Wednesday, 15 February 2012

GEMPAR!! Sejadah Berdiri di BENTA, Kuala Lipis!!



Ya! entry terbaru dari Capital A, Hehe, hari nie aq nak share/kongsi sedikit tentang FENOMENA SEJADAH BERDIRI di Malaysia. ramai kot yang pernah TERbaca ataupun TERtengok berita tentang fenomena nie kan? What??!! Tak pernah baca dan tengok fenomena nie? kau nie memang tak mengikuti hal-hal semasa laa beb, orang lain berfesbuk jugak, ada jugak berblogging, tapi hal-hal macam nie dia ambil tahu jugak. yang kau nie hanyut dalam dunia maya apehal? C'mon bro! jangan ambil tahu pasal dunia maya jew, ambil tahu pasal dunia realiti juga, kau bukan duduk dalam dunia maya tu, kau duduk dalam dunia realiti beb! Okey-okey, tak payah sembang banyak, so, lepas kau dah baca entry aq kali nie, aq harap kau akan berubah. Hehe. Berbalik kepada topik yang diperDEBATkan, ehh silap, yang diperbincangkan tadi, mesti ada yang nak tahu, betul ke tidak fenomena nie berlaku? sebelum tu, aq bukan crew MISTERI NUSANTARA yew, aq cuma nak singkap fenomena nie, dari sudut logik pandang jew. Heee~


Nampak sangat DIdirikan bukan BERdiri sendiri


Yang sebenarnya, kita boleh buat sendiri sejadah nie berdiri dan seolah-olah sejadah nie sedang bersolat, haa? aq tipu? sabar beb, aq nie bukan blogger TAK ADA OTAK, buat statement tanpa study dulu, aq dah pernah cuba tegakkan sejadah dan buat sejadah tu seperti orang yang tengah duduk antara 2 sujud dan tahyat akhir, kejap lagi aq tunjuk demonstrasi jalanan,  opss~ sory, sebenarnya demonstrasi mendirikan sejadah. Hehe


 apa hal ada yang dah lunyai tu?

aq rasa korang boleh praktikkan laa apa yang aq tunjukkan dalam video demonstrasi mendirikan sejadah, lepas tu korang panggil wartawan datang rumah korang, konfem! rumah kau dgn kau akan femes, sebab rumah kau ada sejadah berdiri,tapi yang paling penting kau jangan buat satu jew sejadah yang berdiri, tak HOT laa cerita kau tu, kau buat laa dalam 20 sejadah yang berdiri, baru HOT derr! silap-silap muka depan cerita pasal sejadah berdiri kau. tak ke femes tu? Hehe, tapi aq nak ingatkan, kau jangan panggil paper yang top, contohnya BERITA HARIAN, METRO dan UTUSAN, diorang tak layan cerita macam nie, sebab diorg dah tahu, sejadah mmg boleh didirikan. haa! lagi satu, sejadah yang berdiri tu konfem kaki-kaki menurun nombor ekor nak beli, diorang cakap ada 'ONG' menurun nombor pakai sejadah macam tu, kau jangan jual mahal-mahal, seribu untuk 1 sejadah ckup laa, kalau 20 sejadah dah RM 20 ribu, tak ke kaya kau! Hehe

Nahh video DEMONSTRASI MENDIRIKAN SEJADAH by Mohamad Adham Kamarulzaman. :)
video

 Haa, semat dop aq buat sejadah tu berdiri? tak sampai 1 minit kowt dah siap, tapi kalau beginner yang baru nak belajar mungkin laa ambil masa dalam 5 minit *Ceewahh~ berlagak pulak aq, padahal dirikan sejadah jew kowt, bukan buat apa pown. Hehe*


Sudah terang lagikan bersuluh yang sejadah nie DIdirikan, nampak sangat
yang ini ada gaya orang tahyat akhir

Ada jugak yang menganjing manusia-manusia yang sengaja mendirkan sejadah untuk meraih publisiti murahan, tapi aq salute laa kat diorang yang menganjing nie, bukan sebab apa, diorang nak menjaga akidah umat islam semua, mana tahu ada yang terlampau taksub dengan sejadah berdiri nie sampai anggap semua sejadah berdiri nie ada kuasa sakti, tak pasal-pasal tergelincir akidah, kalau meninggal?? meninggal dalam keadan kafir. kau nak macam tu? aq tak nak. DOA sikit kalau tak nak *YA ALLAH YA TUHAN KAMI, TUHAN AGUNG SEKALIAN ALAM, KAMI BERMUNAJAT KEPADA MU YA ALLAH, YA RAHMAN YA RAHIM, SEBAGAIMANA ENGKAU LAHIRKAN KAMI SEBAGAI ISLAM, DAN SEBEGITU JUGA LAH KEHENDAK KAMI KETIKA KEMATIAN MENJEMPUT KAMI YA ALLAH, PERKENANKAN LAH DOA HAMBA MU YANG HINA INI YA ALLAH, AMIN YA RABBAL ALAMIN* semoga Allah s.w.t perkenankan doa kita tadi. :)

tak ada orang yang nak sembahyang berjemaah, sedangkan pahala solat berjemaah itu berlipat kali ganda nya dari solat sendirian, bahkan solat berjemaah adalah sunnah RASULULLAH S.A.W

sejadah hidup seperti manusia???

nasihat manusia bukannya nak dengar, nasihat sejadah lagi bagus,
sejadah tak menyindir masa orang bagi nasihat. :)

itu saja lah entry aq kali nie, aq update nie pown sebab ada member aq yang beriya suruh aq update blog, best baca entry aq katanye, ntah betul ntah tidak, kalau die tipu pown mana aq tahu kan? Hehe, tapi untuk menyedapkan hati kawan, aq ikut jew laa, buat laa jugak, aq bukannya tak ada idea nak buat entry tapi aq kadang-kadang tak ada mood nak menaip, sebab tu laa aq jarang update blog. Hehe, biasalah lelaki, PEMALAS. xD, Akhir kata dari aq, JANGAN MUDAH PERCAYA BENDA TAHYUL SEBAB IA BOLEH MENDATANGKAN SYIRIK, tidur dulu, sebab aq menaip nie masa pagi buta, sekarang dah pukul 2.53 pagi. aq tak tahu laa kenapa mood menaip aq selalu ada masa pepagi buta, dah 3 ke 4 entry aq taip pepagi buta. Hehe. nytee, daa ^^

p/s: yang dalam video tu memang aq tahu! jangan memandai cakap aq curi video orang lain, tengok jersi kanan tu, yang aq pakai masa rakam video tu. Hehe, err, NO 7 for life!!! aq tak tahu kenapa aq suka sangat dengan nombor tujuh. adess~ parakkk nie beb! Hehe


No comments:

Post a Comment