Monday, 13 February 2012

HARI VALENTINE Yang Terindah!

Hari nie hari ape? ehh, silap tanya pulak, hari nie berapa hari bulan? 14 FEBRUARI!! that means hari nie HARI VALENTINE! mesti ada yg dah plan 2 minggu lepas, hari nie nak keluar date kat mana, nak dinner kat restoran mana, dan yang paling penting nak bagi hadiah apa kt SI DIA yg tersayang! KAN?? ada yang tak tahu lagi kew VALENTINES day nie untuk apa? okey! kepada yang masih tak tahu lagi tu, aq akan terangkan supaya anda faham akan cerita yang ingin saya sampaikan ini. hehe


VALENTINES DAY adalah hari untuk memperingati KEKASIH, atau lebih femes dgn panggilan BF/GF dalam kalangan masyarakat malaysia atau dalam bahasa pasarnya PAKWE/MAKWE. sambutan valentines day ini disambut pada setiap tahun pada bulan februari ataupun bulan 2 dalam kalendar masihi dan hari bulannya adalah 14, jadi mudahnya untuk ingat adalah pada setiap tahun tanggal 31 bulan lapan lima puluh tujuh hari yang mulia hari bahagia sambut dgn jiwa yang merdeka! owhh, sory-sory my fault! termasuk lagu merdeka laa pulak. HAHA, tanggal 14 hari bulan 2 pada setiap tahun adalah valentines day. pada hari ini, seluruh PACAR mahupun COUPLE akan meraikannya dengan gembira sekali, dan banyak laa HOTEL-HOTEL dari kelas LIMA BINTANG sehingg kew HOTEL apek tua pakai singlet sambil pegang kipas yang jaga akan habis ditempah,(psssttt~ sambut dalam bilik hotel lagi best kowt, ntah laa, aq pown tak boleh nak fikir. HAHA). pada hari ini juga para pacar akan bertukar-tukar hadiah, ada yang bagi coklat, ada yang bagi bunga, dan ada juga yang bagi MARUAH mereka. HEHE.


KISAH SEBENAR DI SEBALIK VALENTINES DAY

banyak kisah sebenarnya disebalik valentines day nie, yang aq tahu pasal sir santo valentine, ada kisah yang cerita, hari nie disambut sempena memperingati dia dah mati, ada yang cakap di sambut kerana kejayaan tentera kristian mengalah kan tentera islam. kalau korang nak tahu lebih lanjut rajin-rajin laa google sendiri, lemak berkrim disukai ramai laa kalau semua benda nak suap depan mulut, usaha laa sendiri jugak bro. HEHE.


TEKS KHUTBAH JUMAAT MENGENAI VALENTINES DAY
nah! aq share kat korang yang tak pergi solat jumaat minggu lepas ataupun yang pergi tapi sibuk dukk borak kat belakang dengan member, nie aq share korang pasal khutbah jumaat yang menyentuh mengenai valentines day nie, rajin-rajin laa baca yew? :)


Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang Jumaat yang dikasihi sekalian, marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa serta melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita mendapat keberkatan hidup di dunia dan di akhirat. Mimbar hari ini akan memperkatakan khutbah bertajuk: AWAS JERAT VALENTINE.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Fenomena sebahagian remaja hari ini yang menjadikan Valentine’s Day sebagai perayaan paling diminati dan sangat-sangat ditunggu untuk diraikan bersama kekasih amat menggusarkan kita sebagai umat Islam. Menurut Ken Sweiger, perkataan “Valentine” berasal dari bahasa Latin yang mempunyai maksud “Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuat, dan Yang Maha Kuasa”. Menurutnya lagi, kata ini sebenarnya digunakan pada zaman Rom Kuno ditujukan kepada Nimrod dan Lupercus, tuhan orang Romawi. Sedar atau tidak, jika seseorang meminta orang lain atau pasangannya menjadi “To be my Valentine?”, maka dengan hal itu sesungguhnya ia telah secara terang melakukan suatu perbuatan yang bercanggah dengan aqidah umat Islam dan dimurkai Allah SWT. Ini kerana ia telah meminta seseorang menjadi “Sang Maha Kuasa” dan hal ini sama dengan usaha menghidupkan kembali budaya pemujaan berhala.
Berdasarkan kepada pandangan sebahagian besar tokoh- tokoh agama telah menyatakan bahawa menyambut atau meraikan Sambutan Hari Valentine ini adalah bertentangan dengan Syarak. Menurut Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia amalan ini adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam. Begitu juga Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan bahawa amalan merayakan Hari Valentine tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.
Oleh itu, mimbar ingin menegaskan bahawa  pengharaman dan larangan ini bukanlah kerana ingin menghalang keseronokan di atas aktiviti trend baru zaman moden tetapi ianya berlandaskan kepada apa yang dinyatakan di dalam al-Quran dan as-Sunnah yang menjadi panduan umat manusia bagi mengecapi keindahan hidup di dunia dan di akhirat. Justeru mimbar menyeru kepada jemaaah sekalian dan umat Islam agar tidak merayakan hari tersebut kerana ianya bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar serta boleh merosakkan akidah dan akhlak umat Islam.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Persoalan besar timbul ialah apakah yang menyebabkan gejala negatif seumpama ini terus berlaku?. Jawapannya ialah kerana kualiti keimanan umat Islam yang lemah dan kekaburan kita di dalam menegakkan prinsip-prinsip asas agama yang menjadi tunjang kehidupan seseorang muslim. Dengan ini kita terpesong dengan cara hidup yang sebenar. Kita juga jangan lupa bahawa syaitan dan sekutunya telah berjanji kepada Allah SWT untuk terus menyesatkan orang yang beriman.  Firman Allah SWT dalam surah an-Nisaa ayat 119:

Maksudnya:Dan sungguh, aku akan menyesatkan mereka, dan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan menyuruh mereka membelah telinga binatang ternak; dan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah. Dan sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang dita'ati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata".

Ingatlah bahawa agama Islam sangat mengambil berat dalam memperbetulkan pegangan akidah umatnya supaya pandangan dan sikap mereka menjadi lurus dan tasawwur mereka tentang sesuatu perkara menjadi jelas. Jangan kita mengikut contoh umat jahiliyah dahulu yang menganggap persoalan akidah hanya  sekadar mengumumkan identiti diri dan melahirkan perbuatan baik sahaja sedangkan hakikat iman ialah panduan antara keyakinan dihati tentang dasar-dasar akidah dengan melaksanakan perintah Allah SWT dan meninggalkan tegahan-Nya.  Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 15:
Maksudnya: Sesungguhnya orang yang benar-benar beriman ialah orang yang percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang yang benar.

Ayat ini mengisyaratkan bahawa kualiti iman boleh diukur dan dinilai melalui amalan seharian. Banyak dan berkualitinya amal soleh seseorang itu, maka tinggilah kualiti iman yang dimiliki dan begitulah sebaliknya. Oleh itu, iman yang sebenar adalah merupakan penjana kekuatan dan kecemerlangan ummah.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Islam sebagai agama fitrah dan sempurna, sentiasa menganjurkan kasih sayang sesama umatnya. Ini dapat dilihat melalui apa yang diungkapkan di dalam Kitab al-Quran dan dijelmakan oleh Rasulullah SAW. Menzahirkan kasih sayang kepada kekasih perlulah ada batasan selaras dengan fitrah manusia. Kasih sayang diantara dua jantina berbeza tidak boleh hanya dengan janji manis di bibir. Tetapi ia perlu diikat dengan satu ikatan akad yang mampu menyimpul ikatan kukuh bagi menjamin zuriat, akhlak dan peribadi yang dinamakan sebagai perkahwinan. Keindahan dalam menzahirkan kasih sayang itulah yang dianjurkan oleh Islam dan perlulah disemai dan dibajai setiap hari tanpa perlu menunggu detik satu hari dalam setahun. Ingatlah bahawa kasih sayang yang utama adalah hanya kepada Allah SWT, rasul-Nya dan berjihad di jalan-Nya. Kasih sayang berlandaskan keimanan akan melahirkan cahaya keinsafan kepada hakikat diri dan pencipta-Nya sehingga sanggup berkorban dan mampu menundukkan hawa nafsu jahat. Firman-Nya dalam surah Al-Baqarah ayat 207:
Bermaksud: Dan di antara manusia ada Yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata; dan Allah pula amat belas-kasihan akan hamba-hambanya.

          Justeru bagi menyelamatkan agama dan ummah dari terus musnah akibat impak amalan-amalan bertentangan dengan aqidah dan syariah, mimbar menyeru kepada semua pihak agar  mewar-warkan larangan Sambutan Valentine’s Day dari terus diraikan oleh umat Islam khususnya di negara kita ini, jangan kita terlibat dengan budaya songsang yang boleh melemahkan ummah dan menyesatkan. Wujudkanlah perasaan anti Valentine’s Day di dada dan minda, hadirkanlah rasa benci dan tidak akan meraikannya melalui penyertaan aktiviti-aktiviti yang menyalahi aqidah, syarak dan tamadun manusia. Mengakhiri khutbah pada minggu ini, sekali lagi mimbar menyeru semua pihak marilah sama-sama kita memperkasakan akidah kita, keluarga dan masyarakat kita demi masa depan agama, ummah dan negara dengan langkah berikut:
Pertama:    ibu bapa bertanggungjawab memastikan anak-anak dididik dengan ajaran Islam yang sebenar;
Kedua:       umat Islam khususnya remaja dilarang meniru amalan atau budaya kaum musyrik;
Ketiga:       menanam rasa cinta dan kasih sayang kepada Allah SWT dan rasul-Nya;
Keempat:   menjauhi aktiviti bergaul bebas dengan pasangan yang bukan mahram dalam menyambut majlis tertentu; dan
Kelima:      meninggalkan sambutan atau perayaan yang tiada dalam syariat Islam.

Firman Allah SWT dalam surah al-A'raf ayat 96:
Maksudnya: "Dan sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami bukakan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami) lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan."

say FUCK VALENTINE'S DAY!
sekarang terpulang lah pada korang nak dengar ke tak, semua dah besar panjang belaka, ada otak guna, ada akal fikir, yang HARAM tidak akan jadi HALAL! tetapi yang HALAL kadang-kadang boleh menjadi HARAM! :)


p/s: harga coklat tengah mahal sekarang nie, maklumlah kan, HARI VALENTINE kan, aq hanya mampu bedal CHOKI-CHOKI jew laa, murah pown murah. HEHE, siapa nak sikit? meh sini. ada 1 bungkus lagi nie, lambat mintak aq bedal semua jew. haha





No comments:

Post a Comment