bangunan ini asalnya ialah rumah residen Pahang pada masa itu, Sir Hugh Clifford.
Istana Hinggap yang pertama dibina pada tahun 1926 pernah dijadikan kediaman pegawai British, kemudian menjadi kediaman Menteri Besar Pahang pertama, Datuk Sir mahmud Mat dan penggantinya, tengku Panglima Perang Pahang, Tengku Mohd Almarhum Sultan Zainal Abidin III.
Pada 20 April 1954, berlangsung pula di situ upacara perkahwinan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dengan Tengku Afzan Tengku Muhammad. 
Btw~ nie bukan sekolah aq, sekolah aq SMK BENTA, mungkin laa kalau aq masuk form 6, aq sekolah sini.


Di Kuala Lipis juga terdapat sekolah menengah yang tertua di Pahang iaitu Government English School (Sekolah Inggeris kerajaan). Sekolah ini asalnya sebuah rumah kayu beratap nipah dengan bilangan muridnya seramai dua belas orang. Pada tahun 1919, sekolah ini mendapat bangunan baru. Perasmian sekolah ini dilakukan pada 1929 oleh residen Inggeris pada waktu itu, Sir Hugh Clifford. *info fb I <3 PAHANG*


aq jugak nak menunjukkan sedikit sebanyak banggunan yang boleh dianggap bersejarah laa yang ada di kuala lipis nie, budak MELAKA jangan nak bajet sangat, ingat tempat korang je kew bersejarah?? hello~ LIPIS pown bersejarah jugak okey! jangan kutuk kampung makk okey! awww~ wakakaka. awat aq jadi pondan nie?? okey, jom CEKIDAU sikit banggunan yang boleh dikatakan bersejarah kat kuala lipis nie.

haa~ yang nie masjid lama kuala lipis, lama laa jugak, dibina pada tahun 1988, lama kan? memang laa lama, negara pown tak merdeka lagi tahu, silap-silap, mak bapak kita pown tak lahir lagi masa nie, tapi masjid nie dah wujud, juga dikenali sebagai MASJID INDIA, imam masjid nie pown India muslim, mamak laa kiranya, kalau tak percaya, mai laa singgah masjid nie. Hehe. terletak betul-betul di depan SUNGAI JELAI. btw~ aq kalau pergi lipis aq parking kereta kat sini laa sbb bayar RM1 jew, malas nak beli kupon parking kereta tu, Hehe

yang ini, tokong cina dekat kuala lipis, kira bersejarah jugak laa, sebab tokong nie dah lama dibina, tapi tahun nye aq tak pasti laa pulak, kalau korang nak tahu, korang google laa, aq masa kecik-kecik dlu kalau lalu tokong cina nie, aq ingat sini tempat bela NAGA, sebab aq nampak patung naga kat tokong nie, Dalam hati aq masa kecik ' Mesti hebat siapa yang jadi penjaga naga kat dalam sangkar nie'. adoyaii~ wat malu tol kalau ingat-ingat balik, tapi biasa laa kan. budak-budak lagi, mana tahu nie tokong cina. Haha

haa, yang ini GURDWARA SAHIB, aq tak tahu laa banggunan ni untuk apa, tapi base pada nama aq boleh agak yang banggunan nie bersangkut paut dengan kaum INDIA, banggunan ini dibina pada tahun 1916 Masihi, lama kan?? konfem laa lama, entah-entah atuk aq pown tak mengurat nenek aq lagi masa nie. Hehe.
Terletak berhampiran dengan stesen bas dan teksi, atau boleh dikatakan, di belakang stesen bas dan teksi Bandar lama KUALA LIPIS

Banggunan merah nie terletak di atas bukit residen kuala lipis, atau dipanggil REST HOUSE ataupun RUMAH REHAT, tengok pada ciri-ciri banggunan ini, memang berpandukan INGGERIS kerana banggunan ini dibina semasa penjajahan kolonial british di Kuala lipis, Rumah ini dijadikan rumah rehat untuk residen Pahang ketika itu, *Teringat pulak masa training Kadet Polis dulu, kena berlari dari kaki bukit residen sampai ke rumah rehat nie, BUKIT wokk! Kondem lutut! kalau rasa hebat, datang laa Kuala Lipis, try lari dari kaki bukit ke rumah rehat yang ada kat puncak bukit nie, mau terjelir lidah agak nye. Hehe

yang ini pula stesen kereta api kuala lipis, HEBAT kan?? dah laa kereta, berapi pulak tu, ish-ish-ish, Haha, dibina pada zaman kolonial british jugak, untuk memudahkan British merompak hasil bumi Kuala Lipis, seperti EMAS di Penjom atau Empang Jaleh,  kewujudan stesen ini juga sedikit sebanyak memudahkan urusan penduduk-penduduk di sekitar kuala lipis untuk ke bandar, AOK NOK KEMANE? KEH NOK KE LEPIHH, BELI BARANG KEJAK~ haha *begitu laa ayat penutur jati pahang kalau nak ke bandar kuala lipis* xD

Haa~ yang ini laa buat KUALA LIPIS nie special~ maksud aq BATU 0 KILOMETER TU, bukan mamat pakai baju kuning yang peluk batu tu macam batu tu nenek dia yang punya. Hehe. Dikatakan kuala lipis adalah pertengahan semenanjung malaysia, batu ini menjadi point penetapan batu-batu nesan di seluruh Malaysia. Hehe. Kalau macam aq duduk BENTA, BATU 15 kowt, kalau korang yang duduk Johor takpun Perlis, aq tak tahu laa batu yang ke berapa puluh ratus. Hehe. *Mamat baju kuning tu AKU!! saja isi gambar sendiri, dah blog aq kan,

Pemandangan Malam Hari di depan Balai Polis Kuala Lipis
okey-okey, sebelum aq nak tutup entry aq kali nie sebab aq nak tengok MAN.U lawan kejap lagi, aq sediakan kat korang sedikit sebanyak loghat Kuala Lipis, sebab apa aq cakap loghat kuala lipis, kenapa aq tak cakap loghat pahang? sebab nye, loghat di PAHANG berbeza-beza mengikut daerah, Kata orang-orang tua, Loghat di Pahang kepekatannya berdasar kan kederasan dan besar sungai, Sebab tu laa TEMERLOH lagi kuat loghat nya dari Kuala Lipis, orang- orang tua yang cakap, bukan aq memandai sendiri cakap. :))

AKU= KEH
KAU= AOK
KORANG = DEME
KITAORANG= KOME
LAMA= JENUHH
TIDO= BERKROLONG *bunyi 'R' tu sebut mcm orang pelat 'R'
BANYAK CAKAP= HOMIH
LEMAS= CENGKELIK
TERKEJUT = TERKANCEHH / KERAYAN *bunyi 'R' tu sebut mcm orang pelat 'R'
KENAPA? *pertanyaan*= MAT NYE??
DEGIL= BABIRR
BIMBANG= LORAT *bunyi 'R' tu sebut mcm orang pelat 'R'
TIPU= PEDO'OH
PENGOTOR= HABAT
CILAKA: HAMPURAS *bunyi 'R' tu sebut mcm orang pelat 'R'

okey, cukup laa yang itu jew, kalau nak tahu lagi banyak, kahwin dengan orang KUALA LIPIS, senang cerita, deme dengor laa mok metua deme cakak lepihh, amboh kerayan deme nak menjawak balik. *Haha, aq ckp loghat lipis, aq rasa boleh faham kowt* Hehe


p/s: budak Lipis yang selalu Dating kat CP taw laa signboard-signboard nie ada kat mana kan? Hehe, aq malu kan Kuala Lipis??? hello~ korang yang buat maksiat laa yang malukan Kuala Lipis, sampai pejabat agama kena buat signboard nie. apa daa~ lagi satu, signboard nie bukan untuk orang lipis jew, nie untuk semua umat ISLAM kat seluruh dunia, Islam kan tak benarkan Maksiat? So?? AOK ADE OTOK, AOK PIKIR LAH SENDIRI, MALEH KEH NOK MANDER ORANG MACA AOK YANG DOK RETI KE BAHASA, ASE SIKET-SIKET NOK SALOHKAN ORANG. Hehe, peace yaw! ^^

No comments:

Post a Comment