Tuesday, 31 January 2012

Bujang Senang


Assalamualaikum! aq rasa nak buat entry pasal BUAYA BUJANG SENANG laa pulak, mesti ada yang pelik, apehal pulak mamat nie nak buat entry pasal Bujang Senang pulak. yew dop?? alaa~ rileks laa, aq nak wat entry pasal buaya Bujang Senang nie bukan sebab aq tengok Filem Bujang Terlajak arahan Prof Madya Mohaideen tu, aq tengok pown tak lagi, tengah tunggu ada insan yang baik hati dan luhur perkertinya mengUPLOAD kan cerita tu kat YOUTUBE, Haha. Okey-okey, berbalik pada cerita nie tadi, aq nak buat entry pasal Buaya Bujang Senang nie lepas aq dengar lagu BUJANG SENANG yg AWIE nyanyi masa Anugerah Juara Lagu 26 hari tu laa, alaa~ yang Awan Nanoooooo menang tu laa, untuk lebih tepat Hafiz Abang Afro yang menang. konon tak tengok, kalau tak tengok pown mesti ada terbaca kat FACEBOOK kan? ramai yang update status sal Awan Nano menang, aq nie kecewa gak laa, Awek aq tak menang pulak, Siapa awek aq?? takkan tak tahu? NAJWA LATIF laa, syhhhh~~ Jangan bagitahu orang lain tahu! nie rahsia kita berdua jew. HAHA.  lepas aq GOOGLE punya GOOGLE sampai GOOGLE pown dah nyampah dengan aq, dapat laa aq buat kronologi pasal Buaya Bujang Senang nie, maii usha japp~

Ini Tugu je, Kalau Bujang Senang besar nie. pergghh~ mau TERberanak kalau jumpa nie. HEHE

Lungu ialah seorang pahlawan Iban yang terkenal di sekitar Sungai Skrang, Sarawak. Kehebatan beliau sewaktu ekspedisi mengayau (potong kepala) musuhnya digeruni dan bukan sedikit yang terkorban ditangannya. Kehebatan beliau bukan sekadar di Sungai Skrang tetapi juga sampai ke Batang Lupar (batang=sungai besar dalam bahasa Iban) di Bahagian Sri Aman hari ini.

Musuh-musuh beliau percaya Lungu punya ilmu kebal yang tidak lut parang, lalu menculik isterinya agar rahsia kekebalan Lungu dapat diketahui. Dilema antara kebanggaan suku dan kasih sayang, Lungu datang ke Batang Lupar dengan harapan membebaskan isterinya dan membunuh penculiknya. Namun, isteri Lungu ditombak mati sebaik dibebaskan, manakala Lungu bertarung bermati-matian dengan musuhnya sehinggalah ke tepi sungai Batang Lupar. Musuhnya telah mengetahui kelemahan Lungu iaitu kekebalannya musnah tatkala beliau berada di perairan sungai itu. Lungu ditombak, dipanah dan disula terbalik oleh musuhnya di sungai itu. Mayatnya dan isterinya dibiarkan sehingga tenggelam dek air pasang.

Mujur para dewata yang memberi kesaktian pada Lungu sekali lagi menumpahkan magis ke atas mayatnya dan isterinya, lalu setibanya air pasang Lungu dan isterinya bertukar menjadi buaya besar yang memiliki belang putih dibelakangnya untuk menghantui keturunan pembunuhnya di sekitar Batang Lupar. Maka lahirlah Bujang Senang, seperti yang diketahui.*aq rasa part yang nie menipu jew. Hehe.* Nama Bujang Senang sendiri dinamakan bersempena Sungai Senang, salah satu cawangan Batang Lupar dimana buaya itu sering kali dijumpai.

Terus ke masa depan, tahun 1982…

Bangan anak Pali telah dilantik sebagai penghulu Rumah Pali oleh pihak residen Sri Aman. Dua hari sebelum majlis pelantikan rasmi di rumah panjang mereka, beliau dan abangnya, Kebir, berhasrat untuk mencari rezeki di sekitar Batang Lupar. Menyusuri sungai ke arah hilir, mereka masuk ke kawasan Sungai Sungga, salah sebuah cabang Batang Lupar yang besar itu dan mula mencari udang. Dengan menggunakan sadak (sejenis bekas diperbuat daripada rotan), mereka menyusuri sungai yang berparas pinggang dan mencedok udang.

Hari sudah meninggi, sudahpun tengah hari. Seekor burung embuas (burung raja udang (kingfisher), dalam bahasa Iban) tiba-tiba melintas. Kebir berasa tidak sedap hati, kerana lintasan embuas bermakna sesuatu yang buruk bakal berlaku. Kebir memanggil adiknya naik ke tebing, tetapi Penghulu Bangan tetap berkeras meneruskan pencarian udang.

Penghulu Bangan mula berpaling ke arah abangnya dan meredah air separas pinggangnya apabila beliau terpijak sesuatu di dasar sungai yang keruh itu.

“Nama utai tok, baka batang… (apakah benda ini, macam batang rupanya)”

Kebir baru saja mahu membalas kata-kata adiknya apabila satu deburan kuat berdentum. Penghulu Bangan hilang dari pandangan. Beberapa saat kemudian, seekor buaya besar gigantic timbul dengan mayat Penghulu Bangan di rahangnya. Kebir terus terjun dan memeluk ekor besar buaya itu demi menyelamatkan adiknya, tetapi tidak berjaya. Kebir menyedari bahawa buaya itu berbelang putih dibelakang, terus pulang ke rumah panjang dengan perkhabaran buruk.

Operasi mencari berterusan selama 5 hari dengan pihak polis serta Perhilitan turut serta. Suasana sedih menyelubungi rumah panjang itu apabila mayat Penghulu Bangan dibawa pulang hanya bahagian atas sahaja. Tiada tanda-tanda buaya itu serta sisa-sisa mayat ditemui.

Itulah kebangkitan Bujang Senang dan mula diketahui umum. Berikutan itu, polis Sarawak melancarkan ‘Operasi Buaya Ganas’ di semua sungai-sungai besar yang berpotensi tinggi, seperti Batang Sadong, Samarahan, Lupar, Layar dan Saribas.

Batang Lupar, 1984.

Badong anak Apong, dari Rumah Nyawin tidak jauh dari Sungai Stirau, Batang Lupar sedang sibuk mencedok udang apabila seekor buaya besar membaham beliau dan diperhatikan beberapa penduduk kampung. Buaya itu dilihat melambung-lambung mayat Badong sebelum menghilangkan diri di dalam sungai. Saksi berkata lebar ekor buaya itu sebesar tong dram dan ada garis putih dibelakang. Usaha diteruskan dan mayat mangsa dijumpai 2 hari kemudian tidak jauh dari tempat kejadian. Operasi memburu dijalankan lagi tetapi tiada sebarang tangkapan dibuat.

Batang Lupar, 1987.

Seekor burung embuas melintas tatkala Berain anak Tungging sedang mencedok tanah liat di dasar sungai untuk menutup lubang-lubang di perahunya. Setelah siap, Berain mahu pulang ke tebing apabila seekor buaya besar menariknya ke dalam sungai dan kejadian ini disaksikan sendiri anak saudaranya. Dengan maklumat yang sama seperti sebelumnya, seluruh penduduk sekitar Batang Lupar ketakutan dengan nama Bujang Senang.

Tuai rumah (ketua rumah panjang) Rumah Tuah, Tuah anak Tunchun percaya buaya ini sememangnya Bujang Senang dan buaya yang sama membunuh adik beliau, Inchi anak Tunchun pada 1962. Beliau yakin bahawa sumpahan itu memang benar dan buaya itu ialah suatu entiti yang berhantu. Kata beliau, semua mangsa terlibat seperti adiknya, Penghulu Bangan, Badong dan Berain mempunyai pertalian langsung dan ini tidak dipertikaikan.

Menjelang 1989, banyak laporan di akhbar-akhbar tempatan memaparkan kisah kemunculan kerap buaya-buaya besar di sekitar Batang Samarahan dan Batang Sadong, seolah-olah menggambarkan sesuatu bakal berlaku. Terdapat pelbagai cerita, seperti kononnya Bujang Senang telah berada di sungai-sungai tersebut untuk melunaskan dendamnya bersama buaya-buaya lain. Benar atau tidak, wallahu’alam.

Sungai Pelaban, cabang kecil Batang Lupar, 1992.

Seperti kebiasaan, keluarga Bayang akan mudik ke hulu ke arah sawah padi mereka tidak jauh di Sungai Pelaban. Air ketika itu hendak pasang, dan Dayang membantu ibunya melintasi sungai separas pinggang ke seberang, sebelum dia naik ke tebing. Abang beliau Enie Bayang sudah mula bekerja di kebun sambil ayah mereka hendak ke rumah panjang mengambil kelengkapan.

Awan kelihatan berbalam-balam. Dayang baru saja hendak naik apabila satu deburan kuat menariknya ke dalam sungai. Dayang menjerit sekuat hati dan ibunya terkejut besar apabila anak gadisnya sedang diheret seekor buaya besar. Terpekik terlolong memanggil pertolongan, orang-orang yang ada terus menerpa ke arah ibu Dayang. Abangnya bergegas dan bersama-sama rakannya terus menjalankan operasi menjejak buaya itu.

Rumah Bayang bergegar dengan berita itu, lantas turun ke sungai memburu buaya. Dayang sudah hilang dibawa buaya ke dasar sungai. Bersama-sama mereka, Mandau mula membaca mentera. Setelah lebih dua jam, Enie, abang mangsa menjumpai mayat adiknya yang masih sempurna di celah-celah puing di salah satu lubuk sungai itu.

Bujang Senang, memang SENANG, makan orang jew kerja nya

Buaya itu kembali dan mengganas. Dengan beberapa tembakan, buaya itu tetap melawan. Oleh kerana besarnya saiz buaya itu, pasti sukar ditewaskan. Tetapi Mandau tetap bermentera dan mula membaling tombak ke kepala buaya, tetapi patah. Awan semakin gelap, air mulai surut. Buaya besar itu mula melarikan diri ke arah Batang Lupar, tetapi dihalang oleh sebatang kayu besar yang merentangi mulut sungai itu. Buaya itu terus diserang, ditembak dan ditombak. Buaya itu mengganas dan meronta-ronta sehingga pergerakannya menjadi sedikit aneh. Buaya itu berpusing dan mengelilingi puing-puing kayu seolah tahu kematiannya, dan tidak lama kemudian, buaya besar itu menemui ajalnya.

Buaya yang besar ini diangkut ke rumah panjang selama 4 jam perjalanan, dan barulah disedari dibelakangnya ada garisan putih. Inilah dia Bujang Senang yang diperkatakan, dan ramai sekali polis, Perhilitan serta wartawan datang membuat liputan. Sayangnya bangkai buaya ini dibuang begitu sahaja ke laut tanpa sebarang usaha membawa balik oleh pihak muzium, cuma kepalanya sahaja telah dibawa pulang oleh Johnson Jong untuk tatapan umum di ladang buayanya di Siburan, Sarawak.

Ada yang mempertikaikan kesahihan buaya yang ditangkap, kerana ada yang berpendapat buaya itu bukanlah Bujang Senang, dan pelbagai cerita lagi. Ada sesetengah masyarakat Iban di sepanjang Batang Lupar mempercayai Bujang Senang masih hidup, lebih besar dan sentiasa berada di sungai itu. Wallahu’alam.

yang ini TENGKORAK HANG! ehh silap~ yang nie TENGKORAK BUJANG SENANG. Hehe

p/s: BUAYA yang nie lagi BAHAYA dari BUJANG SENANG! masej yang jelas dari PERTUBUHAN BUAYA-BUAYA DARAT SE-MALAYSIA~ Kembalikan Nama Baik KAMI!! * aq tak terlibat dalam pertubuhan nie yew, aq tukang promote jew... Hehehe xD*

Wednesday, 25 January 2012

Rempittttt JOM!! Ada Berann??

Bismilillahirahmanirahim.. Entry aq kali nie nak cerita sikit pasal MAT REMPIT nie... bukan  aq ajak korang merempit. jangan salah sangka pulak. Entry kali nie bukan gak nak cerita pasal keHEBATan mat-mat rempit di MALAYSIA jauh sekali nak mengangkat diorang sebagai HERO MALAYA baru untuk menggantikan MOHAMAD ADHAM KAMARULZAMAN... *soryy.. TERmerepek laa pulak* heee.. Entry kali nie aq nak cakap sikit *Taip sbenarnya, bukan cakap* pasal PEMIKIRAN sesetengah ahli masyarakat malaysia nie kepada BUDAK-BUDAK MOTOR, maksud aq remaja-remaja yang bawak motor mesti akan di COP MOHOR kan sebagai MAT REMPIT. Stigma nie macam dah tak boleh lari, BILA BAWAK MOTOR mesti MAT REMPIT, itu yang ada dalam pemikiran KELAS KETIGA masyarakat sekarang, macam mana nak maju klau pemikiran KOLOT nak mampus??


Ini baru betul MAT REMPIT derr

aq bukan apa beb~ aq TERASA laa bila ada orang COP kan remaja-remaja yang bawak motor nie mat rempit sebab aq pown bawak motor jugak, *KES MAKAN HATI laa nie.. haha*.. Contoh laa kau tak buat benda tu tapi orang cakap kau BUAT.. mesti kau PANAS HATI... betul tak? jangan nak tipu laa cakap  kau boleh sabar, kadang-kadang ada orang cakap je lebih boleh sabar laa apa laa, sebab tak kena batang hidung dia, cbe kena batang hidung die, haa... masa tu laa baru nak MELENTING.. pooraaahh~


Pon~Pon Moto Cun TUMPANG LALU

aq bawak motor jugak, dah tu korang nak cakap aq mat rempit laa? Weyh, aq tahu korang anak orang kaya, memang laa tak layan mat-mat motor nie, apa barang layan mat motor, layan mat kereta laa, ada bumbung, ada kusyen, ada aircond~ selesa duduk dalam kereta, duduk atas motor buat apa, kalau HUJAN kena berhenti BUS STOP, masa tengah hari tak syok nak bawak sebab PANAS sangat, okey, aq sebagai budak yang bawak motor faham laa, TAPI, apa sebab korang nak kutuk mat motor nie haa?? ade yang cakap GELI laa, MENYAMPAH laa, MELUAT laa dengan mat-mat motor nie, ape kes weyh?? ADA AHLI KELUARGA korang kena ROGOL dgn mat motor kew weyh?? PEMIKIRAN tu jangan nak KOLOT sangat laa

Logo kumpulan REMPIT 

Mat-mat motor nie ada perasaan jugak laa, korang jangan nak sedap-sedap maki orang, KITA ORANG bukan anak orang KAYA n BERADA beb nak pakai KERETA, korang jangan nak HINA laa, apa hak korang nak hina orang bawak motor? klau MAKAN,PAKAI pown mak bapak TANGGUNG lagi jgn sedap-sedap HINA orang yew?? Aq cerita nie bukan apa, ALLAH tu MAHA ADIL, korang beriya dokk MAKI mat-mat motor nie, sekali ALLAH nak tunjuk, die bagi korang JATUH CINTA pada mat motor, baru korang tahu LANGIT tu tinggi kew rendah, INGAT sikit, klau ALLAH cakap KUN FA YA KUN! jadi!! maka JADILAH! 

Ini Motor cabukk aq

Tamat sudah laa aq merepek pada hari yang HENING nie, hehe, cakap banyak pown tak guna kalau PEMIKIRAN korang tetap di TAKUK lama, sudah-sudah laa yew cop budak bawak motor nie MAT REMPIT dah lali aq mendengarnya, lagipown aq rasa REMPIT-REMPIT nie dah lama BERKUBUR, korang yang pemikiran DANGKAL nie jew tak tahu, kalau korang tanye budak yang bawak motor nie pasal rempit, konfem diorang jawab, "ZAMAN BILA LAYAN REMPITTT??". klaw nak test gi r tanye.


p/s: Apa STANDARD yew naik motor?? klau dah macam tu, kau suruh laa MAK BAPAK kau belikan kau sebijik kereta, baru laa STANDARD jugak MAK BAPAK kau. Wlaupown dah tutup mata tu, aq tetap boleh AGAK yang MINAH SENGET nie TAK CUN...tapi BERIYA nak naik KERETA, klau aq laa, bawak kau naik BASIKAL pown aq TAK NAK.. Haha

Friday, 20 January 2012

Bro! Rokok Sebatang!


Assalamualaikum! vanakam! n Gong Xi Fa Cai! entry kali nie aq nak cerita siket psal ROKOK. lu org hisap rokok tak?? klaw hisap bagus! tak hisap LAGIIII bagus! sebab ape aq cakap hisap pown bagus? sebab korang telah membantu meningkatkan ekonomi negara dan memacu negara supaya menjadi negara maju tanpa bantuan negara luar lain! waaaa~ kemas dop?? kpada yang tak hisap rokok, korang jangan ingat aq sokong pulop orang yang hisap rokok nie... sebenar nya aq tak sokong pown, biasa la, setiap apa tu mesti ada PRO dan KONTRA nye... ye dop?? macam korang yang tak hisap rokok, bagus bangettt dongg, korang dah mengamalkan cara hidup sihat, jangan tak merokok jew. bersenam perlu jugak beb, sebab orang tak merokok nie badan senang naik. tak percaya?? tanya AKU! haha, haa?? aq merokok kew tak?? CONFIRM laa tak merokok beb! aq kan baik... *baik kewrr?? perasan sudah!* Haha.
macam-macam PERISA ada! ALL IN ONE! Haha

Ape ada pada SEBATANG rokok yang dihisap kemain feel lagi ehh?? banyak laa beb! boleh kata 1000 dalam 1, sebab tu laa harga rokok mahal nak mampuss! da banyak perisa yang nak ditambah, tapi kepada perokok sejati nie, ape laa sangat kan setakat rm10 untuk 1 kotak, SMALL PIECE KACANG GORENG jew, kalau nak taw apa ada dalam sebatang rokok, korang baca laa kat gmbar atas tu, aq tak reti MENGEJA laa weyh, lagi-lagi bahasa OMPUTEH, al-maklum lah, DUDUK DALAM HUTAN. Hehe.
merokok nie membawa banyak penyakit, letih dah nak berKEMPEN, CERAMAH ke ape, perokok bukan nak dengar pown. orang yang macam nie dalam LOGHAT PAHANG dipanggil BABILL *promote loghat negeri siket bohh* xD..
POCONG 8 AKAN MELOMPAT DI PAWAGAM SEKITAR ANDA!
ARAHAN: KAMIL SI PEROKOK TEGAR~ Haha

Kalau kita cuba nasihat perokok nie. jangan merokok nanti dapat SAKIT JANTUNG, mati cepat, korang dapat agak jwapan diorg?? CONFIRM diorg jawab macam nie "MEROKOK MATI! TAK MEROKOK PUN MATI! SO, BAIK KITA MEROKOK SAMPAI MATI!" chisss~ macam hareemm jew jawapan, kita yang nasihat, Kita yang kena balik, sebab tu aq malas nak nasihat orang hisap rokok nie, mengabeh kan borehhh ajoo. Haha
BEYOND THE LIMIT. Hehe

Siapa perokok?? semua tunding lelaki kan?? biasa laa memang kebanyakan orang akan cakap lelaki adalah perokok, lagi-lagi kalau lelaki muka stok pecah rumah macam aq, memamg akan di COP MOHOR perokok, JINKRENPEZZZ! aq muka jew ganas, tapi tak merokok tahu! sebab tu laa bibir aq SEXY *wakaka, terperasan lagi. sory laa ;)* bila tanya perempuan NAK TAK BOYFRIEND yang MEROKOK, aq berani JAMIN 9/10 dri perempuan akan cakap TAK NAK LELAKI YANG MEROKOK, tapi TUP~TUP, couple gak dengan perokok, kesian aq yang tak merokok nie, tak ada orang yang nak. Hehe, tapi lelaki yang merokok pown tak nak perempuan yang merokok, 2x15 jew laa sorang-sorang, Haha, tapi korang ingat tak ada ke PEREMPUAN MEROKOK? adalah laa beb! ini klau AWEK aq nie, mau akan sumbat kotak rokok dalam mulut. kejam dop?? Hehe, usha siket PIC perempuan merokok yukk! :))
"adess! miss 1 nombor pulak nombor ekor yang aq beli semalam! aq da agak dah
1068 yang keluar. silap gi beli 1069!" kata gadis PEROKOK tersebut di dalam hati. Hee
"saya beli rokok nie lepas saya jual pensil adik saya kat member saya"
kata NORKUMALASARI ketika disawancara WARTAWAN. Haha
macam aq kenal jew lambang sekolah tu, bukan ke sekolah nie kat KLANG ke?
*tak silap aq la* :D
pergghh!! memang SLUMBER minah-minah nie hisap rokok tepi jalan, 
dunia AKHIR ZAMAN~ manusia hilang sifat MALU nya

tu jew laa aq nak kongsi dengan korang, aq MEMBEBEL banyak-banyak  korang bukan baca pown kan? baik aq share gambar, at least korang tengok jugak, Hehe. Untuk pengetahuan perokok, aq tak benci pown perokok. so, korang jangan ingat aq nak kutuk korang pulak, macam yang aq cakap awal-awal tadi la, setiap apa itu ada PRO dan KONTRA nya, korang ada akal korang fikirlah, semua dah besar kan, tapi kalau boleh korang BERHENTI laa MEROKOK, tak ada faedah nye weyh, memanggil penyakit lagi ada laa, SAYANGI laa ORANG TERSAYANG, BERHATI-HATI SEMASA MEMANDU~ *sory-sory, termasuk iklan lain pulak* Haha
NO SMOKING! STAY HEALTHY! :)

p/s: Aq TAK MEROKOK weyh! tak ada kew awek-awek yang sudi kat aq?? bhahaha, btw, dlu aq pown perokok tapi masa SEKOLAH RENDAH laa, tapi bila masuk jew SEKOLAH MENENGAH terus aq stop merokok! makna nya aq da tak merokok 6 TAHUN laa... yeepii!! Haha, mase sekolah rendah pown aq mula merokok masa hujung darjah 5 nak masuk darjah 6. haish~ bongok lagi masa tu, semua benda nak cuba, BUDAK-BUDAK laa kata kan.. Hehe :D

Monday, 16 January 2012

Orang Tua Itu Banyak Jasanya


huuaaarghhhhhh~~ lama tak godek-godek blog nie wokk... kali nie aq nk cerita pasal IDOLA aq... korg pown mesti ada idola.... yew dopp?? kalau tak ada IDOLA korg amik jew laa JACLYNN VICTOR tu sbgai idola korg.. kan dia menang MALAYSIAN IDOL! hehe~ TUN MAHATHIR MOHAMAD! nie nama IDOLA aq.. haa?? POLITIK?? ape yg politik nye?? nie tak ada kena mengena dgn politik yew cik bedah dan encik meon... nie cerita pasal idola... yewla aq tahu laa TUN nie dlu ahli poltik... takkan laa amik die sbgai IDOLA pown dipolitik kan.... haish~ korg nie... BUKA laa MINDA tu.. heee~ pade aq laa... TUN M mmg NEGARAWAN TERULUNG negara... die BAPA PEMODENAN negara tahu? kalau die tak ada... usah MIMPI laa korg nak bukak FESBUK,TWITTER,BLOG n mcm-2 lagi laa... aq paling tak suka bila ada ahli politik kutuk TUN M... mmg GERAM laa kn? cbe tanye ahli politik tu balik... APA JASA ANDA PADA NEGARA?? jwapannya... NOTHING!! tak ada apa jasa die pada negara.... tapi TUN M?? beribu JASA dia pada NEGARA MALAYSIA tahu?! *soryy~ emo sgt pulop* haha.... okey~ byk SEBAB yg wat aq amik TUN M sbgai idola aq sbenar nye... klaw nak cerita sebab-2 nye aq rase smpai PESTA PONGGAL tahun depan pown belum tentu habis.... hehe..
VISI KUDSI WAWASAN 2020
WAWASAN 2020.. menjadikan NEGARA MALAYSIA SEBUAH NEGARA MAJU BERASASKAN PERTANIAN MENJELANG JANUARI 2020... ini maksud sbenar wawasan 2020... korg jgn main sebut jew wawasan 2020 tapi tak tahu maksud... kesian TUN M taw... die yg ILHAMKAN wawasan nie.. so.. mari laa kita sama-2 menjayakan VISI KUDSI nie! :).... jom kita PANTAU sikit sbb ape TUN M digelar BAPA PEMODENAN NEGARA~
PUTRAJAYA
masih lagi PUTRAJAYA
MENARA BERKEMBAR
KLIA
KUALA LUMPUR INTERNATIONAL AIRPORT
JAMBATAN PULAU PINANG
*aq rasa kalau TUN M tak buat jambatan nie,kita nak gi PENANG kena naik FERI jewla* hee :D
PROTON
banyak lagi sbenar nya SEBAB die digelar BAPA PEMMODENAN NEGARA... klaw nak tahu GOOGLE jew laa...kan senang... hehe.... so.. pada KORANG-2 yang tak ada IDOLA tu... aq SYOR kan ambil laa TUN M sbgai IDOLA korg.... DALAM TEGAS nya ADA KELEMBUTAN, dalam DEGIL nya ADA KEKUATAN, dalam MATA nya ADA BERJUTA KASIH SAYANG KEPADA MALAYSIA! itu laa CHE DET @ TUN MAHATHIR MOHAMAD

p/s: nie ade SAJAK PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI yg TUN M sndri KARANG... kalau nak BACA silakan :))
Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat
dari melihat bangsaku dijajah
tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan
Bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan
bagi menegakkan kemuliaan
dan darjat bangsa
selangkah beerti mara
mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita
Bukan kecil tugas kita
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara
Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
bukankah sejak zaman berzaman
mereka menjadi pelaut, pengembara
malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,
menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan
ilmuan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak mengenal
erti takut dan kematian?
Di manakah silapnya hingga bangsaku
berasa begitu kecil dan rendah diri?
Apakah angkara penjajah?
Lalu bangsaku mulai
melupakan kegemilangan silam
dan sejarah gemilang membina empayar
Tugas kita belum selesai rupanya
bagi memartabat dan
memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu
menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa
Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya

Thursday, 5 January 2012

Pulang Balik Kasut Sekolah AKU!

A.D.H.A.M

ya ALLAH!! serius aq cakap "AKU RINDU SEKOLAH"... tlong bagi tahu semua org aq rindu nak sekolah! aq nak gi PERHIMPUNAN! aq nak duduk DALAM KELAS! aq nak gi KANTIN SEKOLAH! YG PALING penting! aq nak pakai UNIFORM SEKOLAH! selama nie aq bersekolah tak pernah aq RINDU sekolah macam nie... yewla... myb sebab 11 TAHUN aq abiskan masa bersekolah... TUP~TUP~ da tak bersekolah... mane tak meroyan cam nie dop?? haha ^^... entry kali nie nak share sket laa zaman kegemilangan aq bersekolah dari kecik sampai dah boleh jadi BAPAK ORANG nie... heee xD

yg nie masa gue TADIKA.. haa?? cute?? tankiu! heee xD *perasan*
yang nie LAMBANG sekolah rendah aq... SK BENTA ^^
pic mase STANDARD 3 nie... rambut MILLOW trademark aq... haha
sorry laa... pic aq masa sekolah rendah tak banyak.. yewla.. zaman dlu *dulu kewrrr??* kamera ssah nak dpat... haha... haa yg nie lak LAMBANG SEKOLAH MENENGAH aq... nie laa INTAN PAYUNG BUAH HATI PENGARANG JANTUNG aq... *panjang laa pulop* haha
yg nie pic mase FORM 2 *2008*... aq yg tgah terbaring kat tengah tu... pakai baju BIRU *nie laa akibat nak meniru ZOMBIE KG PISANG* haha
pic mase FORM 3 *2009*... tgok laa baju kelas tu da TERANG TANG-TANG dew tulis 3A.. hee *rambut aq pendek sbb kena potong dgn cikgu* xD
3A! ADHAM,AWNIE,AIMAN... sawan mase nie.. haha
FORM 4 *2010*!! aq masuk tbe2 dari belakang.. dan-dan terus POSE cm tu... AYU kan?? TERIMA KASIH... haha :DD
S.M.K.B.E.N.T.A :))
SENIOR YEAR! FORM 5 *2011*!! 
Terima Kasih Cikgu Atas Segalanya! :")
Pengawas FORM 5 paling dedikasi... haha *memandai jew aq*
Malam Graduasi FORM 5 2011! :)
Kelas 5A 2011 yg paling GEMPAK! miss you guys!! T_T
Pose untuk kenangan K.A.M.I
SUMPAH! aq rindu mase nie!! :"(

tu jew laa yg aq nak kongsi kat korg... kalau aq jumpa PARI-PARI and die tanye aq... apa yg aq nak... CONFIRM aq jawab "SAYA NAK MASA BERULANG SEMULA.. SUPAYA SAYA DAPAT MERASA ALAM PERSEKOLAHAN SEMULA!" heee :)) haaa?? pic siket sgt?? tak boleh laa upload byk2 SAYANG... hahaha.... kalau nk tgok lagi click SINI... tgok laa puas2... hehehe xDD

p/s: nie video pendek arahan aq sempena HARI GURU SMK BENTA 2011.. jom laa tgok jap... :))